Pagi 4 Ramadhan, satu lagi kemusykilan yang lama bersarang terjawab. Ditakdirkan disebut oleh Ustaz Abd Halim dari Merbok dalam kuliah Subuhnya di taman Anim pagi tadi.
Anim pernah utarakan pada Encik Suami , kenapa agaknya dalam Al Quran, asyik sebut tentang bidadari yang dijanjikan kepada penghuni syurga lelaki. Macamana dengan penghuni syurga perempuan? Penghuni syurga perempuan tak dapat bidadara ke?
Ustaz Abd Halim dalam kuliahnya menjelaskan penghuni syurga perempuan tidak diberikan bidadara tetapi akan mendapat suaminya. Kiranya, kalau suaminya itu penghuni syurga, suaminya itu akan dapat bidadari-bidadari dan dia (jika penghuni syurga juga) pula akan jadi "Chief" di kalangan bidadari-bidadari itu. Bidadara diberikan kepada penghuni syurga perempuan yang belum berkahwin.
Satu lagi yang ingin dikongsi ialah sunnah makan kurma sewaktu berbuka puasa. Rasanya semua dah tahu sunnah makan kurma dengan bilangan ganjil (1,3,5...) Rupa-rupanya cara makan kurma pun ada sunnahnya. Selalunya, Anim sekeluarga makan kurma dengan mengopek, membuang biji barulah makan.
Hmmm...baru tahu ikut sunnah Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam, kita masukkan kurma tu dalam mulut. Dari dalam mulut, kita buang dan keluarkan biji kurma tu dengan 2 jari ( bukan diluah keluar macam sumpit tu).Keluarkan dengan 2 jari seperti orang merokok. Lepas tu barulah minum air.
Wallahua'lam.
P/S Nak e-mel kemusykilan lain yang ada ke Majalah Solusi@Tanyalah Ustaz pulak..supaya cepat dapat pencerahan.
Sunnah memakan bilangan ganjil biasa di dengar tapi sunnah cara membuang biji tu tak pernah lagi dengar.
BalasPadamKak Anim pemberian dah sampai. Terima kasih.
alhamdulillah..
PadamLelaki yang menjadi suami terakhir semasa di dunia, itulah kelak yang akan menjadi suami jika sama2 menjadi ahli syurgaaa dan si isteri akan menjadi ketua pada semua bidadari suaminya..
BalasPadamtqvm kak nah..
Padamsalam cikgu...selamat menanti waktu berbuka. tgh sibuk memasak ke?
BalasPadamSalam,
BalasPadamSelamat menjalani ibadah puasa. Muga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik!
~insan marhaen~
mudah2an IM, tqvm
Padamkurma wajib waktu sy dn keluarga bebrbuka tapi baru tau pula sunnah membuang biji kurma ni...tq kak ANIM..:)
BalasPadamp/s: ole2 dah sampai..tq byk2 ya kak..sorry hr tu lmbt reply akak..
alhamdulillah..risau je sebab Mama Rey paling lewat hantar address
Padamuntung lelaki nih . kat dunia diberi 4 , kat syurga lagi ramai bidadari . tapi bkn mdh lelaki nak masuk syurga . saya baru tahu cara rasulullah mkn kurma . thanks kongsi . saya tukar url jer anim . sbb ada masalah nuffnang . bila dah tukar url tuh , saya kena cari balik pengomen saya sbb saya tahu mrk x dpt jejak saya lagi ... maaf dah menyusahkan anim ... selamat berpuasa ...
BalasPadamlega dapat jejak vee lagi..
Padamhttp://lagunamerbok.blogspot.com/2013/07/3-rakan-blogger-sudah-ditemui.html
BalasPadamtqvm, nanti saya jengok
PadamSalam Kak Anim,
BalasPadamPasal bidadari tu...no komen, itu hak Allah.
Makan kurma dgn jumlah ganjil...tp setau saya nombor 2 adalah genab. Begitu detail cara pemakanan kurma...rasanya xsusah pun, boleh di buat, pahala mudah tu... :)
huhu..typing error (maklum cikgu bahasa, haha). kak dah p betulkan. nampaknya BM saja yang sedar. tajam penglihatan, heee..tqvm..
Padambila kak anim cerita pasal bidadara n bidadari ni, terus saya terbayangkan ....indahnya syurga...........=)))))
BalasPadamsaya ikut cara enSomi saya makan kurma, buang kulit..=)
hari ni saya bagitau kat en.somi, makan kurma buang biji dari dalam mulut, ikut sunah..kami mula amalkan buka puasa tadi..mekasih berkongsi Kak Anim..=)
tapi..tertinggal, keluarkan biji mneggunakan 2 jari..
esok sahur perbaiki..=)
tq share infor yer
BalasPadamfifi doa sangat2 dapat suami dekat syurga.. amin..
BalasPadambaru tau care makan kurma ikut sunnah.. lepas ni boleh buat..
TQ sahre ni Anim OKje pun dapat pencerahan sama heehe...
BalasPadamGelak OKje Anim cakap keluarkan biji mcm sumpit tu! heehe
tq berkongsi pulak ilmu yang dapat dgn semua yer !
BalasPadam