Sabtu, 5.35 pagi, sewaktu menanti azan Subuh dari surau berdekatan, masuk 3 messages berturut-turut. Terpampang nama 3 geng bas sekolah. Tertera message pendek, "Suami Kak D meninggal dunia". Innalillahi wainna illahi rojiiun.
Terbayang-bayang wajah arwah Abang M, suami Kak D (guru senior yang akan bersara November ini) di sekolah Anim. Ternampak-nampak gelagatnya ikut sama memberi sokongan pada pasukan tarik tali rumah sukan Perdana (of course rumah sukan Kak D). Namun tahun ini keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dia turut sama dalam Sukan Tahunan sekolah.
Kami menjangkakan jenazah ( orang Kedah kata mayat ) akan dikebumikan dalam jam 11 pagi. Tak lama kemudian, Anim diberitahu jenazah akan dibawa ke masjid untuk dimandikan dan disembahyangkan kemudian terus dibawa ke tanah perkuburan kampung arwah untuk disimpan (bahasa Kedah untuk dikebumikan). On the way ke masjid , masuk satu message yang mengatakan jenazah sudah nak dibawa ke kampung tersebut. MasyaAllah, urusan jenazah arwah cepat dan lancar. Jam baru menunjukkan 9.30 pagi.
Teringat cerita Kak D, rumah mereka sering menjadi penginapan mereka yang arwah temui tak berumah atau bermasalah. Alhamdulillah, Allah permudahkan pula perjalanan arwah abang M ke "rumah"nya di alam barzakh.
Anim mengambil keputusan menziarahi kak D yang tidak turut serta ke kubur di rumahnya. Sepanjang menjaga arwah Abang M yang terlantar sakit, tak pernah Anim lihat dia menitikkan airmatanya bila bercerita. Kemudian kak D diuji lagi, anak gadisnya terlibat dalam satu kemalangan dan terlantar di ICU, tak nampak pula dia menangis. Masya Allah, sabar dan tabahnya wanita bernama Kak D.
Namun, sebaik melangkah masuk dan memeluk tubuhnya, airmata Kak D tumpah juga. Kita pun turut sebak. Sungguh, setiap kali menziarahi kematian seseorang, bukan menangisi yang sudah pergi tapi sayu memandang wajah-wajah yang ditinggalkan.
Hanya kata-kata minta dia sabar dan redha dengan ujian yang menimpa yang mampu diucapkan. Semoga roh arwah abang M ditempatkan bersama mereka yang beriman.
"Arwah meninggal dalam bulan puasa kak. Dia meninggal 11 Ramadan, dalam fasa keampunan pulak".
(Note untuk diri sendiri: 1/3 Ramadan pertama merupakan rahmat, 1/3 Ramadan kedua merupakan keampunan dan 1/3 ketiga dijauhkan dari api neraka)
Anim teringat satu ceramah agama Radio Mutiara FM (Penang) 2@3 minggu lalu, kata Ustaz, orang tua-tua dulu buat "target" bila menyentuh tentang kematian. Orang tua-tua dulu katanya berdoa untuk mati pada malam Jumaat (husnul khatimah) @ mati di Mekah @ mati di bulan Ramadan. Kita ni, nak doa tentang mati pun takut walhal kematian datang tak diduga: muda, sihat, kaya raya pun mati.
Kami tau Kak D puas dapat menjaga arwah abang M yang terlantar sakit . Tidurnya di kaki arwah abang M. Tu pun tak lena sangat katanya. Kak D kata dia tak ralat sebab dapat tunaikan semua kehendak dan berkhidmat dengan arwah suaminya hingga ke akhir hayatnya. Cuma sejak akhir-akhir hayat suaminya, Kak D bersedih bila abang M dah tak boleh bercakap. Kami boleh bayangkan keletihan Kak D ditambah dengan tugas di sekolah. Tambahan pula anak gadisnya masih belum sihat sepenuhnya (tempurung kepalanya akan dicantumkan selepas raya ).
P/S Walaupun kita mengharapkan jodoh hingga ke akhir hayat, namun setiap kita pasti akan kehilangan pasangan masing-masing. Entah esok, entah lusa, entah minggu depan atau bulan depan...bukan kuasa kita menentukannya . Itulah hakikat yang perlu kita hadapi. Kita pasti akan bersendirian dan kesunyian. Lantas, apa yang dapat dipelajari ialah bagaimana kita mempergunakan saat ini..sewaktu dia masih ada bersama kita. Jangan jadikan penyesalan menghantui diri kita bila isteri atau suami kita dipanggil Illahi.
Oh, sangat menyentuh hati. Begitu tabahnya dia. Moga roh suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Moga anaknya juga cepat sembuh dan dapat pula menjaga ibunya nanti.
BalasPadamAl-Fatihah buat arwah, semoga kekuatan terus bersama isteri dan anak2 yang ditinggalkan.
BalasPadamAl-Fatihah..
BalasPadamBelasungkawa.
BalasPadamInsyaAllah, kita akan menyusul. Itu yang IM ungkapkan kepada ibu_suri sebelum tidur semalam...
Semoga ruhnya dicucuri rahmat.
BalasPadamalfatihah ...
BalasPadampengajaran buat kite yg hidup... juge bakal ke sana...
My recent post : Khasiat Halia - Infografik
Innalillahi wainna illahi rojiiun. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.Aamiin.semuga kak D tabah dan sabar menghadapi ujianNya.semuga anaknya segera sembuh seperti sediakala.Peringatan juga buat kita yang masih hidup..ingatlah mati itu pasti..dimana kita..
BalasPadamSalam ramadhan Anim, maaf lambat kunjung balas. Takziah utk kwn Anim. Lumrah hidup begitulah, pasti dijemput olehNya. Kakpb selalu fikir soal mati, rasa tak cukup amal ibadat kita.
BalasPadamKaluinalilahiwainailaihirajiuun..semuga Allah berikn ketabahan pada yg ditinggalkn..amiin
BalasPadamInnalillahi wainna illahi rojiiun...Arwah sudah tentu tempatnya, kita yg hidup ini perlulah sentiasa beringat. Berdoa untuk mati dalam keadaan baik, sempurna dan jauhkan dari keaiban.
BalasPadamInnalillah...
BalasPadamSesungguhnya kita semua ini pinjaman semata-mata. Tapi beruntung hamba allah seperti Kak D dan abang M itu. Melihat di mata kasar kita dia bagaikan contoh yg boleh kita jadikan teladan. Moga rohnya ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman.
cahayacinta
BalasPadamwalaupun sy tak mengenali sgt admin sy rasa ia umpana dekt di hati...kami tahun lepas abg ipar meninggal sb kemalangan..org langgar dia masa nak pi keje..tapi itulah kalu Tuhan seru nama kita dari atas kita kena pergi jugakan..
al fatihan...
pasal ramadahan ada fasa2 tertentu itu sy tak tahu pula..huhu..btw thnks
Alfatihah...semoga arwah tenang disana bersama mereka yg beriman..
BalasPadamSalam takziah & al fatihah.. moga sahabat itu bertabahlah yer !.. tq untuk beg yg cantik tu berebut angah & adik untuk dijadikan beg telekung mereka http://kesumaangsana.blogspot.com/2013/07/cerita-rezeki-ramadhan-terima-kasih.html
BalasPadamalfathihah.. sedih bace perenggan last.. macam mane pon kite kene sedie untuk kehilangan orang tersayangkan..
BalasPadamBetullah Anim.... masa yang sekejap inilah sepatutnya kita gunakan sebaik2nyakan... Tapi nama pun manusia kadang tu tak dapt mengawal perasaan yg tengah panas hehe...
BalasPadamMemnag tabah Kak D tu
takziah untuk sahabat akak tu... semoga Allah lebih menguatkan hatinya menghadapi dugaan dan semoga Allah permudahkan semua urusannya.. amin...
BalasPadamInnalillahi wainnailaihi raji'un. Semoga Allah beri Kak D kekuatan untuk melalui kehilangan suaminya dan meneruskan usaha menyembuhkan anaknya...
BalasPadam