Home · About Me · Sitemap ·

Kisah kunci dan ikan masak stim


Hari ni Jumaat, puasa pulak tu. Lepas Subuh, 2 Abdul tidur semula. Bangun tidur, Bapak Abdul kerah cuci kasut sekolah. Kasut sekolah ada dalam kereta. Biasalah depa tu, ada spare selipar dalam kereta, kasut sekolah tinggal dalam  Si Abdul kecil usung sekali kunci kereta. Ternampak lampu kereta berkelip-kelip, dalam hati berkata, mesti dia tekan alarm tak betul ni. Tak lama dengar dia menjerit, "Alamak, terkunci keretalah"....dan KUNCI KERETA tertinggal di seat belakang.

Kita pun mulalah nak pot pet pot pet. Selalu pesan, lepas unlock , letak balik kunci kereta tempat asal. Riuh jugalah sekejap. Risau pun iya jugak. Kereta Waja tu dah 10 tahun usianya. Dok pindah sana sini, memang tak tahu kat mana kunci pendua. Kita selalu dengar, bila kita marah dalam keadaan berdiri, kita duduk. Bila marah dalam keadaan duduk, kita berbaring. Kalau marah lagi, kita berwuduk. Waktu Anim duduk memikirkan kemungkinan di mana letaknya kunci pendua (si Abdul kecil dok tawaf kereta), Encik Suami  masuk bilik . Tak lama dia menyarung pakaian dan hidupkan enjin kereta. Anim tak bertanya apa pun. Anim suka ambil pendekatan, kalau dia rasa perlu beritahu, dia akan beritahu. Mungkin dia menahan geram ( dan marah barangkali)... Biarlah dia "cool" dengan caranya sendiri. 

2 briefcases sudah diselongkar, laci pakaian sudah digeledah. Akhirnya, tikar sembahyang juga dicari. Manusia, kalau dalam kesusahan, mesti mencari dan mengadu kat Penciptanya. (Kalau senang, selalu lupa!) Tak lama hp berbunyi. Encik Suami menelefon. Dia di office rupanya (dekat je office dia, tak sampai 10 minit drive, lagi2 cuti hari ni). Rupa-rupanya Encik Suami nak lihat kerja-kerja baiki bumbung pejabat yang diterbangkan angin semasa ribut tak lama dulu. Huhu....kita ingat dia bawa diri.. Sempat bertanya, dapat cari tak kunci pendua di mana-mana. Bila cerita apa yang sudah dilakukan, keputusan dibuat, tak payah cari. Benda kalau dicari on the spot, memang tak jumpa! Ini ujian buat kami yang berpuasa. Satu, nak cari kunci pendua, kedua, nak tahan marah.

Tengok muka si Abdul kecil yang macam "ayam berak kapur" (bersalah amat sangatle tu..) rasa bersyukur pada Allah.  Pertama, hari ni cuti, tak ke sekolah. Esok pun ada satu hari lagi kalau nak buat ekspedisi mencari kunci. Kedua, kereta tu elok terletak dalam pagar rumah, bukan terkunci masa p market atau kat mana-mana.  Ketiga, Anim dah nampak lampu kereta berkelip-kelip tapi hanya membiarkan, takde inisiatif nak p dekat dan ambil kunci kereta tu kat tangan si Abdul kecil.

Tak lama, Encik Suami balik dan terus ke dapur. Entah apa yang dibuatnya, ada bunyi pinggan mangkuk di sinki. Anim sibuk mengemas beg-beg dan laci yang diselongkar dalam bilik. Terdengar hon motosikal. Siapa pulak tu? Kata Encik Suami, dia panggil pakar lock/ unlock kunci .

Orang ada skill. 5 minit bekerja, dapat bayaran RM 45. Peralatan yang digunakan hanya spray dan alat seperti cangkuk saja.

"RM 45 bah, murahnya. Ingatkan beratus" si Abdul kecil membuka suara. Amboii...pandai pulak bercakap. Kita yang mendengar, dok perli dia. "Ooo...duit kuar dari kocek abah, RM 45 tu murahlah ya. Boleh dapat ikan masak stim tau kat restoran Awe untuk buka posa"

Mau tak terkejut bila Encik Suami kata kat dapur ada ikan siakap diberi kawannya yang baru balik market waktu dia keluar ke ofis melihat bumbung dibaiki. Kawan tu beli 2 ekor, seekor dibaginya kami. (Tadi dia menyiang dan membasuh ikan di dapur, rupanya). Nampaknya plan nak masak ikan pari asam pedas untuk berbuka puasa petang ni bakal bertukar ke menu ikan siakap masak stim.

P/S  Kerana kunci kereta, macam-macam cerita boleh kongsi hari ni.

Artikel berkaitan:

20 Komen untuk "Kisah kunci dan ikan masak stim"

  1. kerana kunci, dapat makan ikan stim arini kak.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahan semua ada, tinggal cari limau nipis aja, heee

      Padam
  2. Kalau budak kecik buat salah senang aje nak pot-pet-pot-pet walhal org tua pun ramai yg terbuat kes macam anakanda Abdul adik kan Anim... kesian adik mesti masa tu serba tak kena.

    Lega dia bila dah ok cuma pada dia RM45 tu murah benarlah sebab dlm hati dia mungkin kena beratus... Tak tahu ada org buat tak payah bayar pun. Tak apa abah Abdul nak sedekah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia rasa bersalah sebab tak demgar cakap ummi..huhu...

      P/s free, suami saya takde skill lah kakzakie nak buka lock, hee. Oklah tu, dari kena pecah cermin kereta..hee

      Padam
  3. hehehe yg paling best tu tang cerita siakap masak stim tu !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah, tak pasal2 keluar menu ikan stim walhal tak plan sebab ada ikan pari saja dlm fridge, hee

      Padam
  4. Salam kak anim,
    Hari Jumaat pertama di bulan Ramadhan, dari mula penuh dengan pelbagai ragam dan kekecohan...tapi ianya berakhir dengan siakap masak stim berharga "RM45"... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heee...kalau dekat, kak ajak BM berbuka sama dengan menu siakap stim Rm45 seekor,

      Padam
  5. Kesian si Abdul, dah le puasa, buat silap pulak, pagi-pagi lagi pulak tu... nasib baik ibu ayahnya orang sabar..selamat berbuka dengan siakap steam tu ya, errr.. si pari-pari tu boleh ke terbangkan ke Klang, utk habuan Che Mid petang ni he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangun tidur, suruh basuh kasut....cuailan sekejap..

      P/S kalau dekat, boleh hantar sepinggan asam pedas pari esok...neee

      Padam
  6. sedapnya kak... mcam nak cari jugak la... tapi kak.. kelar ikan tu bukan terbalik ke tu... ikut ke bawah kan?

    kunci pendua kena cari gak kak... kalau kereta masih bawah insurans xde kunci pendua boleh disalahkan kita nanti bila kereta hilang.. nanti dikatanya kita yang cuai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hantam sajalah ita, kelar ke arah mana. Dah ada orang tolong siang dan cuci,,,heeee

      P/s tak tau lak. Dua kereta sebelum ni yang kak dah jual, depa tak minta pun..

      Padam
  7. Sedapnya ikan siakap masak stim...nasib baik orang teror datang bukak pintu kereta...

    BalasPadam
  8. Dasyat sungguh skill orang tu Anim... terserah pada Allah sajalah dia ni... nak jadik orang baik atau orang tak baik kan Anim?

    Apapun Ummi dan Abah 2 Abdul ialah orang yang baik. Bagi "bahasa" kat anak ala sipi-sipi manja aje gitu... hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang macam ni huda, kalau ada kes...dia dulu dicari polis..huhu...nak kata apa, walaupun mahal upah, berisiko jadi yg disyakki. Nak kata apa kan?

      Padam
  9. Assalamualaikum wbt.


    hahahahah...comel lah citer kak anim ne...
    dari kete sampai ke ikan stim... hahahaha...
    tgh fikir connection dia kat mana...

    selamat berpuasa kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Connectionnya huda, bak kata BM, ikan siakap tu bernilai "rm45". Kereta terkunci, terpaksa keluar, jumpa kawan balik market, dapat ikan siakap (walhal plan nak masak asam pedas pari, takde siakap dlm fridge). Dan kena jugak masak stim sebab dah telepas cakap (dan termalu...) . Heee...boleh gaknya gitu..

      Padam
  10. semalam fifi makan asam pedas ikan pari.. sedap.. hihi.. sabar betul anim dan suami..

    BalasPadam
  11. Betul tu Anim...kalau duk kalut mencari mmg tak akan jumpa..so biar je le dulu...
    hehe
    Pakar Kunci dah ada...so legalah Abdul kecik tu hehe

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai