Home · About Me · Sitemap ·

Dah dalam mulut pun, nak dikorek juga bagi keluar...


Tak tahu nak mulakan bicara dari mana. Belum bertolak ke Mekah lagi , Allah dah uji. Namun kalau dah tertulis rezeki itu untuk si polan dan si polan, bantuan Allah tetap datang tanpa diduga. Apa pun yang manusia rancang...kalau kehendak Allah kata sebaliknya, maka jadilah sebaliknya

Ada orang kata...dah dalam tangan sekali pun kalau bukan rezeki, tak dapat nak masukkan ke mulut. Tapi , kalau dah masuk mulut, ada pulak yang korek-korek dan keluarkan, camna ya..hmmmm...tak taulah.

Petang semalam, tergamam bila dikhabarkan Encik Suami dan 2 lagi jemaah cawangan Utara tak dapat visa pulak. Rasanya 2 hari lalu, Anim buat entry Encik Suami dapat visa umrah Ramadan . Macamana jadi macam ni..kejap dapat..kejap tidak. Mulalah called sana sini untuk bertanya duduk perkara sebenar. Kalau tak dapat visa, tak dapat pergi tu..redhalah. Ni visa dah dikhabarkan dapat sebelum ini, alih-alih kata tak dapat pergi ( walhal dah maklumkan penerbangan mungkin 28@30hb, naik Air Asia... heran.. heran, something wrong somewhere...)

Setelah puas bercakap dengan orang sana, dengan orang sini...hingga ke pengurusan atasan, akhirnya "rahsia" terbongkar. Nama mereka ber3 yang tersenarai sebelum ini (termasuk Encik Suami) sudah didelete dan digantikan dengan oranglain. Katanya arahan orang atas. Entahlah...kemungkinan kes jemaah lain yang dapat visa lewat, tapi mungkin sudah tiada tempat untuk mereka dalam penerbangan.

Sedih juga bila dapat tahu duduk perkara sebenar. Syukurlah, Allah gerakkan hati someone untuk membantu dan kemenangan tetap berpihak pada yang berhak. Alhamdulillah, hari ini confirm yang nama Encik Suami bersama 2 yang lain disenaraikan semula.

Hari ini juga, pihak travel e-melkan jadual umrah Encik Suami . Betullah seperti khabar yang di dengar sebelum ini, kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan jemaah umrah Ramadan musim ini menyambut Syawal di sana. Jemaah yang dijangka bertolak 30 Julai ini ke Jeddah (terus ke Mekah) dengan penerbangan Air Asia, insyaAllah , akan pulang ke tanahair pada malam 8 Ogos 2013 (10  hari 8 malam). Mereka tiba tanahair malam 1 Syawal. Tak ada rezeki nak sambut Syawal apatah lagi berpuasa 6 di sana. Itulah ketentuanNya.

Anim teringat kisah Bonda sewaktu melaksanakan umrah bulan Februari lalu.

Hotel group mereka yang dibooked awal telah diisi oleh satu group umrah Malaysia yang lain (hotel tu dekat sikit dengan Masjidil Haram). Group umrah Malaysia itu telah membayar xtra RM30 daripada harga yang telah depa booked kepada Tok Arab.

Masya Allah..tak terfikir kita, di Mekah, ada yang sanggup "potong jalan" oranglain yang menyebabkan pihak travel group Bonda terpaksa mencari hotel lain. Bonda kata Ustaz (mutawwif) yang membawa mereka meminta maaf kerana kejadian tak diduga ini. Kasihan, sudahlah jauh sedikit, terpaksa pula menggunakan bilik air dikongsi (di luar). Alhamdulillah.... mereka terima ujian ini dengan sabar.

Bonda kata, walaupun bilik kurang selesa, alhamdulillah, mereka dapat mutawwif yang sangat baik dan banyak membantu. Satu lagi katanya, kalau Bonda dan Abah terlewat balik ke hotel selepas solat berjemaah di Masjidil Haram (buat tawaf sunat dulu) sarapan pagi, makanan tengahari, makanan malam tetap ada, masih berbaki lagi tak seperti pengalamannya berumrah sebelum ini.

P/S Perancangan manusia ...berjaya atau gagal, baik atau buruk semuanya dengan izin Allah

Artikel berkaitan:

22 Komen untuk "Dah dalam mulut pun, nak dikorek juga bagi keluar..."

  1. Dapat jugak pergi yer.... Alhamdulillah. Dah memang tertulis rezeki suami akak dan kawan2 nya tu.

    BalasPadam
  2. Semoga Allah permudah kan perjalanan dan segala urusan...
    Doakan kesejahteraan saya sekali ya... ameen...

    BalasPadam
  3. percaya kepada qada' dan qadar. Kalau sudah ditakdirkan, pasti berlaku juga. Syukur...syukur...syukur..

    BalasPadam
  4. Jika segalanya mudah...mungkin kita terlupa untuk bersyukur, sedikit ujian utk memberikan kita rasa bahawa tidak segalanya semudah seperti di rancang umpama tajuk entri ini. namun jika kita berusaha, bersabar dan yakin akan kebenaran...pasti Allah beri keizinannya. Hikmahnya, kita akan lebih rasa bersyukur dan pemergian akan lebih di hargai. Mungkin disebaliknya juga membawa kepada kemudahan urusan di Mekah kelak...Insyaallah.

    BalasPadam
  5. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Alhamdulillah dapat jugak pergi menunaikan umrah. Syukur..

    BalasPadam
  6. bila membaca tajuk dan isi entri ini, aiza teringat kata-kata dr.HM Tuah, jika bukan rezeki kita, dah masuk ke dalam mulut pun boleh terluah balik.. setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.. aiza belum berpeluang untuk sampai di tanah suci mekah..

    BalasPadam
  7. ujian telah menyedarkan kita bahawa kita hanya merancang ... DIA nak uji sejauh mana keimanan kita ...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, berkat sabar dan doa Insyaallah bakal dapat menjejak kami di tanah haram. Entah-entah terserempak dengan emak abah Che Mid nanti..

    Anim, sejak mak dan abah CM kt sana, setiap kali CM teringatkan mereka, hati ni rasa happy je.. berbunga-bunga je.. terbayangkan mereka berdua khusyuk beribadat dan sentiasa doakan kami..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.... moga urusan perjalanan pergi dan balik suami cikgu berjalan lancar selepas ini.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah Anim.Berkat doa dan sabar Allah permudahkan urusan. Sudah tersurat bukan tahun nie Encik Suami Anim akan menyambut 1 Syawal di Tanah Suci Mekah.Insya Allah..suatu hari nanti, masanya akan tiba juga. Salam 19 Ramadhan buat Anim sekeluarga =)

    BalasPadam
  11. yelahkan ini semua kuasa Allah...tanpa izinNya ttp dapat teruskan terbaik

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum wbt...

    Kak Anim...lari topic sket...
    erm, Quran Pen tu my ustaz said confirm waranty 5 tahun.
    saya dah ada dah... best... Insya Allah...
    kat Quran no problem - all can read...
    kat my buku tajweed jer ada problemo sket, ada yang readable ada yang tak - i'm not sure why, nnt pas raya saya ty ustaz balik... memang camtu ka, atau saya jer yang tak reti guna... hehehehe...
    btw, sangat helpfull lah set Quran Pen from Syaqira Tech tu....
    saya dah bg address ya haritu...
    nything, kak can drop me an emel or comments at my belog.
    if tak der kat area SP, kak ty ar camna depa blh tlg poskan... tak pun bebila kak mai KL kalau nak saya tlg p belikan dulu pun boleh, Insya Allah....

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah... dapat jugak suami Anim ke sana. Aturan visa umrah yang baru ni memang dikuatkuasakan untuk semua negara termasuklah jiran-jiran KSA yang terdekat.

    Terlalu berkehendak menunaikan haji atau umrah... hingga tak "terasa apa-apa" dan "tak apa" bila guna cara tak beretika untuk dapatkan tempat ke sana. Hmmm... macam mana tu ek?

    Bak kata orang putih - A twisted irony...

    BalasPadam
  14. semoga Allah permudahkan perjalanannya....

    Jemput sertai : Contest Blogger Jejaka Jambu. Hadiah Power Bank bakal menanti anda...

    BalasPadam
  15. assalam,
    Alhamdulillah...semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat semuanya...

    BalasPadam
  16. salam Anim..rezeki kita di tangan Allah...kadang kadang Dia hanya nak menduga kita..insyaallah kita merancang..Allah lah sebaik baik perancang
    selamat berangkat utk suami Anim
    dan berhati hatilah memmandu pulang nanti..banyakn slawat dan doa..insyaallah

    BalasPadam
  17. assalamualaikum.. subhanAllah.. macam2 hal kan.. kalau Allah nak bagi kite tetap dapat.. kalau Allah taknak bagi.. buat la macam mane pon.. Allah tetap taknak bagi kan..

    BalasPadam
  18. Alhmdulillah...dapat jugak pergi ya...
    Semoga dipermudahkan segala urusan nanti....

    BalasPadam
  19. alhamdulillah Kak ANIM..rezeki yang Allah beri..harap dipermudahkan segalanya..:)

    BalasPadam
  20. Salam Kak Anim...
    dari awal saya follow kisah ni, berdebar jugak saya baca...

    Akhirnya...rezki mmg milik En.Somi kak la..niat yang baik, hajat baik..
    Saya doakan semuanya dpermudahkan ya kak...mudahan...selamat semuanya...

    Kak, ni 1st time guna khidmat pegi Umrah yang ni ke kak?
    dulu kak amin p yang mana?

    Oh macamtuu ya..dah tak boleh nak sampai syawal...
    takpa la kak, DIA yang menentukan...=)kita hanya merancang dan berDOA saja

    BalasPadam
  21. kalau dah tertulis rezeki kita mmg tak kemana ler !

    BalasPadam
  22. kak..rezeki ditulis untuk akak tu sebenarnya... dpt beraya bersama suami..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai