Home · About Me · Sitemap ·

Saya berkenan dengan tudung kak..


Berbelah bagi juga nak buat entry tentang tudung. Maklum, peminat tegar Prof.Dr.Muhaya dan jarang miss program Celik Hatinya di TV9. Tak mahu dianggap ibu, wanita atau guru "berkeladak"...bila buat entry fasal tudung, fasal baju, huhu....

Camnapun bila ditegur oleh 2 ladies yang berkenan dengan tudung awning keras berdagu yang dipakai ketika membeli bahan tudung di sebuah kedai kain petang tadi, gatallah pulak tangan nak kongsi cerita. Manalah tahu ada kawan-kawan yang berkenan juga macam depa.

Oh ya, bila minat Prof.Muhaya, secara tak langsung minat juga dengan style tudung yang dipakainya. Dah jengok pilihan yang ada  di Modest Culture . Harga? RM120 satu tudung. Bagi yang mengikuti cerita Anim sebelum ini, tentu masih ingat tentang tudung labuh awning lembut dan berdagu (less 20% dari RM60) yang boleh terus bawa bersolat yang Anim beli di Ummie Tinie Collection (coklat). Tapi di Ummie Tinnie tak de pulak tudung awning keras berdagu.

Kemudian, teringat hadiah tudung yang diberikan sorang murid sempena Hari Guru tak lama dulu. Dia kata, emak dia yang buat sendiri. Dek kerana material tudung ni bidang 60, Anim hanya perlu beli 1.3m untuk style butterfly (pusing) . Harga material tudung dalam RM25-RM29 semeter.  Masih jimat lagi kerana dengan kos lebihkurang RM30 satu tudung, boleh dapat material yang bermutu. Tudung labuh XL/XXL sedia dipakai pun biasanya dalam lingkungan RM60 (paling murah dan paling simple).

Tahu tak nape semenjak dua menjak ni Anim galak membeli bahan kain tudung? Mana taknya..upah jahit satu tudung labuh berdagu tu hanya RM10 saja. Macam tak percaya je kan? Tapi itulah kenyataannya. Anim terlupa dalam blog siapa Anim komen tentang "recycled tudung"(blog Bin Muhammad rasanya, sorry kalau silap). Tudung-tudung lama yang sedap dipakai tapi pendek (saiz M) , Anim recycled dengan membelikan bahan kain dan minta tailor labuhkan sedikit dengan menambah kain ala-ala beropol gitu. Ok tak? Selagi boleh jimat, kita jimatlah kan...

P/S  Penutup cerita, no.telefon tailor Anim sudah berada di hp 2 ladies yang menegur Anim petang tadi, heee..

Artikel berkaitan:

22 Komen untuk "Saya berkenan dengan tudung kak.."

  1. Terdengar2 ada suara lembut yg menyebut namaku, terus kesini...betul rupanya. Memang di blog sayalah akak komen tu... Idea recycle yang bagus sekali!

    BalasPadam
  2. Kak Anim, yang atas tu gamabr kak anim ke?
    Ke kawan2 kak anim, confuse ni, tak pernah tengok muka...=)

    Saya pakai saiz L,
    akak saiz apa?
    Kat mana upahnya tu, murah ja kak...

    Saya berazam nak p class jahit tudung ni, aritu terlepas, tak boleh tinggalkan Irfan, mudahan ada lagi lepasni, nak jahit tudung sendiri ja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..semua tu akakle, bukan klon yaa..
      biasalah kala pakai awning keras muka lain awning lembut nampaklah kebulatan wajahku..heee

      p/s sokong..sokong...nanti kak hnta tempah tudung kat AA

      Padam
  3. ibu_suri lebih suka tudung warna kosong.

    bagi IM kalau tudung itu terlalu ber-stail, bimbang jadi tabbarujjal jahiliah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. simple le tu..saya tak reti nak berfesyen bagai..
      saya memang old fashioned punya spesis..heee

      Padam
  4. angah pun suka stail yang berdagu ni, tp tudung macam prof. muhaya tu, blom mampu nak beli, bagus lah akak buat sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tule..kak ni pun fikir, poket tak kembong, kena cari tudung yang harga RM120 jugak tapi dapat 3 helai, heee

      Padam
  5. Salam...

    Aina pun berkenan dengan tudung Prof pakai, selalu jugak dok cakap dengan suami. Cari di jalan TAR memang ada tapi tak berkenan kat hati. Boleh ke kalau Aina nak upah jugak buat tudung tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tudung prof tu ada di modest culture. google je, dia jual online. kalau ada satu contoh tudung yang sesuai, bolehlah hantar. macam anim, anim hantar contoh tudung Ummie collection..

      Padam
  6. baguslah mcm tu. upah jahit serendah 10 saja berbaloi sgt tu ! selamat berpuasa juga ye , moga amalan2 kita kan diterima oleh Allah swt

    BalasPadam
    Balasan
    1. jumpa tailor yang murah kat SP ni, memang rezeki la...jimat dan boleh padan dengan muka saya yang bulat ni. beli yg siap, asyik tak kena dengan muka saja

      Padam
    2. Iya KA, murah upshnya. Lagipun tailor buat ikut muka kita. Tak berjenama pun takpe janji sedap pakai

      Padam
  7. murah lah tu rm10 jer...yang recycle balik tudung lama tu idea yg bagus..lps ni tak membazir dah tudung2 lama tu kan..

    selamat menjalani ibadah puasa Anim..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyalah bunda..asyik2 passed tudung pendek kat anak2 sedara, adik2, kawan2..
      kalau tudung baru tak pelah..
      so...tudung yg ada tu taklah tersimpan saja..

      Padam
  8. Alhamdulillah ada alternatif lain... berjimat mana yang boleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...semua barang naik, mana yg boleh jimat..saya jimatlah huda..
      maklum, orang perempuan ni kalau fasal tudung, masyaAllah..banyaknyer...

      Padam
  9. Idea baik tu Anim merubah yg pendik jadi labuh.

    Selamat berpuasa dan maaf dari kakak buat anim dan keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selmat berpuasa juga jak, maaf zahir batin dari saya sekeluarga

      Padam
  10. Sy pn ngah cri tudung mcm nih kak

    BalasPadam
  11. Yelah kan Nim...sayang tudung yg masih boleh pakai tu.....mmg mahal tudung yg cantik2 sekarang ni...

    BalasPadam
  12. betul kan kak..kalaau bole recycle tudung yang singkat tu tambah ropol2 sikit boleh pakai semula. jimat dan cntik. Tak membazir.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai