Home · About Me · Sitemap ·

Bestnya berbuka puasa kat hospital


Ini cerita Ahad lalu. Malam sebelum Encik Suami berangkat. Ada majlis iftar bersama geng bas sekolah.

Walaupun hampir 18 geng bas sekolah tidak hadir di majlis berbuka puasa anjuran sekolah (tak WAJIB maa..), kami tetap hadir. Iyalah...manalah tahu..inilah Ramadan terakhir kami di SP.

Tempat tak semegah mana. Duduk beramai-ramai di dewan dengan bangku dan kerusi murid. Ok aper...kenangan ini akan terpahat sampai bila-bila.

Kemudian, bergegas ke sebuah hospital swasta di SP. Mengikut Encik Suami menziarahi kenalannya yang dimasukkan ke wad kerana batuk berdarah dan pitam. Gelap dan sunyi dah hospital berkenaan. Keizinan diberi kepada pelawat sehingga jam 10 malam. 

Masa kami menjengoknya, lampu kamarnya dah ditutup. Kesian, terjaga sekejap melayan kami berbual. Dia yang kami kenali cergas dan sentiasa ketawa, lemah dan tak mampu nak angkat kepala.  Apa cerita keputusan MRInya agaknya, terlupa pula nak ambil nombor telefon isterinya. Mudah-mudahan, tiada penyakit serius.

Si Abdul kecil mulalah resah. Kafeteria yang ada dah tutup. Dia ni memang kuat minum. Sejak iftar di sekolah, tak sempat singgah mana sebab rushing ke hospital. Dalam kereta pun tak de stok air mineral. Bulan puasalah katakan...Dok bisik kat telinga kita, hausnya...hausnya. Hmmm...dia nampak buah-buahan untuk uncle yang sakit tu..lagilah terliur. Sabar nak..sabar..heee...

Dalam lift untuk pulang, sempat dia bagi suggestion, "Lain kali kita buka kat sinilah Ummi. Macam best aja set Ramadan ni"...Weiii....mulut tu kasi zip ya...

P/S 22  Ramadan, kami dah tak lalu makan...tapi si Abdul kecil...main telan je...

Artikel berkaitan:

7 Komen untuk "Bestnya berbuka puasa kat hospital"

  1. Tengok promo buffet Ramadhan kat hospital macm menarik jer yer..hahahahaha

    BalasPadam
  2. hujung-hujung ni memang macam dah tak lalu makan, tapi kanak-kanak riang ni sentiasa ada selera ye...

    BalasPadam
  3. Dekat hospital ada promo dinner set macam tu ke kak?

    Anak2 macam tulah mana tahu istilah tak ada selera.

    BalasPadam
  4. Anim dgan abang abdul tak macam adik abdul.
    Adik janji ibu dia ada dia dah boleh makan.
    Anim dgn abg abdul ingat buah hati yg di Mekah sana tu sebenarnya..

    BalasPadam
  5. Eh dah nak pindah mana pulak Anim? berhijrah lagi ke?
    Budak macam depa ni mmg tgh sedap makan kan Anim....Tp OKje lalu je hehe...Anim tu sebab cik Abang nak berangkat tu yg tak lalu tu hehe

    BalasPadam
  6. Budak2 ni kalau bercakap xfikir panjang...hehe
    Mungkin kerana lapar dan dahaga terlampau sgt kot!

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum kak,

    Ala, rindunya dengan geng bas sekolah kak!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai