Home · About Me · Sitemap ·

Selamat berangkat tetamu Allah


Sebak terima image yang dihantar jam 8 a.m tadi. Sebak sebab tak dapat nak ucap selamat jalan di LCCT pagi ini . Semalam lagi dia dah bertolak ke ibu negara dengan menumpang kenderaan salah seorang jemaah Utara dan menginap di sebuah hotel di KLIA. Bulan puasa, tak nak rushing dan kalau boleh tak mahu termiss solat terawih.

Pagi semalam sebelum ke sekolah, kami anak-beranak bermaaf-maafan. Si Abdul sulong tak dapat tahan sebak. Lama juga dia memeluk abahnya. Dalam kereta, Anim biarkan saja dia melayan perasaannya sendiri. Si adik? Alahai...dok gelak-gelak minta maaf. Dalam kereta..dia lena!!

Banyak yang nak dikatakan padanya pagi semalam tapi bila dah sebak..tak boleh nak susun kata-kata. Cuma teringat-ingat pesannya, "Abah tak de ni, jangan tidur aje. Rebut 10 malam akhir Ramadan ni. Tak boleh nak buat banyak , jangan langsung ditinggalkan"

WhatsApp Image jam 11.10 a.m dengan kata-kata menyentuh hati "doakan abah semoga dapat mengerjakan umrah yang mabrur"

P/S  Tak kirim beli barang....kirim doa saja.

Artikel berkaitan:

18 Komen untuk "Selamat berangkat tetamu Allah"

  1. Semoga selamat pergi dan pulang. Seronok nya dapat peluang berpuasa di sana. Akak jangan sedih yer..hehe

    BalasPadam
  2. ..........Insyaallah, urusan yg baik...tiada apa yg perlu di risaukan. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.

    BalasPadam
  3. Semoga selamat semuanya...

    Jujurnya - kakcik sebak!

    BalasPadam
  4. Barokallah... dah tiba sana dah dia sekarang ni Anim.
    Cerita umi Abdul peluk abah lama-lama pun buat auntie tergenang airmata, sebab membayangkan... sayu pulak hati auntie. Moga abah Abdul sihat, selamat dan mendapat umrah yg mabrur.

    Sedih ye Anim... kakak faham sangat.

    BalasPadam
  5. selamat pergi dan selamat pulang..

    BalasPadam
  6. Alahaiii..da hujan pulak ni haa...ye Anim...sama sama kita berdoa agar yang pergi mendapat umrah yang mabrur dan yang ditinggalkan dalam keadaan selamat..amiin ya Rabb!!

    BalasPadam
  7. doakan sajalah moga selamat pergi & kembali yer

    BalasPadam
  8. Nampak berihram putih berjalan.. sungguh bersemangat.. tentu hati tak sabar bak jejak kaki ke sana.. yang ditinggal tu, jangan fikir sangat ya.. Allah menjaga yang di sana dan yang di tinggal..

    BalasPadam
  9. amin....alhamdulilah kak... kirim doa pun dah kira bagus sangat dah tu.. tp kalau dibawak balik barang lagi bagus kan...hehe..

    BalasPadam
  10. semoga semuanya berjalan dengan lancar ... aaamin

    BalasPadam
  11. Sukar nak digambarkan perasaan, moga Kak Anim tabah merelakan perpisahan demi jalan Allah juga moga suami Kak Anim dapat menyempurnakan ibadah sebaik mungkin.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum wbt...
    Semoga mendapat umrah yang mabrur...

    Untuk kak aneem, selamat memandu pulang berhari raya.... drive safely sister...

    BalasPadam
  13. Semuga mendapat umrah yang mabrur...Anim jangan sedih...anak anak pun jangan sedih ya..Pejam celik abah dah balik dah...

    BalasPadam
  14. Salam 22 Ramadhan Anim.semuga selamat pergi dan selamat kembali...dan mendapat umrah yang mabrur

    BalasPadam
  15. salam....kalau diizin allah, saya akan kesana tahun depan

    BalasPadam
  16. syioknyer dapat menjadi tetamu Allah di bulan yang mulia ini...
    Syukurkan... moga dapat dimanfaatkan semuanya itu....

    BalasPadam
  17. Saya yang baca pun turut sebak Anim....inikan lagi si isteri tu kan...huhu

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai