1- Seruan pertama : "Hayya 'alas solah" (Marilah menunaikan solat)
Seruan yang berkumandang saban hari bermula dari terbit fajar waktu Subuh hinggalah terbenam matahari membawa ke malam hari.
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (An-Nisa; : 103)
Lafaz talbiah yang sering diucapkan oleh jemaah yang pergi menunaikan ibadat haji dan umrah. Seruan dan panggilan kepada mereka yang beriman dan bertakwa untuk menjadi tetamu Allah di bumi Mekah Al Mukarramah.
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada keterangan-keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Maqam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (engkarkan kewajipan ibadat Haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekelian makhluk" (Al-Imran : 96-97)
Untuk seruan kedua ini, manusia dapat dibahagikan kepada 3 golongan:
Pertama: Kami dengar dan kami taat
~ Orang yang iman dan takwanya mantap, dan rasa hatinya sangat ingin segera menyambut panggilan Allah. Mereka juga dikurniakan Allah nikmat harta, kesihatan dan kesempatan. Setelah memenuhi 5 perkara iaitu niat, harta, kesihatan, pengangkutan dan keupayaan, tanpa berlengah, golongan ini segera menyahut panggilan itu.
Kedua: Kami dengar tetapi kami diam
~ Orang yang telah Allah berikan nikmat harta, kesihatan dan kesempatan, tetapi detik atau gerak hatinya sama sekali tidak ada. Mereka sebenarnya sudah cukup mampu dari sudut fizikal dan material tetapi masih mengelak untuk mengerjakan haji. Alasan mereka, "belum sampai seru", jadi mereka tidak merasa bersalah, kerana merasa perlu tunggu sehingga sampai seru dari Allah.
Ketiga : Kami dengar tetapi keupayaan kami terbatas
~ Golongan ini tidak wajib memenuhi panggilan Allah. Allah menguji mereka dengan kesempitan harta atau penyakit. Tetapi Allah selalu menghitung amalan-amalan mereka, walaupun mereka tidak diberi kesempatan untuk mengunjungi rumahNya, bahkan ada antara mereka yang amalannya melebihi orang-orang yang sudah menunaikan ibadat haji. Mereka tidak menyahut panggilan Allah bukan kerana cuai atau membangkang tetapi kerana tidak berkeupayaaan. Tetapi mereka terus berusaha mencari cinta Allah dengan melakukan ibadah-ibadah lain.
3- Seruan ketiga : "Panggilan maut"
Sesungguhnya panggilan ini adalah hak mutlak Allah SWT. Bersedia atau tidak, senang atau susah, yang tua mahupun yang muda, miskin atau kaya, bahagia mahupun derita, di mana pun berada, samada kita bersembunyi atau mengelak, panggilan ini tetap datang. Teringat satu lagu, "Bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur dipembaringan..."
"Katakanlah (wahai Muhammad) : Aku tidak berkuasa menolak mudharat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat kepada diriku kecuali apa yang dikehendakki oleh Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan. Maka apabila tiba tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya." (Yunus :49)
~Sumber : Di Kaki Kaabah Daku Bersimpuh oleh S.Mulyaningsih~
P/S Bagaimanakah nanti apabila panggilan Allah yang ketiga turun, kita belum lagi memenuhi panggilan kedua apalagi panggilan pertama? Sedangkan panggilan ketiga ini tidak tahu bilakah ia akan datang dan di mana tempatnya.
Panggilan ke tiga itu pasti.. menakutkan tetapi kita selalu leka dan buat-buat lupa.. astaghfirullah..
BalasPadamkak... saya baru je terima berita kematian isteri kawan masa sekolah dulu.. umur suaminya sebaya saya kak... meninggal kerana asma dalam keadaan mengandung di malam jumaat...
BalasPadamdan akan buat post ni pulak... syahdunya... apa la nasib kita nanti kan..?
betul tu panggilan ketiga tu yg menakutkan...namun ramai diantara kita yang terlepas pandang..
BalasPadamAda juga semuanya dah berkemampuan, kehendak juga membuak-buak tapi kerana politik hasratnya tak kesampaian. Ramai di negara kita yg begini sebab quota visa membuat mereka tergendala. Sedih juga... namun Allah juga yg tahu.
BalasPadamSemoga Allah memberi kita masa dan peluang agar dapat mempersiapkan diri untuk sentiasa menyahut seruan yang pertama dgn sempurna dan berpeluang menunaikan sahutan kedua.... sebelum sahutan ketiga menyeru...Amiin
BalasPadamsinggah dan follow sini...
BalasPadamSemuga kita semua diberikan kekuatan untuk sentiasa beribadah dan mentaatiNya..aamiin
BalasPadamAnim, Amiin untuk doa BM dan seruan ketiga itu paling hampir dengan kita
BalasPadamSesiapun kita , bagaimana pun persediaan kita , kita harus bersedia untuk menghadapi semua seruan satu persatu ... semoga Allah permudahkan segalanya ... aaamin .
BalasPadamIM teringat tadi...
BalasPadambila saja tarikh odit ISO9000 semakin hampir, jantung semakin kencang sedangkan kalau gagal audit pun IM masih beolh hidup.
Macammana kalau tarikh Tuhan nak audit IM pula semakin hampir?
panggilan ketiga la yang paling menakutkan ..
BalasPadamHarapnya dapatlah izinNya menunaikan seruan yang kedua tu secepat mungkin!
BalasPadamtq share ingatan utk diri sendiri juga ni !
BalasPadam