Papan iklan yang baru dinaikkan di hadapan Giant SP yang juga menjadi laluan Anim pergi balik sekolah menjadi tumpuan pemandu di jalan berkenaan...
Sekali pandang ingatkan siapalah tu agaknya yang tersenyum SEGAK...
2 kali pandang, barulah perasan, itu MB Kedah, Datuk Mukhriz yang SEGAK berkopiah dan berjubah putih.
P/S Kita di Selatan, guna perkataan SEGAK tu untuk lelaki, tapi kat Utara ni,SEGAK turut digunakan untuk perempuan malah pernah dengar orang menyebutnya untuk rumah juga. "SEGAKnya rumah hang"...maksudnya cantikle tu!
Oh.. segak utk perempuan. Kalau buat karangan bahasa Melayu mesti cikgu akan bulatkan merah ni Anim.. Kalau cikgu org Kedah mesti senyum dan faham
BalasPadamLelaki memang lebih segak bila berkopiah dan berbaju Melayu - ikut mata kakaklah...
bagus soalan kak zakie. saya sempat bertanya guru BM sekolah saya yg juga penanda kertas peperiksaan, SEGAK itu bermaksud kemas. Kalau pelajar guna SEGAK untuk perempuan, diterima jawapannya
PadamSegaknye saya..Err betul tak ayat tu..haha gurau gurau gurau..
BalasPadambolehlah tu cik kechik. cik kechik memang SEGAK..hihi
Padamsegak dan bergaya...
BalasPadamsama mcm kakzakie bila pakai baju melayu dan berkopiah lagi nnpk segak untuk org lelaki..
songkok hitam tu tak lawa kan..kan..kan..
Padamooo ye ke? sy br tau... heheheh
BalasPadamiye...ni kak dah beritahu
Padamkalau bukan orang utare mesti pelik.. segak boleh jadi macam2..
BalasPadamtule..mai utara, kena faham betul2 maksud ayat. jangan segan (malas)..heee
PadamMemang segak YB kedah ni hehe
BalasPadamsegak...muka ada iras2 cina kan..
PadamFirst time dengar orang guna perkataan "segak" ni bila housemate saya dlu budak jitra selalu cakap..segak hang noo...sebab sebelum tu tak pernah pakai pun perkataan segak ni, sebab rasa macam bahasa dalam buku je..
BalasPadamhaha....bahasa buku? daklah...kalau baca paper BM , macam2 perkataan kedah keluar
Padammasa kami duk SP dulu, ramai orang tersalah anggap yang suami che mid tu Mukhriz.. siap datang bersalam lagi tau.. dan ada juga blogger anggap macam tu..
BalasPadamwah...saya pula teringin nak tengok suami che mid..nanti saya buat pengecaman ya..hihi
PadamTu lah kak..kat kedah depa guna segak utk pempuan jugak..
BalasPadammula2 dengar kak tergelak juga...
Padamsalam kenal.. pernah dengar juga perkataan segak tu untuk menggambarkan kecantikan dan ketampanan..
BalasPadamp.s: datang dari blog kesuma angsana dan follow di sini.. :D
orang kedah kata segak tu cam kemas...cantik gitu
Padamp/s tqvm...salam perkenalan dari kak
Itu istimewanya orang Kedah tapi orang perlis tetap guna segak utk lelaki sahaja(rasanyalah).
BalasPadamitu ka jun? bukan digunakan orang utara ya (kedah, penang, perlis)...
PadamMemang segak papan tanda tu.
BalasPadamsegak...suka baca ayat yang tertulis juga. Tak de lagi "Saya mengucapkan Selamat......." macam dulu-dulu, hihi
Padamsegak tu kalau tambah satu lagi perkataan bergaya jadilah segak bergaya...lagi smartlah tu kan...lebih kurang le maknanya..
BalasPadamkat sini UM, kalau depa kata, "amboi, segaknya" bermaksud kita berpakaian kemas, cantik, lebihkurang smart jugaklah.
PadamSejuk mte memandang tgk Datul Mukhriz pakai jubah...
BalasPadamKedah nih memg bhs die unik...Kalo penyegan tuh mknenye pemalas kan.
tule nak share gambar dia..
Padampenyegan=pemalas, betullah tu. masa mula2 sampai pelik juga, asyik2 sebut segan kalau nak buat itu ini..
Doakanlah semuga bukan sahaja segak di luar tetapi segak juga di dalam...
BalasPadammudah2an berkat Ramadan 1434H..
PadamAnim. segak juga bermaksud cantik..=)
BalasPadamhaah, kak nah
Padambaru tau boleh guna SEGAK untuk perempuan jugak kak.. agak janggal untuk orang selatan..
BalasPadamMesti orang ingat kita tak pass BM, huhu...
Padamrasanya dlm bhs melayu , segak tu utk lelaki . saya membayangkan ' segaknya rumah tu ' ... ok gak tuh .
BalasPadamdalam kamus tertulis kemas. tapi tak tertulis spesifik untuk lelaki
PadamOk... kalau sampai Kedah nanti, dah tau dah...
BalasPadammula2 memang janggal..hee
Padamtapi x leh lawan segak pak dier kan ! hehehe
BalasPadampak dier dengan bush jacket dan baju melayu sokmo..tak pernah nampak pakai jubah
PadamYa la..biras saya orang kedah,
BalasPadamdok sebut segak segak segak ja...=)
haa...cantikle tu maksudnya
Padam