Menatap message yang dikirimkan oleh Hafizuddin, salah seorang my proteges, gembira kerana mereka dapat posting akhirnya setelah menunggu hampir 9 bulan dan terharu kerana depa masih ingat kat mentor depa di SP ni.
Hafizuddin, anak Selangor ni ke Lubuk Antu. Terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog kak Anim (silent reader gitu). Kekalkan prestasi terbaik seperti waktu praktikal . Jaga diri, kelakuan dan tutur kata di tempat orang apatah lagi berada di persekitaran yang majoritinya berbeza agama, budaya dan bangsa . Berdoalah semoga dipermudahkan Allah dalam setiap urusan.
P/S Jangan lepaskan peluang untuk explore bumi Sarawak tu...
Assalamualaikum, salam ziarah. Kali pertama singgah dan follow. Cantik blognya. Moga cikgu-cikgu itu cekal hadapi cabaran.
BalasPadamtqvm, sudi singgah dan follow. mudah2an begitulah..anak muda, darah muda, perjalanan dan cabaran masih banyak yang perlu ditempuh untuk bergelar pendidik
PadamBertuah depa dapat mentor macam kak anim. Seronok dapat bertugas di Serawak ni...bukan setakat mengajar ilmu dunia, peluang utk menyebarkan/mengajar ilmu akhirat pun terbentang luas. Pengalaman berharga menanti anda...selamat bertugas ye, jika ikhlas pasti mudah...
BalasPadamkak dulu teringin nak ke sana tapi tak diberi peluang..huhu
Padamkena psting sana ye cikgu hafiz ni...
BalasPadamkawan saya dah nak dekat 6 tahun mengajar dsarawak, akhirnya berjaya kembali ke semenanjung selepas byk kali buat rayuan..rezeki dia da sampai, tapi saya tumpang hepi sekali..=).. niat dia nak jaga mak ayah dia kat sini..dia anak tunggal,,
aaah, dua2 protege kak ada "hafiz"..satu hafizuddin, satu hafiz, hee..
Padamada rezeki nanti baliklah semenannjung @ menetap terus bila dapat "orang sana"
Seronok bertugas di Sarawak.Saya dulu 4 tahun di Miri.
BalasPadamiyalah..seronok merantau jauh kan..
Padamselamat bertugas. semoga di permudahkan urusan di sana.
BalasPadamhopefully, banyak yang dapat ditimba di tempat orang
Padambestnya jadi guru kak... impianku yang tak pernah kesampaian... jadi guru dengan anak2 je la... semoga mereka pergunakan kesempatan sebaik mungkin di tempat orang selagi tak ada komitmen..... payah nak dapat peluang meninjau ke tempat orang tu...
BalasPadamdimana2 pun samakan yang penting ikhlas menabur bakti kan !
BalasPadamSeronok bila tengok guru mula nak bertugas ni...rasa menyesal tak apply jadi cikgu dulu
BalasPadamNasihat yang sangat bagus tu. Semoga proteges ambil peluang jadi yang terbaik dan berjaya...
BalasPadam