Ada pengalaman tak main redah saja kalau nak pergi ke mana-mana? Dulu-dulu, masa ber2, selalu juga buat lagu tu. Main redah aja. Bila ada 2 Abdul, usia pun makin bertambah (stok ubat kena bawa), soal penginapan mesti diutamakan dulu. Risau tido dalam kereta weiii...
Alkisah, cuti sekolah lalu, tak sampai 24 jam balik dari Beijing, terima msg dari sahabat lama di Batu Pahat. Dia , suami dan 3 anaknya dah tiba Ipoh. Minta tolong carikan penginapan di Langkawi. Kawan si suami di Penang dah on the way balik Johor. Aduhai...cuti sekolah ni, ada ke hotel @ homestay di Langkawi yang kosong. Bila ditanya kenapa tak booked awal, "Kitaorang berjalan macam kartun ni, main redah aja".
Called
Riverra Inn. Rezeki mereka, ada satu bilik kosong. Sewa kenderaan depa dah urus sendiri katanya. Jam 9 malam, depa masih di jetty Kuah. Tunggu kereta sewa. Bilik bermalam ada, kereta pulak tak ada. Minta depa ke Riverra Inn dengan teksi, berehat dulu. Bayangkanlah...dari Johor terus ke Langkawi, depa cuma berhenti solat dan makan. Encik Suami called lagi pihak hotel, minta tolong cari kereta untuk mereka. Settled..dapat Wira katanya.
Hjh Murzana,, dekat 5 tahun juga tak jumpa
2 malam di Langkawi, depa singgah SP sebelum balik Johor. Gelihati bila dapat tahu plan asal depa nak ke Cameron Highlands. Then,
di highway, tukar plan ke Pulau Pangkor. Camnalah terlajak ke Pulau
Langkawi, kak oooi...Sediakan homestay di taman bersebelahan. Lepas Maghrib, bawa depa dinner di luar. Balik Beijing, belum sempat nak ke pasar you. Beg pakaian pun belum habis selongkar.
Restoran Mee Udang D'King jadi pilihan. Selain Mee Udang (udang laut), order juga nasi dan lauk pauk. Takut tetamu tak kenyang..huhu..
2 bujang kak Mur. Si teruna berbaju kuning akan ke Mesir dalam bidang Syariah dalam masa terdekat (menyusul abangnya yang ada di sana). Seronok lihat depa enjoyed Mee Udang ni. Kami yang kurang lalu makan nasi sejak turun flight, turut sama terliur.
Pagi sebelum bertolak balik, bawa depa breakfast di rumah Anim. Sempatlah goreng mee dan buat sandwich.
Jangan serik bertandang ke SP. Next time bawa Along dan Nurul sekali .
Inilah yang buat kami semua teruja bila ditunjukkan gambar cucu cicit Anim di Batu Pahat. Comel tak??. Kak Mur ni salah seorang dari sahabat yang terima
(tok nenek depa) sewaktu Encik Suami bertukar ke KL. Sejuk tangan Kak Mur sekeluarga, membiak keturunannya. Anak-anak Kak Mur pun dah pandai sembelih dan siat bulunya. Ada rezeki, bolehlah rasa rendang daging kalian raya nanti , huhu...
P/S Sebenarnya Kak Mur, plan nak ke CH dan Pulau Pangkor tu tak terlaksana sebab Allah nak temukan kita di SP.
Masya-Allah... ditemukan teman yg baik sebab itulah Kak Mur itu berani nak minta pertolongan. Kalau tak mana mungkin dia nak contact Anim..
BalasPadamMoga ukhuwah berpanjangan. BP di mana tu Anim. Kakak selalu balik BP di Peserai. Selepas Southern Specialist tu dekat aje.
Kat peserai lah kakzakie. Dekat2 dgn sek peserai.saya pernah mengajar di situ 6 tahun,satu2nya sek yang paling lama saya duduk...
Padamseronok tu bila ada tetamu datang bertandang...tapi bila tetamu last minit ni saya selalu takut tak sempat nak memasak bagai...tapi tetamu datang tu bawa rezeki kan kak..insya Allah ada rezeki buat mereka...
BalasPadamKat sp ni,insya-Allah banyak kedai makan. Pilih je mana berkenan bila x dan nak masak, Ida
Padambestnya kak jumpa kawan lama... mesti banyak cerita yang keluar kan?
BalasPadamakak dan kawan2 tetap nampak muda walau anak dah besar2... apa rahsianya? hehe..
Haha..kawan kak le maintain muda, dia suka makan ulam.
PadamGambar akak ni, camera trick je tu, hahaha..
Kalau saya ter "plan" ke SP...bolehlah contact kak Anim ye. hehe
BalasPadamMemang best kalau terima tetamu, apatah lagi teman baik yg dtg dari jauh. Kalau di plan belum tentu ketemu.
Jangan segan2.., tapi kak ni layan style kg je BM... Emel je kalau tersinggah SP
Padamsebab tu saya tak suka plan . buat keputusan sesuai keadaan lbh senang .
BalasPadamKak tengok tempat pulak vee. Yg hot spot, kena booking awal
Padamsalam Anim.....
BalasPadamjalan2 sakan noh......tak pa lah...tak pi CH dapat jumpa kawan lama lagi best kan...?
Haaah...layan mee udang tu paling best katanya
Padamitu yang dikatakan; kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan.
BalasPadamIM pun dah beberapa kali begitu. kekadang dah sampai tapi tak jadi singgah, kelencong tempat lain.
Dlm ho penuh no.kawan2 kan, tak berani nk delete sebab takut kes camnilah kan...singgah menyinggah
PadamMeriah nya pertemuan tu yer kak? Makan besar nmpaknya. hehehe
BalasPadamLama tak jumpa kawan lama bika dah duduk nun di Utara. Seronok sgt bila orang kunjungi kita
Padamha..nak jugalah ke SP...bolehlah ye..hehehe...tetamu yang datang ke rumah kita tu umpama pembawa rezeki...eloklah layan tetamu dengan baikkan..
BalasPadamp/s:rendang arnab?sedapkah?
Silalah..silalah..meh saya bw jalan2 SP. daging arnab memang sedap, kalah ayam. Arnab2 saya dulu, kak buat sate time open house raya, heee
PadamSalam Anim...kita merancang tetapi Allahlah sebaik baik perancang.....tetamu datang membawa rezeki...insyaallah...nekcik kalau lama takde tetamu terasa sunyi...
BalasPadamIyalah nekcik...lagilah saya ni yg nun jauh di utara. Suka kalau ada yg mai singgh rumah
Padamberjumpa juga yer !
BalasPadamIya..elok pulak mai waktu saya baru saja balik berjalan.
PadamKadang tu ada jugak redah....sebab tak plan nak pergikan...tapi biasanya tempat yg dekat dekat ajelah....
BalasPadamSeronok bila dapat jumpa sahabat lamakan Anim...