Kami menginap di
Beijing Mingri Wuzhou Hotel, Central Beijing. Hotel tertera 4 Bintang tapi receptionist tak reti Bahasa Inggeris. Nak tanya, kena tulis kat kertas. Lepas tu depa google translate.. huhu. Tu yang bila ditanya ada tak khidmat van ke Carrefour malam tadi (tak larat nak jalan) depa hulur beg pulak. Waaaa...kensel hajat.
Breakfast served di hotel. Nadia kata, walaupun restoran tak sedia makanan halal, boleh makan telur, nasi atau buah. Anim bawa siap RICE COOKER kecil (ada Malaysian tourist gelak bila dengar), beras, daging kari/ayam masak merah Brahim's, sambal bilis tin Pertima dan pekasam goreng garing.
Encik Suami bawa 2 Abdul meninjau "suasana" breakfast di hotel dengan mata mereka sendiri. Gen Y ni kalau kita cakap saja tak boleh. Pelancong Melayu lain yang menikmati breakfast buffet bersama anak-anak mereka mungkin ada alasannya sendiri . 2 Abdul bercerita bila "halal" food letak dekat dengan "haram" food, bau kat situ saja sudah buat tekak mereka kembang . Jalan selamat, makan apa yang Ummi sediakan dalam bilik.
Jam 8 pagi, kami dibawa ke
Summer Palace. Cuaca baik pagi ni. Summer Palace ni dulu tempat Maharaja berehat di musim panas. Kalau ke Beijing, bersedialah menapak. Bukan boleh park kenderaan dekat dan berjalan 2,3 langkah. Mau 30, 50 langkah, sampai capek dibuatnya.
Nekcik, Anim tabik!! Kaki Anim tak sekuat Nekcik lah.
The Seventeen-Arch Bridge yang dibina di zaman Maharaja Qianlong (1711-1799) dikelilingi 59 singa marble putih (ada satu, ada dengan anak-anak) . Ada 30 jambatan di Summer Palace ini dan the Seventeen-Arch Bridge ini adalah yang terpanjang.
Waktu berjalan di sini , Encik Suami ditarik one lady (gaya tourist) yang berjalan dalam satu group, nak ajak gambar bersama. Hati Anim berdetik, awatlah dia berkenan sangat dengan laki aku ni. Anim terperasan seorang lelaki berdiri di belakang perempuan tersebut. Cepat-cepat Anim mengingatkan Encik Suami akan dompetnya. Rupa-rupanya Encik Suami lagi cekap. Sebaik saja perempuan itu menarik tangannya untuk diajak bergambar, dia cepat-cepat memegang belakang seluarnya kerana terdetik dihatinya, ada sesuatu tak kena. Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati kami.
Bijak betul taktik mereka. Tarik tangan mangsa untuk diajak bergambar, seluk dompet dan pass kat rakan mereka di belakang yang kemudiannya bergegas pergi. Bila mangsa sedar, si perempuan lepas tangan. Tak boleh nak tuduh, dompet tak ada di tangannya.
Summer Palace ni berada di Longevity Hill dan Kunming Lake. Luasnya meliputi 2.9 km persegi. dimana 3/4 kawasannya ialah air. Teringin nak naik bot naga kayu ni ke seberang sana, kena bayar 15 yuan seorang (kocek sendiri) .
Atas ke bawah ~
The 17-Arch Bridge,
Jade Peak Pagoda dan
Hall of Joyful Longevity
Sebaik menjejak kaki ke seberang, Si Abdul kecil sudah kepenatan. Tak berjalan jauh. Sekadar meninjau painting di atas, kanan dan kiri kepala sepanjang laluan. Setiap satu painting tak sama. Masing-masing ada cerita sendiri. Bila di teliti, jalan ceritanya seolah-olah bersambung antara satu sama lain. Hebat betul. Inilah keistimewaan orang dulu kan, tak punya kamera, tak punya video..semua cerita dilukiskan.
Destinasi berikutnya, Nadia nak bawa kami p foot massage for free di salah sebuah toko ubat. Seronoklah mendengar. Kaki sudah penat berjalan, free foot massage lagi..
Jurucakap depa mendakwa toko ubat mereka pernah dikunjungi oleh ramai pembesar luar negara lain. Sebelum masuk, ternampak gambar Tun Mahathir, Presiden Obama, Presiden Marcos dan beberapa lagi di dinding. Kerusi pembesar negara tersebut disusun dengan nama mereka tertera di kerusi.
Kami dan grup pelancong Malaysia yang lain (berbas-bas) diletakkan dalam bilik berasingan. Kaki direndam dalam air dicampur herba. Kemudian datang si pengurut. Minyak takde, krim pun tak ada, kaki hanya disapu dan diusap. Aiik...biar betul! Urut kaki apa ni? Tak lama kemudian, seorang pengamal perubatan berkemeja dan bertali leher (mereka panggil Professor) masuk bersama seorang translator. Anim disuruhnya duduk di sebelah Encik Suami.
Air rendaman kaki Encik Suami lebih gelap berbanding Anim. Encik Suami banyak toksik, katanya. Kenapa Anim punya sebaliknya, dijawab "Toksik belum keluar banyak". Huhu...nak gelak ke tak ni? Hasil "diagnosis" dengan melihat tapak tangan, muka dan perut, dirumuskan yang Encik Suami ada masalah liver kronik, jantung, darah tersumbat dan banyak toksik. Anim ditanya, tak takutkah mendengar keadaan suami kerana anak-anak masih kecil? Hebat betul Professor ni, seimbas pandang dah tau penyakit. Depa minta persetujuan kami untuk mengubati Encik Suami. Encik Suami buat sign tak mahu. Anim? Rasa macam nak kena kelentong kali ni.
Next, kami diajak ke bilik Professor untuk mencuba satu rawatan tai chi for free. Kalau lulus rawatan tai chi itu , Encik Suami tak perlu cuba ubat mereka. Kami tetap tidak mahu. Sepantas kilat, Professor, translator dan tukang urut bangun dan berlalu pergi. Fahamlah kami. "Target" mereka si suami saja. Kalau mereka jujur, sure kesihatan si isteri juga diperiksa bukan? Of course, duit keluar dari poket si suami. That's why beriya-iya disuruh Anim duduk sebelah pasangan. Mereka beranggapan Anim akan mempengaruhi Encik Suami untuk mencuba ubat mereka kerana "takut" tahap kesihatan suami .
Dari cerita pelancong Malaysia yang lain (waktu berasingan), ada juga yang menurut saranan Professor ke biliknya. Di sana, mereka "gagal" ujian tai chi (keluar darah, tanda banyak toksik) dan diminta mencuba ubat yang disyorkan. Harga? Ada yang terkena 7 000 yuan (RM 3500), ada yang diminta 2 000 yuan. Tak cukup duit? Boleh guna credit card. Jika sedar sesuatu tak kena, terselamatlah. Kalau tak, sudah kena kelentong. Herba rendaman kaki yang dijual RM150 tu tak sepadan dengan harga. Kalau kat Malaysia, agaknya dalam RM40-RM50 saja. Penjual ubat tepi jalan lain kelentongnya, yang ini taktik licik penjual ubat berpakaian kemas di toko ubat besar. Pendekata buat yang nak ke sana... berhati-hatilah kalau di bawa ke sini.
Rasa tertipu kami dengan insiden sebelumnya hilang sebentar bila tiba time lunch. Baru hari ke 2, Chinese food masih boleh masuk lagi. Apatah lagi kat SP memang takde Restoran Chinese Muslim. Apa dihidangkan tak bersisa. Bagusnya Nadia ni, dia pastikan tempat makan kami "special" dan terlindung dari group Malaysia yang lain. Privacy. Kalau tak dalam bilik mesti kat tingkat atas.
Kat luar restoran, ada penjual kacang tumbuk (kacang, buah kering) yang sedia menanti di luar restoran. "Rasa...rasa...rasa" kata peniaga Muslim Xi'an ini. Sedap, beli sikit je untuk dimakan dan dihabiskan. Tak boleh "simpan" apatah lagi bawa balik Malaysia. "Masuk angin"...tak rangup dan sedap nanti.
Singgah solat jamak Zuhur dan Asar di
Beijing Jinshifang Street Mosque, antara 4 masjid terkenal di Beijing. Masjid ini dibina pada tahun ke 4 (1429) zaman Dinasti Ming.
Tertarik dengan set teko, 4 cawan dengan khat "Bismillahirrohmanirrohim" yang dijual di kiosk dalam masjid. Angkut, angkut, jangan tak angkut.Cuma 100 yuan (RM50) saja. Jangan ditawar ya. Mereka saudara Muslim kita.
~ Sebenarnya setiap travel tour ke Beijing diwajibkan selit lawatan ke tempat-tempat tertentu di sini (sesetengahnya milik kerajaan) kepada setiap pelancong yang ikut travel tour mereka. Jika tidak tour guide pun turut didenda. Mungkin kerajaan Malaysia boleh mencontohi langkah mereka. Pelancong ke Langkawi contohnya, wajib singgah perusahaan gamat dan lain-lain. Tapi, tak taulah sebab orang kita ni terkenal dengan toleransinya ~
P/S Panjang dah entry ni. Catatan 3 belum berakhir. Ada 4 lagi persinggahan sebelum balik hotel. Kena tunggu sambungannya.
mala pergi bali dulu pun usung jugak mini rice cooker dgn lauk2 instant. seronok makan dlm bilik sorang sikit.
BalasPadamSatu yg saya suka, penceritaan kak Anim simple tapi terasa seperti saya terikut bersama dlm cerita ini...ada sesuatu keistimewaan dari cara karangan akak...Bersambung lagi, akan kutunggu...
BalasPadamSaya kalau keluar negara, mesti bawa periuk nasi, beras + lauk. Saya memang cerewet skit dgn masakan dan makanan terutama di negara bukan Islam.
itu susahnya kalau bercuti di tempat yang bukan Islam dan susah cari makanan halal...macam-macam cara orang nak menipu ya kak...
BalasPadamSenagn kata kalau tak panjang akal meamng boleh tertipu. Tarik tangan nak mencopet jelas sangat tak bermotif. Kenapa tak tarik Anim sedangkan dia perempuan. Sama juga urut kaki kalau tak panjang akal kena 'ketuklah' sampai ribu-riban..
BalasPadamTunjuklah gambar dua hero Anim happy-happy di sana. Nak juga kakak tengok:)
nice...
BalasPadambestnya kak.. terima kasih berkongsi.. entah bila dapat pergi ntah..
BalasPadamseronok jugak yer berkelah dalam bilik. hehehe. Tapi frust lah dah bayar tapi mkanan halal tak berapa nk meyakinkan.
BalasPadamtak dapat pun email. email saya nealopah@gmail.com
BalasPadamSalam.... Haaa... baru la nampak muka tuan tanah... cunnn gitu... lama tak masuk sini, leka nengok gambo.. sedar-sedar terscroll down sampai catatan perjalanan 1.. pengalaman sendiri memang tak boleh dijual beli, apa lagi dapat pergi dengan suami dan anak-anak.. kongsi apa saja selagi boleh.. best!
BalasPadamcerita foot massage tu menarik lah !
BalasPadamseronok baca kisah anim gi jalan-jalan...
BalasPadamnak tunggu sambunganye nnt...
waaa..bestnyer bcuti jauh di beijing..cantik kat sana kan..
BalasPadamHa ha..lawaklah Anim ni...camner nekcik nak bawak jalan jalan..nnti menangis tepi jalan!!belum lagi meredah mata tangga tu!!
BalasPadamyg bab penyakit tu mmg kerap dengar esp yg ikut tour
apa apa pun sebelum bermusafir tu eloklah kita sbyang hajat mntak dilindungi dari segalanya!!! insyaallah
Salam...
BalasPadamAina kalau jalan2 tempat org mesti bawak bekalan dari Malaysia jugak, langkah bawak rice cooker tu patut dipuji. Siapa yg nak gelak lantaklah. Kadang2 ada halal food pun masakan depa tak kena dengan tekak kita. Kalau bawak anak2 lagilah, walaupun sekadar pergi Indonesia tetap bawak biskut dan jajan dari malaysia termasuk 3 in 1, milo dan nescafee.
toko ubat tuh memang dibina utk pau duit pelancong lah Anim . pi melancong nih mmg kena bawa makanan segera ...
BalasPadamLain tempat lain cara si pencopet...
BalasPadammasalah tourism kita ni dah banyak kali i ungkit kan. but still lah kann.. seems we cant do anything. tka boleh bagi idea. or idea kita tak akan didengar..
BalasPadami missed Summer Palace tu. sebab i sakit masa di Forbidden City tu. bab rumah sakit punya case tu mmg hebat depa.. my hubby beli ubat masa tu RM2500.. i gelak je lah.. pandai sangat depa memujuk..
Best jugak merendamkan kaki yang penat berjalan tukan Anim....hehe...Tu yg boleh panjat great wall tu ...
BalasPadam