Anim suka dengar Ustaz Ebit Lew di Radio IKIM. Bila bercerita tentang Nadia (entry ke Beijing) , Anim nak share Bab 4 dalam buku yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew dalam "Tangisan Umat".
-----------------------------------------------------------------------------------
Pernahkah kita menangis apabila melihat orang bukan Islam disekeliling kita mati tanpa sempat mengenali dan sujud kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang Esa?
Seorang yang hidupnya dipenuhi dengan kesusahan, penderitaan sehinggakan dengan airmukanya saja orang lain dapat merasai masalah yang ditanggungnya. Sebahagian manusia seperti ini diuji dengan kesusahan di dunia ini.
Kita menangis apabila melihat atau mendengar kesusahan mereka, kehilangan keluarga, hidup merempat, kebuluran, tiada tempat tinggal dan cacat anggota badan. Kita sedih, sayu, menangis dan tertanya-tanya bagaimana mereka tabah meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini. Ya ALLAH kasihanilah mereka. Hakikat sebenarnya apabila datang kematian maka berakhirlah kesusahan di dunia mereka.
Kita menangis apabila melihat orang tiada makan dan minum. Itu naluri manusia dan kita wajib membantu. Seorang yang tidur dalam keadaan kenyang tetapi jirannya tidur dalam keadaan lapar, orang tersebut akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Mati kebuluran tanpa dapat makanan dan minuman tidak jadi sebab untuk seorang masuk neraka tetapi seorang mati tanpa iman, mereka akan dicampak ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Ya ALLAH kasihanilah umat ini, dalam setiap jam ada orang yang mati tanpa sempat mengenal KAU sebagai Tuhan.
Teringat saya ketika mendengar satu ceramah yang sangat memberi kesan kepada hati saya sehingga hari ini. Disampaikan oleh seorang da'ie bernama Ibrahim Kobe. Beliau berasal dari Kobe, Jepun. Semasa datang dan berceramah di Malaysia, beliau menangis dan berkata,
"Kamu orang yang zalim. Kami orang Jepun berusaha berfikir untuk memenuhi segala keperluan hidup kamu seperti kipas, penghawa dingin, peti ais, mesin basuh dan pelbagai barang lagi. Kami mengeksport barang ini untuk keperluan dan keselesaan hidup kamu. Tapi kamu ada satu perkara yang lebih besar dan mahal dari segalanya iaitu ISLAM. Tetapi kamu tidak berusaha untuk eksport dan kongsikan dengan kami. Ibu dan ayah kami akan masuk neraka selamanya kerana tidak sempat mengenali Allah SWT. Kamu tidak pernah berusaha supaya ISLAM sampai pada kami. Kami akan dakwa kamu," beliau menangis yang amat sangat.
Ketika sahabat saya berdakwah di Eropah, mereka telah sampai ke satu tempat dan di situ berjumpa dengan seorang pemuda yang telah memeluk Islam. Kemudian dia membawa sahabat saya tadi ke satu kawasan perkuburan Kristian. Sahabat saya terkejut dan dia menunjukkan kubur ibubapanya. Pemuda tersebut menangis dan berkata,
"Mak dan ayah saya lebih baik dari saya tapi mereka meninggal dunia tanpa sempat kenal Tuhan yang sebenarnya. Mereka akan masuk neraka. Jika kamu datang lebih awal, insya Allah mereka sempat masuk Islam." Sahabat saya dan jemaahnya mula menangis.
Imam Al-Ghazali berkata, jika ada orang mati dihujung dunia tanpa iman maka setiap orang Islam akan dipertanggungjawabkan. Pernah satu ketika Nabi Muhammad
Sollallahu Alaihi Wassalam bangun berdiri dan menangis ketika melihat mayat daripada kaum Yahudi sedang diusung ke tanah perkuburan. Walaupun satu orang dari umatnya mati tanpa iman menyebabkan Nabi Muhammad
Sollallahu Alaihi Wassalam menangis dan bersedih.
P/S Nak bercerita (berdakwah) kat rakan sekerja pun kadang-kadang tak terkeluar ayat dari mulut. Dalam bukunya, Ustaz Ebit Lew menulis perkara ini terjadi kerana orang Islam sendiri tidak dapat menikmati nikmat Islam maka menyebabkan mereka tiada keinginan berdakwah dan tiada keinginan untuk melihat semua umat Nabi Muhamammad
Sollallahu Alaihi Wassalam terselamat dari azab Allah SWT.
Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosa kami.
Salam...
BalasPadamSelama ini rasanya tak terfikir pun benda tu. Moga suatu hari kita mampu utk berdakwah kepada mereka.
Betul tu Nim.... kita tak de kekuatan untuk berdakwah, nak mengajak orang pakai tudung pun payah kalau bukan kawan sendiri, apatah lagi mengajak kpd Islam....
BalasPadamMoga akan ada kekuatan satu hari nanti
masing2 kena ambik peranan...diorang xkan dengar jika kita terangkan Islam, tapi diorang akan dengar jika kita terangkan sains islam,adab islam,cara jaga kesihatan dsb...
BalasPadamKisah Ust. Ebit Liew menangis kerana ayahnya waktu itu belum Islam kakak mengikuti ceritanya. Bagaimana dia bangun setiap malam solat tahajjud menangis dan menangis sebab mohon moga Allah buka hati ibu-bapanya dan nyata doanya termakbul hanya bila di ayah dijadikan translator bahasa ketika beliau berdakwah di China. Itulah juga yg membuka hati si ayah menjadi Islam yg warak..
BalasPadamMelihat itu kakak memang tak mampu Anim. Office kakak ni 99% non-muslim (sebab kakak saja yg Islam) tapi kakak tak terkeluar pun. Mereka lihat kakak solat di bilik kakak ni tapi tak pernah kakak cerita tentang Islam pada mereka - naifnya kakak nie..
Masyaallah...semoga diberi kekuatan untuk kita menyebarkan syiar islam...
BalasPadamya Allah... terima kasih kerana mengingatkan kak... nak cari buku dia la...
BalasPadamBenar2 menusuk kata2 Ibrahim Kobe dan pemuda eropah tersebut. Tajamnya...terhiris rasanya. Naifnya saya...sebagai umat Islam. Ya Allah ampuni hambamu ini...berilah petunjuk dan kekuatan buat kami untuk berdakwah.
BalasPadamvery gd sharing ni tq!
BalasPadamTerima Kasih Kerana menyedarkan.... kita juga harus menunjukkan kepada kengkawan kita yang bukan islam Addin yang jalan yang sebenar. Kuat kan hati2 kita untuk berdakwah
BalasPadamTerima Kasih atas perkongsian. Kami yang khilaf... semoga ada kekuatan untuk berdakwah
BalasPadamsdikit sebanyak Kak Anim pun dh berdakwah dalam n3 ni..terima kasih kak...
BalasPadamyela kak,, kadang2 kita sendiri tak yakin dengan diri, sbb tu kita tak yakin nak berdakwah pd org lain..
marilah kita doakan mereka yang x kenal islam,,,agar ALLAH takdirkan untuk mereka kenal islam dan ALLAH..mereka ada hak untuk kenal tuhan mereka yg sebenarnya...
BalasPadam