Musim durian muncul lagi di Utara. Kelibat durian boleh dilihat di tepi-tepi jalan walaupun belum nampak longgokan besar.. Jadi perantau ni, tak bolehlah nak balik kampung makan durian. Kena cari sendirilah. huhu...
Dek kerana Ramadhan nak menjelma ( posa tak lalu makan durian), Anim dan 2 Abdul dibawa Encik Suami ke Gurun. Nak ajak "hantu-hantu durian" pekena durian dalam kebun. Camtulah perangai dia..bila dia berpeluang p@ makan mana-mana tempat makan yang best, selang 2,3 hari diangkutnya kami 3 beranak ke sana pulak. Kira tak nak bagi kami "ngences" kalau cerita...huhu...
4 tahun dok SP, taste "hantu durian" Johor mari ni tertumpu pada 2 tempat. Satu durian Singkir, satu durian Gurun. Dek kerana durian Singkir belum luruh, p kebun durian di Gurun le. Suka makan siap-siap di situ, tak suka bawa balik. Kesian kat jiran bau saja dapat nanti...
Ada 30 jenis durian di 11 ekar kebun duriannya di tepi jalan di kawasan Gurun (ini anak Apek) . Macam-macam jenis durian ditanam dan macam-macam nama diberi. Ada Hijau Kuning, ala...lupa dah yang lain. Anim dan 2 Abdul makan 3 jenis pagi itu. Encik Suami cuma makan seulas saja, huhu..tak berani lebih-lebih..
Durian D78. Nemang tip top. Ada rasa pahit sikit. Suka-suka.
Durian Udang. Tengoklah..ada rupa udang. Yang ni paling sedap. Makan kena hisap-hisap sikit, baru ada feel memakannya.
Durian Kopi. Pokok ni dok dekat sangat dengan pokok kopi, hee.. Kalau diminta bagi rate, Anim pilih terbaik ialah durian Udang, next durian D78 dan 3rd, durian Kopi.
Nak rasa durian lain, belum luruh lagi dan si Abdul sulung pun sudah stop makan. Bestnya kalau kita duduk kampung camni, katanya...iyalah tu.
P/S Kebun ni memang dikenali area Gurun. Memang mahal sikit harganya. Pada pandangan Anim, pelanggan tetap datang kerana customer servicesnya bagus. Toke pilih durian ikut citarasa pelanggan..nak durian pahit, nak manis, nak isi tebal, isi putih, isi kuning, nak rasa pahit campur manis....sebut saja.
untungnya dapat p makan durian kat kebun terus..terbaik dari ladang pulak tuh..=)
BalasPadamSalam Anim....aduhai mrleleh ayak lioq dah ni....nekcik pun hantu durian...tapi dah tua tua ni da insaf...makan takat 2 ulas SAHAJA..sendiri kena ingat!!!!
BalasPadamoh tidak anim!!! tak pa ... kami pun menunggu hari ni. dah pesan kat adik nak jjcm durian hehehe paling2 beli ja kt kepala batas.
BalasPadamwah ! udah ngences inih ... waaaa . klu balik kg , pasti singgah dusun kat muar tuh . mkn kat kebun gak ... heheheee
BalasPadamMakchaq memang hantu durian...Sebijik boleh makan sorang....tapi jauh sangat la pulak nak pi.....
BalasPadamsalam cikgu...cerita tentang buah-buahan jugak no..
BalasPadamMemang ngences melihat durian udang tu...huhuhu, terbau sampai kesini. Kat sini belum lagi nampak kelibat durian. Jauhnya nak ke Utara nih!
BalasPadamMau termimpi2 nanti ni...
musim durian kembali....
BalasPadamkt sini xde lg rupa2 durian..atau dh ade..tp lya x perasan...
IM memang teringin nak makan durian tapi terpaksa pendam sebab ibu_suri memang kena dipantangkan makan durian.
BalasPadamaritu dah baca tapi lupa dah komen ke belum..
BalasPadamtgk komen takda...komenla lagi..hehee=))
Yela kak, kg saya kat kulai ada gak musim, tapi tak banyak taun lpas,
nak balik johor takdala... saya tengah tunggu durian Batu Kurau ni, mmg sedap..=)
tapi nampaknya kat Taiping takda lagi durian KG,
yang ada durian SIAM, tak sedapla kak...
bestnya kak... fresh dari ladang.... kami ni tengok kat tepi jalan je la...
BalasPadamSedapnya durian....nak jugakkkk
BalasPadamHehehe KA x makan doyan !
BalasPadamsalam.........tumpang makan boleh
BalasPadamhai jom join contest saya.. http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html
BalasPadamsedapnyer nampak durian tuuu...tapi bunda tak makan durian.
BalasPadamdurian batu kurau plk terkenal dgn bau ny yang tersangatlah wangi nya...pernah cuba makan durian batu kurau tak anim..
BalasPadamOrang yang duduk kat gurun ni, tengok dan telan air liur aje laaa....
BalasPadamRasa macam dah komen!
BalasPadam