Tinggalkan dulu kisah Nadia. Sambung nanti di ending part (sajalah Anim tu....)
Lepas Olympic Beijing Park, kami di bawa untuk lawatan wajib ke
Pearl Factory. Mutiara di sini dari tiram yang diternak dalam air tawar (fresh water) berbanding dengan mutiara air masin yang banyak di Sabah
(lebih berkualiti). Namun sekali imbas tak nampak perbezaannya.
Dari tiram saja dah nampak kehebatan kuasa Allah. Hidupan air (tiram) ni rupa saja buruk tapi di dalamnya terhasil mutiara berharga yang menjadi rebutan ribuan manusia. Depa kata nak tau mutiara tu betul ke tidak, cuba gosok kedua-dua mutiara. Kalau keluar serbuk halus itu mutiara asli. Kalau licin saja, itu palsu. Kalau versi kita, selain gigit mutiara tu ialah kita bakar. Betul tak?
Hari ni berbas-bas group dari Malaysia. Seperti biasa, diletakkan dalam bilik-bilik berasingan. One lady (dakwa anak toke company) beritahu kami dapat diskaun tak sama dengan group lain.
Special. Siap pesan, jangan bagitau harga yang diberi kat group lain. Harga? Boleh buat kita geleng kepala tak percaya. Dari 2800 yuan jadi 500 yuan. Gold pearl yang katanya susah nak jumpa dari 58 800 yuan boleh turun jadi 1200 yuan. Hati sudah terdetik, kami nak kena
goreng hari ni. Kalau jualan gudang Habib Jewel tu, percayalah. Tapi di Beijing,
pu yau, pu yau..
Dalam beringat-ingat, tawar menawar, tertarik dengan bracelet pearl hitam beserta sebentuk cincin buat kenangan. Pilihan harga sedang-sedang saja, tak sampai RM300. Kita pun budget rendah.
Bila terjumpa Malaysian group lain di toilet, masing-masing buka mulut. Pendek cerita...semua group dapat pesanan yang sama, diberitahu group mereka dapat diskaun istimewa. Ada satu group, satu bas dapat free cincin . Harga pula berbeza bagi setiap group. Nasiblah, kali ni masing-masing kena
goreng dengan perempuan lah pulak..huhu...
Lunch di A Fun Ti Culture (sebut Affandi). Melihat gambar-gambar di dinding, depa ada dinner show. Pertunjukan ular dan tarian gelek, huhu. Nasib baik mai lunch. Kali ni masing-masing pandang saja satu persatu lauk yang dihidangkan. Betullah, paling lama kita bermusafir, tahan makanan yang sama 3 hari saja. Walaupun bermacam jenis menu dihidangkan, dok teringat nasi lemak, tomyam, sup ekor, teh tarik..heeee.
Hari ni, hajat Encik Suami tertunai. Roti nan (macam roti pizza tapi berbijan di atas) yang dimakan bersama daging dan mee goreng serupa spaghtetti bolognaise pulak. Mee tu depa buat sendiri. Kenyal dan panjang betul. Kami tumpang makan sekaki lah.
Nadia kemudian bawa kami solat di Beijing Dongzhimen Mosque. Kamilah group pelancong pertama yang tiba. Alhamdulillah...solat Jumaat belum bermula walhal macam tak sempat saja masa lunch di A Fun Ti Culture tadi. Syukur, Allah berikan pengalaman bersolat Jumaat bersama jemaah tempatan di Beijing. Tentunya ini satu pengalaman baru diperolehi Encik Suami dan 2 Abdul. Rezeki...
Satu yang Anim perhatikan, tak ramai budak-budak seusia 2 Abdul yang kami temui sepanjang beberapa hari di Beijing. Warga tuanya rajin layan kanak-kanak. Anim sempat perhatikan seorang warga tua rakyat tempatan ambilkan kerusi untuk si Abdul masa dia nak buka kasut di masjid tersebut. Sabar dia menunggu. Kekangan bahasa saja menjadi penghalang berkomunikasi.
Yang ni di luar masjid. 2 Abdul bersolat Jumaat di dalam masjid. Depa kat dalam masjid duduk atas tikar (sponge nipis) . Serupa duduk atas tilam nipis, kata Encik Suami. Fuyoooo.. Mula-mula ceramah dalam Mandarin. Lepas tu barulah khutbah dalam teks bahasa Arab yang dibaca oleh Imam rakyat tempatan.
Sempat membeli biskut dan kuih muih halal yang dijual di luar masjid. Inilah peluang nak merasa biskut dan kuih-muih yang sure kita tak beli bila balik ke Malaysia.
P/S Lepas ni shopping di market, dinner dan perjalanan ke airport. Ada sedikit cerita tentang Nadia di penghujung. Hopefully...boleh rangkum dalam satu entry. See yaa...
Alhamdulillah rezeki anakanda Abdul dapat solat Jumaat di sana. Pengalaman baru buat dia bila duduk solat dengar ceramah mandarin yg tak difahami. Bahasa arab walau tak faham tapi ada sepatah-dua masuk juga telinga dah selalu dengar kan...
BalasPadamBiskut di luar masjid itu nampaknya ramai yg membeli sebab hampir habis dah kakak tengok.
Khutbah dalam bahasa arab tu banyak ambil dari quran, kakzakie. Jadi bolehlah sikit2 faham. Tang mandarin tu, melopong je tapi seronok depa bila depa kata imam baca tak sama dengan biasa depa dengar.
BalasPadamBiskut tu kak, lepas habis solat, menderu2 group malaysian dan indonesian mai..masing2 pakat beli sebab susah nak rasa biskut cina di malaysia, heeee...
Masa hubby dgn 2 abdul tu solat, Anim buat apa? solat juga ke.. atau window shopping kt luar masjid tu?
BalasPadamOrg perempuan solat zuhur, che mid. Saya duduk2 depan lepas tu. tak berani keluar dari kwsn masjid selagi 2 abdul dan bapak abdul keluar masjid. Kat masjid takde kawasan shopping.. Kalau ada pun tak berani nk shopping sorang2, tak reti nak tawar barang, huhu..kena goreng je nanti
Padammemang gituler kekdahnyer diaorang meniaga...
BalasPadambanyak pengalaman indah di sana yang berlakukan...
Cho zila, harga yg dtawarkan tak sepadan dgn kualiti barang yg dijual. Tu yg geram. Camna pun ada perkara lain yg seronok..
PadamKat sana ramai tak komuniti muslim?
BalasPadamPenduduk beijing ada 16 juta. Komuniti islam 5% saja (500,000)
Padambyk "goreng" kat sana yer . mungkin mrk fikir org msia nih byk RM kot ...
BalasPadamPelancong lain lagi byk duit tapi nadia kata, depa suka sebab orang malaysia especially melayu suka membeli@ bahasa cantiknya shopping..huhu.. Beli bukan sikit2 punya...
Padamseronoknye berjalan...
BalasPadamSalam Perkenalan dari GREEN ARTWORK
perjalanan penuh cerita..tq sudi singgah
Padammarketing tu namanya kak... nasib baik org terpedaya.. nasib x baik.. haram org nak beli pun... hehe..
BalasPadambiskut sedapppp tu...
Paling bertuah kalau dapat solat jumaat di tempat orang. Walaupun xfaham tapi terasa kesyahduan dan betapa universalnya agama Islam ini...tidak kira di mana, rukunnya tetap sama.
BalasPadamWalau di hidang pelbagai makanan, kalau dah tekak sejak kecil dgn makanan melayu...pasti itulah juga yg paling sedap dan menyelerakan.
Seronoknya Anim dapat beli biscuits tu.. i mmg suka bab makan2 ni. just one thing i m not really chinese's food lover... susah sikit. but bila dah masuk hari ke 3 tu di bawak ke kedai yg ala - ala arab, baru boleh telan dgn banyaknya. hee...
BalasPadamtpt yg anim pegi ni pun i tak jejak lagi.. in fact bangunan baru2 pun kann..solat di masjid2 yang kita lawati ni mmg menyenagkan hati kann. lain dari tpt kita.. suka sangat..
Kalau dah jual depan masjid....kena beli jugakkan kan Nim rugi tak beli nanti menyesal... rasa dia macamana?
BalasPadamAlahai... garing kena goreng ni...
BalasPadam