Salam. Masih ada ke yang mengikuti catatan Anim ke Beijing ni atau tulis syok sendiri, huhu. Takpelah...kenangan buat 2 Abdul nanti. Gigih menyudahkan hingga last part iaitu Part 5 ( part paling sebak..sampai la teringat-ingat). Nak buat saspen la ni...
Lepas menjemput kami di hotel, Nadia bawa ke satu lagi tempat wajib disinggah milik kerajaan iaitu
Tak beli pun tak apa, katanya. Lepas dengar "sesi ceramah" tentang jade bermulalah sesi menawar barangan.
Kat showroom, jade memang nampak cantik, berkilat dek cahaya lampu. Tak taulah bila bawa balik Malaysia, mesti nampak berbeza. Tak beli satu jade pun. Tak reti pakai jade..huhu, baik tak yah beli.
Ke satu tempat untuk lunch di 3rd floor yang dikhususkan untuk Muslim. Tandas pun ada paip air. Tempat solat pun disediakan. Kena sabar menunggu giliran. Banyak group Malaysian dan Indonesian makan di sini. Oo..terima kasih kepada Ummie Tinnie Collection kerana rekaan tudung labuh berdagunya. Solat semasa musafir begitu mudah sekali. Tak sibuk lagi nak buka tudung, tukar telekung.
Ke sebuah lagi perusahaan ubat. Terpegun 2 Abdul bila "si penjual ubat" buat demonstrasi pegang rantai besi yang dipanaskan. Bau kulit terbakar!!! Krim sapu, koyok , minyak, cecair hinggalah ke mangkuk (lupa dibuat daripada apa, letak air dan minum untuk kuat daya seks lelaki ). Kami gelar "mangkuk ayun", heeee...Mahal ooo...ratus RM harganya.
Promosi satu set lengkap krim, koyok, minyak, cecair bersama satu mini massager dalam RM 1500. Ada satu couple ni beriya-iya dah nak beli satu set. Minta extra satu mini massager lagi pun depa bagi. Tapi bila nampak kami cuma ambil krim saiz kecil RM75, terus kensel dan ikut jejak kami. "Si penjual ubat" mulalah tunjuk muka tak senang dan nada suara pun jadi lain.
Alkisah, Encik Suami cuma kata kat Anim, deorang ni (si penjual ubat) tak tengok hebatnya orang Melayu. Rendam tangan dalam minyak panas, tak apa-apa. Kalau beli pun, sure tak digunakan sebab kat Malaysia pun berlambak ada. Kalau ikutkan hati kami, satu apa pun tak nak beli tapi kesian kat pendemonstrasi tadi. Hari ni tangannya dah pegang besi panas tu 4 kali !!
Sorry, bukan salah kami kalau mereka terdengar perbualan kami dan buat keputusan yang sama.
Next aktiviti,
Hutong Tour dengan beca. Kami akan dibawa dengan beca keliling satu-satunya kampung yang tinggal di Beijing.
Kampung yang dah bukan macam kampung. Penuh dengan kafe/cofee shop di tepi jalan. Menariknya, semuanya bersofa merah. Masa lalu sinilah, ada satu group Chinese Malaysian yang berjalan kaki ternampak kami dan berkata "Malaysia Boleh"..heee (senang nak kenal orang Melayu Malaysia kan?). Bayaran beca (under package) settled tapi bayar tip kat depa 20 yuan sorang guna duit kocek sendiri.
Si Abdul kecil teringin nak duduk atas basikal pengayuh. "Ah Soo" ni willing nak tolong. Heee...last2 dia pun tak tahan gelak. Lucu bila ingat-ingat balik telatah si Abdul ni. Tapi dia ni tak kisah...selamba je orangnya. Part tu kami puji dia. Tagline dia "Tak salahkan?".
Ke Wangfujiing Street. Muka kelat 2 Abdul sejak semalam kembali ceria. Sejak datang Beijing belum shopping mainan katanya. Aduhai....ingatkan apa. Masuk satu departmental store untuk kanak-kanak. Suka bila permintaan mereka dipenuhi. Walaupun bangunan kedai nampak mewah tapi harga reasonable dipamerkan. Kita pun tak sakit hati, rasa geram. Anim tak suka tawar-menawar. Penat...
Oh ya, si penjual buah tembikai dan honey dew berbasikal tu Muslim Xian. Satu potong buah dijual 3 yuan.
Tak jauh dari situ, meninjau Donghuamen snack street. Terbeliak mata, kerut dahi, juih bibir 2 Abdul bila lihat tapak sulaiman dan scorpion goreng. Biar dilihatnya sendiri perangai manusia. Punya banyak pilihan makanan yang ada di bumi Allah ni, yang pelik-pelik juga dicari. Yang bawah tu, sate ular!!!
Antara bangunan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan untuk dinner di Restoran Wagasi, restoran halal Xinjiang yang famous.
Malaysian dan Indonesian group berpusu-pusu masuk restoran. Ada group yang terpaksa tunggu giliran di luar. Tambahan menu yang Nadia order ialah Mee Sup..semangkuk tak cukup, order satu mangkuk lagi. Masing-masing dah slow makan nasi berlauk..huhu..
P/S Balik hotel, kena kemas beg. Esok pagi, check out dan sedia untuk menapak 5 lagi tempat. Mana? Tunggu.....
Bestnya dapat ke great wall.....berangan jugak nak pergi sana..akak pernah ke g/ zhaou jer...tapi ka sana pun ada yg jual ubat mcm tu...laling akak terbeli jugak..mmng mahal..kes percaya sangat...balik rumah mnyesal tak sudah....
BalasPadamharga yang dikenakan pada tourist melampau-lampau. tu yg kena beringat
Padam1. Sayangnya Anim tak beli jade tu.
BalasPadam2. Jual minyak disana memang banyak - tapi kalau yg peka memang tak beli pun.
3. Suka kakak tengok anak-anak dgn beca - mesti bila tengok gambar ini mereka senyum balik.
4. Apa-apa pun memang kita ni nak kena nasi baru puas.
Sebelum bertolak Anim minta nasihat 2 member yang pernah pergi sebelum ni. Yang sorang beli gelang jade RM 2K++ Tertarik kerana shining dan warnanya. Tapi jadi tak cantik bila di bawa balik Malaysia. Tersimpan sajalah tak pakai. Kalau orang lain RM2K mungkin kecil, buat Anim yang makan gaji ni, besar.
PadamSorang lagi beli bangle jade RM 400++. Dipakaikan siap-siap di sana. Tau ajalah, bila wear bangle jade, susah nak keluarkan dari tangan. Satu hari, waktu buat kerja dapur, terhentak di tiles kabinet dapur (marble), terus patah. Pendek cerita, saya pun terpengaruh dengan cerita mereka, heee
kalau satu part pun cerita dia dah banyak cenggini....sepatutnya bukan 5 part ni Nim...harus 20 part kot baru detail hehe...
BalasPadamNak komen pun susah ni sebab banyak sangat cerita haha...
Tapi eloklah merasa naik Greatwall tu kalau tak rugi! bukan selalu boleh sampai sanakan...
sib baik cuti sekolah ni okje. ada masa nak mengarang essay. naik kerja nanti, terperap basi..naya
PadamAgaknya kalau pergi bagpackers ok tak Beijing ni? Nengok org makan benda pelik2 rasa kembang tekak.
BalasPadamtak pastilah pula. masalah bahasa faktor utama. kalau depa boleh berbahasa inggeris, senang sikit
Padamhehehe lawak pulak part beca tu ....
BalasPadammengabulkan permintaannya nak try kayuh beca..huhu
PadamAssalamualaikum wbt...
BalasPadamada kak ada... neh budak huda ne dok tengah baca...
hahahaha.... lawak ar kak... saya p china last year in may...
hampeh se hampeh2 nya lah... macam kata akak lah... kena lah dok bawak kat tempat jual ubat bagai, termasuk lah si penipu pegang api tu... siap ayah saya cakap, "meh sini ayah nak suh dia rendam tangan dalam minyak panas tgk jadi apa"...
hahahaha...
sama ar kak, kena p gak tempat jade n silk tu...
jade tu saya tak beli sebab sakit giler kot tangan nak pakai... kalau gemuk nnt macam mana? takkan nak pecahkan gelang tu... hampes...
tapi saya beli ada bola apa benda ntah yang boleh tukar kaler jadi hijau tu... lantak dia lah nak kelentong apa... abis ar kawan2 saya kena kelentong beli yang bola paling kecik tu pada harga rm50... alhamdulillah, i bought the biggest one pada harga 100 je... naik bas abes semua tak puas hati...padahal saya dah pesan jangan ambik kalau rasa mahal...
saya tak suka sangat my trip to china - sebab orang2 china yang dijumpai sangat sombong dan RUDE pada muslim...sampai malas nak update kat blog...
tapi abah suh update... hahahaha....nnt ar... trip 2 borneo pun tak habis citer lagi...hehehe...
k kak anim, waiting for next trip update...
p/s: sorry suka plak komen pepanjang lebar... heheheh
Best nya sampai ke Tembok besar...hehehe
BalasPadamsagt2 menariklah kat sana yer
BalasPadamLeka membaca perjalanan kak Anim. Jauh perjananan luas pandangan dan pelbagai ragam. Saya xpernah pergi di bawah package, lebih suka main redah ajer. Tapi kat China ni macam payah sikit gayenye.
BalasPadamTak sabar menati catatan terakhir, intronya saja dah mengujakan.
saya belum ada keinginan nak ke China tapi kalau gi tembok besar tu macam best tu...
BalasPadamtapak sulaiman tu boleh dikategori sebagai seafood jugalah ya..
BalasPadamtadi pagi jengah2 je dah part 5.. tu yang lompat balik ke part4...seronok baca pengalam akak.. teringin nak bawak anak2 juga... nape takde gambar permainan yang dibeli oleh 2 Abdul kan? teringin nak tengok..
BalasPadam