Kak Mim (bukan nama sebenar) menziarahi Masjid Nabawi bersama adik perempuannya. Kemudian, sewaktu menjejakkan kaki di Raudhah, dia mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad
Sollallahu Alahi Wassalam .
Dia kemudian memberitahu adiknya, dia ternampak Rasulullah tersenyum sambil membalas salamnya. Bagaimanapun, adiknya meminta Kak Mim merahsiakan apa yang dilihatnya kerana bimbang menjadi fitnah.
2 tahun berlalu. Kak Mim kembali ke rahmatullah. Tukang gali kubur menjalankan tugasnya seperti biasa. Bila dah siap gali, si tukang gali ukur kubur tu tapi masih rasa belum cukup ukurannya. Dia gali lagi. Bila dah siap, saiz kubur masih lagi dirasanya tak cukup saiznya sampai. 2,3 kali naik turun, naik turun, gali, ukur, gali ukur. Akhirnya si tukang gali kubur menemui Tok Imam dan menerangkan apa yang berlaku. Terkejutnya Tok Imam apabila melihat keluasan liang lahad Kak Mim yang telah dilakukan oleh si tukang gali kubur tanpa disedarinya. Masya-Allah kata Tok Imam....waktu di dunia lagi telah ditunjukkan oleh Allah SWT.."rumah" di alam barzakh telah diluaskan untuk Kak Mim.
Bila ditanya kepada keluarga Kak Mim, apakah amalan Kak Mim yang menyebabkan dia memperoleh "ganjaran" sebegitu rupa sewaktu di dunia lagi....ini cerita depa....
Kak Mim adalah seorang isteri yang sangat TAAT kepada suaminya. Suaminya petani. Bila selesai menyiapkan makanan untuk keluarganya, Kak Mim akan melayan anak-anaknya makan. Camnapun Kak Mim tidak menyentuh makanan selagi suaminya belum lagi makan. Dia akan menunggu suaminya balik dan menikmati makanan dulu..Itu baru ketaatan yang dilihat dek mata oleh adiknya.
Bak kata
Hj Ahmad Shukri , jadikan ini satu teladan buat kaum wanita. Kita bangun awal pagi,
suami dan anak-anak masih lagi dibuai mimpi...menyediakan hidangan sahur untuk keluarga, fikirlah berapa banyak pahala dan ganjaran yang kita kutip. Yang penting...ikhlas, jangan merungut. Bila hidangan kita tak dipuji oleh si suami, biarlah. Biar suami tak sayang kita katanya, janji Allah sayang.
P/S Biar orang tak kenal kita, janji Allah "kenal".....
Lain-Lain Artikel:
Allah..Allah..jadikanlah diriku seperti Kak Mim juga. Lapangkan hatiku, ikhlaskan diriku untuk berbakti kepada suami seperti dia...
BalasPadamamin..amin
BalasPadam