Selesai mendengar tazkirah pendek
Ustaz Amin mengenai "Syirik Jangan Dimulakan". Ustaz Amin kata...benda syirik ini jangan dimulakan kerana kalau kebetulannya betul, kita akan percaya sampai bila-bila.
Ustaz Amin menceritakan pengalamannya didatangi seorang lelaki yang memberikan ayat jampi untuk elak speed trap. Menurut Ustaz Amin lagi, katakanlah seorang tak berilmu, baca ayat jampi dan secara kebetulan dia tak kena speed trap...dia percaya akan ayat jampi itu yang membantunya maka jadi syirik sampai bila-bila.
Walhal kata Ustaz lagi, ada doa dari Quran semasa naik kenderaan dan doa keluar rumah yang boleh dibaca..
Tertarik nak kongsi cerita tentang tapai pulut ini yang menjadi kegemaran kawan-kawan di Utara . Teringat perbualan bersama rakan-rakan mengenai petua dan syarat menyediakan tapai pulut ini.
Alkisah seorang teman merungut kerana tapai pulutnya yang hendak dihidangkan di hari raya tak menjadi (masam) tidak seperti raya sebelum-sebelum ini. "Anak perempuan kak p habaq kat pak dia...mak buat tapai". Dia menyalahkan anak perempuannya kerana "bocor rahsia". Eh..apa kena mengena pulak tapai dengan rahsia, kak?
"Eh, tu sebab orang-orang tua dulu kalau buat tapai, tak cakap kat sesapa. Senyap-senyap aja. Kalau habaq kat orang, nanti tak jadi" ujarnya.
Diiyakan oleh beberapa rakan Utara dan turut menambah, "Orang perempuan yang datang haid pun tak leh buat. Nanti tapai tu jadi merah." Ish....merepek lah kak ni.
Seorang teman lain menceritakan pula pengalaman di ofis suaminya. Depa bergotong royong membuat tapai pulut di pejabat untuk majlis Sambutan Hari Raya. Bila selesai, mereka kemudiannya menyimpan tapai pulut yang berkilo-kilo tu di dalam bilik server (sejuk). Alangkah terkejutnya bila keesokan hari, tapai pulut itu masam dan terpaksa dibakulsampahkan. Yang pelik, beberapa bungkus tapai pulut yang dibawa balik, rasanya manis pulak!
Biasalah, lepas tu keluar cerita, ada staff perempuan mai haid dok buatlah..yang buat tu bukan tangan staff Melayu saja tapi macam-macam kaum buat (dah gotong-royong satu ofis la katakan).
Bagi kami pulak, Pak Mertua memang terror membuat tapai ubi (orang Jawa makan tapai ubi). Encik Suami kata, dulu orangtuanya menjual tapai ubi waktu mula-mula tiba Felda. Pak Mertua akan menyediakan tapai ubi itu waktu malam. Anak-anak dah tidur, jiran-jiran dah tidur. Bukan nak buat senyap-senyap (dah semua orang tau dia jual tapai!)....tapi suhu waktu malamlah paling sesuai untuk proses penapaian. Kemudian tapai ubi itu akan diletakkan di bawah pangkin (macam serambi) di rumahnya. Kalau nak masuk "ice box" ..
nama lain selain peti sejuk..hee , tunggu dah jadi baru masukkan. Selain suhu, kalau tapai tak menjadi....RAGI lah yang menjadi puncanya...
P/S Pasti ada jawapan dari sudut Sains untuk masalah tapai pulut tu tak menjadi..suhu, ragi, kebersihan tangan dan lain-lain . Ingat nasihat Ustaz Amin....mungkin secara kebetulan perkara-perkara yang disebutkan berlaku. Ingat...syirik jangan dimulakan!!!!
Lain-Lain Artikel:
sangat setuju Anim. Kat rumah mak saya kami gotong royong adik beradik wat tapai..riuh rendah tok sah cakapla..ada yg period lagi..ok je, sedap, manis, putih! Tapi tahun ni tapai x menjadi..rasanya sebab ragi tu..
BalasPadambetul, mesti ada sebab dari bahan kan..
Padamselalu juga buat tapai pulut.... klu tak menjadi selalunya masalah pada ragi puncanya
BalasPadamhaaa, mesti fasal ragi. bukan kerana buat sorok2 kan?
Padambtl kak..slalu dgr gak org kata buat tapai dok diam baru manis..hahaha
BalasPadamtu bukan apa ita, depa tak bagi "air liur" masuk dalam tapai tu kalau dok bersembang....heee
PadamSalamkenal, memang banyak pantang larangnyakan...
BalasPadamsalam kenal mak wardah.pantang larang tok nenek kita dulu..kita bawa pulak dalam kehidupan kita sekarang, nak check balik.. manalah tau bercanggah dengan agama
BalasPadamTulah kannn..tp yg jadi merah tu, awatnya?
BalasPadamI sukaaaa sangat tapi pulut.esp pakai daun getah...tp hubby suka tapai ubi sebab dia jawa ke????heeee
orang jawa tak reti makan pulutlah..heeee. kalau kat johor, yg buat tapai pulut ni kan orang banjar, ye tak?
Padammerah...ntahlah. tu yg depa kata...