PETALING JAYA 21 Sept. - Malaysia termasuk dalam senarai 40 negara yang tidak mendapat tambahan kuota haji daripada kerajaan Arab Saudi bagi tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini.
Beliau berkata kegagalan mendapatkan penambahan kuota itu disebabkan keputusan kerajaan Arab Saudi yang menetapkan hanya satu peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara dibenar menunaikan ibadah haji.
"Semua negara diberi kuota sebanyak satu peratus daripada jumlah penduduk bagi setiap negara... Kita ada 28 juta orang rakyat bermakna kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan seramai 28,000 orang jemaah sahaja daripada negara kita," katanya pada sidang media selepas menutup Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil ke-22, di sini.
Katanya Malaysia memohon penambahan kuota sebanyak 10,000 memandangkan jumlah yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadat haji kini mencecah 982,000 orang.
Pada 12 Sept lalu, Tabung Haji menghantar surat rasmi buat kali kedua kepada kerajaan Arab Saudi bagi memohon tambahan kuota sebanyak 10,000 orang jemaah haji Malaysia untuk tahun ini. - BERNAMA
----------------------------------------------------------------------------------------
Tahniah buat mereka yang telah Allah SWT pilih untuk menjadi tetamu-Nya dari jutaan tetamu-Nya musim haji 1433H ini. Jangan persiakan peluang yang telah diberi Allah SWT..kerana masih ramai lagi yang sabar menunggu giliran untuk dipanggil.
Jujurnya buat diri Anim, Encik Suami dan kedua-dua MIL dan FIL....bohonglah kalau kami tak sedih walaupun telah dimaklumkan
TH sebelum ini. Allah SWT lebih mengetahui mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Pasti ada sebab musababnya Allah tangguhkan dulu.
P/S Insya-Allah, kami akan terus memohon dan meminta dari-Nya..mudah-mudahan ada rezeki kami nanti akhirnya.
Lain-Lain Artikel:
ada hikmahnya tu ...
BalasPadamya mala...sabar dan redha..
PadamSalam..sabar sambil doa..kadang kadang lagi sminggu baru diorang gi tahu..insyaallah
BalasPadamya ke nekcik...mudah2an masih ada peluang..
BalasPadamInsyaallah berkat sabar ada hikmahnya nanti.
BalasPadamterima kasih mamawana...insya-Allah
Padam