Sambutan 2 dalam 1 ini diadakan lepas majlis bacaan Yassin .Sekolah kecil je...ada dalam 400 murid.
Meriah pagi Khamis tu...macam-macam acara dan warna. Waktu mula2 tiba SP, 3 tahun lalu pelik lihat ada anak-anak beraya dengan kopiah putih (kalau kat Johor, biasanya pak Haji je yang pakai).
Barisan peserta yang mengambil bahagian dalam basikal berhias sempena kemerdekaan...
The roses..without the thorns. Korum hilang satu. Cikgu Fauziah masih di Hospital Sultan Abdul Halim, SP sejak puasa (dan khabarnya sehingga bersalin). Insya-Allah...Allah pelihara kandungan sulungnya dan semua warga SKS mendoakan kesihatan dan keselamatan kedua-dua ibu dan kandungannya.
Makan time.. Kita kata jalan...depa tetap nak berlari.
Makan free...sapa tak happy kan?
"Pusat pengumpulan biskut raya" murid Tahun 4,5 dan 6. Bawa 2,3 jenis biskut raya dari rumah tapi boleh rasa berpuluh-puluh biskut raya kawan-kawan lain....
Yang ini pulak untuk murid Tahun 1,2 dan 3. Tau ajalah...biskut bersalut coklat@tabur coklat atau apa saja seangkatan dengan coklat memang jadi rebutan..
Juadah raya orang Utara....
Tapai pulut kegemaran depa. Anim pandai makan tapai ubi kayu saja!
Satu lagi special menu depa...ayam kampung gulai batang pisang
P/S Setelah sebulan berlapar....sentiasa kena ingat, bulan ni bukan bulan untuk balas dendam....
BalasPadamkita org jawa mmg biasa makan tapai ubi.....
betul liza...orang jawa tak biasa makan pulut pun jugak!
Padam