Pintu Maqam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam serta sahabat . Gambar ihsan google
Nampaknya entry perjalanan umrah 2012 Anim sudah hampir nak tiba ke penghujung (last entry ada...cerita atas kapalterbang...heeee). Anim mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung. Jauh disudut hati..niat Anim hanya ingin berkongsi dan semoga ada yang boleh dijadikan panduan dan teladan.
KESABARAN..itulah kesimpulan yang dapat dipelajari pada umrah kali ini. Setiap insan berhadapan dengan ujian cuma bentuk ujian saja yang berbeza. Dalam Quran pun dah banyak sebut tentang ujian. Bak kata Encik Suami, ibarat nak masuk U terbaik . kita sendiri akan menduduki peperiksaan. Dapat keputusan baik, barulah terpilih. Takkan senang-senang saja nak diterima masuk. Motivasi itulah yang menguatkan kesabaran di sana.
Setiap kali berdepan dengan kesukaran dan masalah, doa Nabi Yunus a.s yang menjadi amalan.
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ
الظَّالِمي
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya daku adalah termasuk orang yang menzalimi diri sendiri"
Dalam entry terdahulu, ada Anim beritahu kami akan bertolak ke Jeddah Airport jam 8.00 pagi. So, seawal 6.30 pagi. selesai solat Subuh, masing-masing menurunkan beg di lobby. Kami kemudiannya berkumpul diperkarangan hotel jam 8 pagi. Bas masih tak muncul-muncul. Kemudian muttawif memberitahu bas hanya akan tiba jam 10 pagi. Allahu Akbar...rasa ralat sangat.
Kami ada masa hampir 2 jam lagi untuk menunggu. Encik Suami menghampiri Anim dan memberitahu yang dia nak ke masjid. Dia minta Anim bawa Mak dan Bapak naik semula ke bilik (dah check out...minta semula kunci, heee..sib baik bagi!).
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Sewaktu hampir tiba di Masjid Nabawi, dia didatangi seorang perempuan. Perempuan itu menunjukkan isyarat tangan yang disuap ke mulutnya.Dia seluk kocek jubah, terkeluar SR10. Dihulurkannya kepada perempuan itu tadi,
Tak lama kemudian, datang lagi seorang perempuan yang membawa anak kecilnya. Perempuan ke2 ini menunjukkan isyarat menyuapkan tangan ke mulut anaknya. Seluk kocek lagi. Terkeluar lagi SR10. Dihulurkannya lagi dan terus menuju ke Raudhah.
Setiba di Raudhah, semua jemaah lelaki yang ada di situ sedang duduk mendengar tazkirah oleh seorang Tok Sheikh (Arab). Tak ada siapa pun dibenarkan masuk ke Raudhah. Masing-masing diarahkan duduk dan mendengar tazkirah tersebut. Dia yang kebetulan baru sampai, teruslah ke depan.Elok saja dia tiba di saf hadapan, tazkirah itu selesai dan polis kemudian memberitahu Raudhah dibuka sekarang!
Dah dia berdiri paling depan ...dia teruskanlah langkah. Ya Allah...dia berada betul-betul di barisan paling depan..di depan polis berkawal. Dia terus solat 2 rakaat. Syukur...hajat nya sejak semalam tertunai. Lepas solat. polis berkawal tak kata apa-apa. Dia pun terus sambung 2 rakaat lagi. Ambil kesempatan berdoa lama. Memikirkan dia akan bertolak ke Jeddah, dia pun bangkit untuk keluar dari Raudhah.
Dia pun berjalan menuju pintu Maqam Rasulullah dan mengucapkan Selamat Tinggal buat Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wassalam dan sahabat-sahabat. Dia menjengok ke arah lubang jeriji di pintu Maqam. Dia terpaku dengan apa yang dilihatnya. "Eh, betulkah apa yang aku nampak ni?" . Dia undur balik. Dia lihat lagi melalu jeriji yang lain. Allahu Akbar! Di sebalik cahaya samar-samar (seperti lampu yang diletakkan di balik kelambu, katanya) dia ternampak susunan batu-batu di situ. Ya Allah....beginikah rupa Maqam Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wassalam dan para sahabat? Apakah memang disediakan lampu di Maqam tersebut? Tahun lalu semasa kunjungannya ke Madinah, dia turut menjengok juga ke sini tetapi gelap...tak nampak apa-apa.
Ya Allah...Dia tak henti bersyukur kalau itulah kurniaan rezeki dariNya ( yang pastinya melebihi dari segala hajatnya sebelum ini). Dia masih ragu-ragu dengan apa yang dilihatnya. Masih tergambar suaranya yang terputus-putus menceritakan peristiwa yang dialaminya. Perasaan gementar yang membuatkan bulu roma Anim berdiri sewaktu mendengar ceritanya itu...tetap ada tatkala tangan menaip entry ini.
~ Inilah rupa susunan bongkah batu-batu yang dilihatnya disebalik jeriji Maqam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam dan sahabat . Dilukiskannya dengan pensil dan Anim "melukiskannya" dengan komputer semula~
P/S Hanya Allah SWT Maha Mengetahui. Kepada Allah kami memohon keampunanNya.
alhamdulillah semuanya dipermudahkan sepanjang kak anim sekeluarga berada di sana..
BalasPadamtq fieda. alhamdulillah, keberkatan masa yang selalu dipohon, walaupun begitu ujian tetap ada..
BalasPadam