Doaku supaya dapat ke sini lagi bersama ibubapa dan saudara2 kandungku...
Dalam banyak ceramah agama/haji, sering diperingatkan agar
jemaah membetulkan nawaitu masing-masing ke Tanah Suci. Ada jemaah yang berniat untuk beribadah,ada yang ingin mencari ketenangan, ada mencari hidayah (dan jodoh barangkali), ada yang berniat untuk melancong, ada yang datang kerana mencari peluang perniagaan dan ada juga yang mencari "sesuatu" bagi membantu hidupnya agar bertambah rezeki walaupun "sesuatu" itu dilarang dalam Islam . Sesungguhnya Allah akan sentiasa menunaikan permintaan hambanya.
Sukar nak menceritakan sesuatu yang tidak elok berlaku apatah lagi jika cerita kita itu mengaibkan individu lain. Namun memikirkan niat untuk memberikan pengajaran dan iktibar, keampunan dari Allah yang dipohonkan andai niat disalahtafsir
Setelah tawaf wada' selepas Zuhor, kami dijangka bertolak ke Madinah dalam jam 3 petang. Tapi kerana kelewatan bas, kami bertolak sejam kemudian. Perjalananan ke Kota Suci Madinah dimulakan dengan doa dan selawat ke atas Nabi Muhammad
Sallalahu Alaihi Wasallam . Doa "Robbi yassir wala tu'assir, wa tammim bil khair" Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya" tidak putus-putus dibaca.Rindunya untuk bertemu denganmu, Ya Rasulullah...
Alkisah, ada seorang hamba Allah ni dari mula masuk bas dah mula menunjukkan kelakuan yang kurang menyenangkan. Ada saja yang diperkatakan. Pendekata berhenti sekejap...lepas tu sambung semula. Mula2 jemaah lain dok gelak, gelihati tapi makin lama terasa pelik. Keluarlah ayat yang bukan-bukan...perjalanan dah sampai Nilai, sampai Ayer Keroh (Ya Allah...dia menyamakan perjalanan ke Kota Suci Madinah dengan highway Utara-Selatan). Hingga ke satu tahap dia bercerita tentang "toyol" di dalam beg sandangnya.
Menjelang Maghrib, dia masih lagi tak berhenti bercakap. Kali ni dia ke depan duduk bersama pemandu. Pada mulanya, kedengaran bacaan ayatul Qursi dan beberapa bacaan Al Quran. Kemudian keadaan menjadi tak "terkawal" bila lagu dari Wali Band "Mencari Jodoh" berkumandang. Ya Allah, Anim yang duduk di tengah-tengah bas bersama Encik Suami hanya mampu beristighfar. (Tak pasti dari mana lagu2 itu diperolehi, CD? Pen-drive? Handphone?)
Bagai nak pecah gegendang telinga bila lagu itu diperdengarkan. Ya Allah.. perjalanan ke Madinah untuk berkunjung ke Kota Suci Madinah, untuk menziarahi Rasulullah
Sallalahu Alaihi Wasallam yang sepatutnya dipenuhi dengan selawat ke atas Baginda dicemari dengan perkara-perkara mungkar ini. Siapakah yang akan bangun untuk menegurnya?
Perjalanan terasa begitu lambat sekali. Perjalanan dari Mekah-Madinah dijangka mengambil masa 7 jam. Berlalu waktu Maghrib, menjelang pula waktu Isyak. Tiba-tiba kedengaran lagu "Madu Tiga" oleh Allahyarham P.Ramlee di dalam bas. Anim berbisik kat Encik Suami,jangan kerana dia seorang, 36 penumpang(termasuk driver) dalam bas dapat DOSA. Encik Suami terus bangun dan berjalan ke arah mutawwif yang duduk di hadapan dan minta tutup radio. Keadaan menjadi sunyi sepi buat seketika. Dalam menahan kemarahan
tak taulah samada didengari atau tidak oleh jemaah lain.. terkeluar juga dari mulut Anim "Ini bukannya rombongan nak ke Genting Highlands atau Cameron Highlands"..Ya Allah, ampunilah kami semua. Selamatkanlah perjalanan kami....
Kami tiba di Kota Madinah lebihkurang jam 11.30 malam. Suasana sunyi sepi kembali riuh. "Macam bandar Muarlah" , "Oooo ...... shopping..shopping". Dan kemudiannya bila bas berhenti untuk menurunkan jemaah di depan hotel...sekali lagi kami beristighfar bila terdengar.."Ok. Kita dah sampai dah. Sini Chow Kit, sana Bukit Bintang"
P/S Mulut jangan celupar baik di Kota Mekah mahupun Kota Madinah Al-Munawwarah.
Belum ada komen untuk "Perjalanan ke Madinah....ampunilah kami!"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai