Bapak (FIL) yang Anim kenali sejak 21 tahun lalu memang tidak banyak cakap dan tak banyak kerenah. Hidupnya simple, pemurah dan tak berkira dengan anak cucu. Hati Bapak lembut, cepat memaafkan dan mudah meminta maaf. Walaupun hati Bapak disakiti...dia tetap menegur dan bercakap baik dengan orang yang menyakitinya. Bagi Bapak...Bapak malas nak gaduh-gaduh dan simpan dalam hati.
Bapak yang berusia 73 tahun..tapi uban..kalah anak!!
Di kalangan 6 adik-beradik lelakinya, Bapak seorang saja yang tidak bersekolah. Kerana dia tidak boleh membaca dan berpelajaran, Bapak mengalami perasaan merendah diri yang menebal (inferiority complex). Bapak kurang selesa berada di persekitaran yang asing kerana Bapak sebenarnya amat pemalu orangnya! "Malu" Bapak ni terbawa-bawa hingga ke Mekah. Bapak sanggup guna tangga ke kafeteria di Tingkat 2 kerana kurang pandai guna lift jika Encik Suami "tercicir" di belakang.
Apabila MIL dan Bapak menangguhkan tawaran menunaikan haji pada tahun lalu kerana nama Anim dan Encik Suami tidak tersenarai, Encik Suami berazam untuk membawa Bapak mengerjakan umrah dahulu supaya Bapak tidak terkejut apabila berhadapan dengan dugaan dan cabaran yang lebih besar dan berat sewaktu mengerjakan ibadah Haji nanti.
Selesai umrah wajibnya...Bagi MIL, ini umrah sunatnya.
Selesai dinner bersama di kafeteria hotel (malam pertama di Mekah), kami ber4 naik ke bilik (kami tinggal 4 sebilik). MIL bersolat dengan Anim , Bapak bersama Encik Suami so kami hanya bertemu semula selepas Isyak untuk dinner.
Belum sempat berbaring, Bapak membuka cerita di depan MIL . Bapak kata lepas sembahyang Maghrib bersama abang (Encik Suami) dan duduk menghadap Baitullah, Bapak rasa sedih sangat. Airmata Bapak mengalir. Bapak kata, Bapak ni orangnya pemalu sebab tu masa Bapak muda-muda kat kampung dulu, orang tak kenal Bapak. Bapak kata kat MIL, Bapak rasa bertuah dan bersyukur sangat kerana walaupun Bapak ni bodoh, rendah taraf, tak sekolah, tak tahu apa-apa tapi Allah bagi Bapak seorang anak yang baik, yang boleh bawa Bapak pergi ke Mekah.
Ya Allah....tak sangka kata-kata itu keluar dari mulut Bapak. Bagaimana Bapak boleh mendapat kekuatan melawan perasaan malunya mengungkap kata-kata, meluahkan perasaannya. Di Kota Mekah penuh barakah ini... Bapak meluahkan perasaannya.
P/S Encik Suami kata lepas Bapak luahkan kata-kata itu di Masjidil Haram, ketika memandang Baitullah, Bapak terus memeluknya sambil menangis..
tertunggu2 n3 kak anim.... sayu baca n3 kali ni..apa lagi yang boleh kita buat kan selain berbuat baik n berbakti pada mak n abah kita selagi dia orang masih ada..... semoga Allah sentiasa merahmati n memanjangkan kasih sayang kak anim sekeluarga....
BalasPadamterima kasih za, amin. anak lelaki ni bertanggungjawab ke atas ibubapanya sehingga akhir hayat. redha Allah terletak atas redha ibubapa. redha isteri pula terletak pada redha suami. bila kita turut sama membantu suami dalam mencari redha ibubapanya,mudah2an kita juga diredhai pula oleh suami .
PadamK.anim..huhu nangis saya baca ni
BalasPadamkak dah menangis malam Bapak bercerita kat MIL tu..
Padamsedih sangat bila dia cuba menyusun kata-kata..
Sesekali dia berkata... ikhlas keluar dari hati dan amat bermakna...
BalasPadamiyalah huda..
Padamorang pendiam ni sekali buka mulut...terkesan dihati!
bapak mana yg tak sebak kak...saya yg baca ni pun rasa sebak..mmg dia sgt2 menghargai suami kak anim..moga2 suami kak anim diberkati..amin..kak anim dah kawin 22 tahun ke..?
BalasPadamalamak..correction..21 tahun la kahwin. tersilap kira.
Padamkak pun sebak kalau teringat perbualan malam tu..
Rasanya dah setengah jam kot saya baca entry2 awak ni. Daripada tadi dok tahan, tahan. Tapi akhirnya kalah dengan entry ni. Basah jugak mata ni akhirnya. Huhu.
BalasPadamIn shaa Allah bulan depan saya berpeluang mengerjakan umrah. Terima kasih atas perkongsian-perkongsian yang sangat baik ni. Banyak membantu. Semoga Allah rahmati awak sekeluarga. Dan tolong doakan saya dapat mengerjakan umrah dengan sempurna juga ya.
terima kasih kerana sudi singgah. alhamdulillah, muda2 dah jadi tetamu Allah.
Padaminsya-Allah, niatkan ibadah yg dilakukan kerana Allah Taala. jangan lupa, bekalan ilmu untuk ke sana...ada kak selitkan dalam entry terbaru.