Bagitau Bapak...kalau musim haji lagi ramai dari ini. Biar dia tak terkejut...
Pertama, ILMU.
Anim ni jahil, banyak kekurangan ilmu. Kerana itu setiap hari Anim berniat untuk menuntut ilmu (Sentiasa ingat, kalau kita mati dalam menuntut ilmu dikira mati syahid..) Walaupun ini umrah kali ke 2 buat Anim, pengalaman, dugaan dan ujian yang diberi adalah berbeza. Bukan bertujuan untuk membuka aib sesiapa, kadang-kadang terjumpa ayat-ayat berbagai nada dari mereka yang menziarahi sahabat handai yang baru pulang dari Tanah Suci. Contohnya:
1- "Laa, tak dapat buat 7 kali umrah? 7 kali umrah kan dapat haji kecil".
2- " Dapat kucup Hajarul Aswad tak?"
3- "Sekali je pergi Hijr Ismail. Jiran saya 7 hari kat Mekah, 7 kali dapat masuk Hijr Ismail"
4- "Berapa kali dapat pergi Raudhah?.Kawan saya p...hari-hari dapat masuk"
Alhamdulillah, ada jemaah yang kuat tubuh badannya. Dalam sehari, 2X buat umrah. Rasa-rasa bukan 7X umrah dapat, lebih dari itu. Of course sudah bergelar Haji Kecil! Namun dalam tazkirah beberapa Ustaz yang dianjurkan pihak travel, ada menasihatkan jangan kita tamak dalam melakukan ibadah umrah itu. Sedekahkan pahala umrah itu kepada mereka yang kita sayangi, ibu bapa kita contohnya baik yang telah meninggal dunia mahupun yang masih hidup (kalau masih hidup, kita minta izin). Janganlah kita bermegah dengan ibadat kita kerana berbangga dengan ibadat sendiri menjadi racun buat diri kita.
Kat Mekah, kalau nak wakaf Al-Quran di Masjidil Haram kena cari kedai buku. Kata nak "Wakaf Masjidil Haram", dia akan bagi yang SR50 senaskah (kecil). Lepas dia cop "wakaf", kita boleh bawa sendiri@minta dia tolong hantar ke Masjidil Haram. Di Madinah senang sikit, depan Masjid Nabawi tu ada penjual menunggu. SR50 dapat naskhah besar, yang kecil SR20 sahaja.
Setiap kali memandang Baitullah, pasti ternampak tangan-tangan yang bergayut di sekeliling Kaabah dan multazam. Bagi jemaah lelaki, soal aurat tidak menjadi masalah. Berbeza dengan jemaah wanita. Dalam ceramah haji ada ditekankan, dalam mengejar yang sunat, jangan dilakukan yang haram. Mustahil kata Ustaz, badan wanita tak tersentuh oleh lelaki bukan mahram dalam keadaan bersesak dan bertolak itu. Tak dapat kucup, kita istilam saja dari jauh! Namun jika ada jemaah wanita yang dapat mengucup Hajarul Aswad dalam keadaan sempurna, dipermudahkan perjalanannya..itu rezeki dan kurniaan dari Allah SWT.
Begitu juga dengan bersolat dan berdoa di Hijr Ismail serta di bawah Panchur Emas. Apalagi di Raudhah. Ada yang hanya dapat berdoa, tak dapat bersolat. Ada yang dapat bersolat tetapi tak dapat melakukan dengan sempurna. Ada yang diberi kelapangan, bersolat seperti biasa.Ada yang bersolat dengan penuh ketenangan. Ada pula yang dapat mencium bau wangi yang tiada tolok bandingnya di Raudhah. Itu semua rezeki dari Allah..
Ibadah bukan setakat solat, beriktikaf , membaca Quran dan berzikir. Memberikan sedikir ruang solat kepada jemaah lain, menghulurkan air zamzam kepada jemaah yang menunggu di belakang kita tatkala kita sibuk memenuhkan botol air kita pun dikira ibadah apatah lagi jika dapat membantu jemaah yang kurang upaya atau lebih tua dari kita. Ingatlah yang kita ni semua HAMBA Allah. Kalau ikut tafsiran HAMBA, bermaksud paling miskin, paling bodoh, paling lemah. Dari mana pun kita, banyak mana pun harta kita, besar mana pun pangkat kita, mulia mana pun keturunan kita...kita tetap HAMBA Allah.
Kedua, KESIHATAN
Kat tempat kita, kalau panas pun ada pokok. Kat Mekah, hanya ada bangunan. Tu bahang cuaca panas boleh buat muka putih jadi merah, macam udang masak. Orang Malaysia ni kata satu doktor, kurang minum air zamzam kat Mekah. Walhal air zamzam dahle free, banyak pulak tu (Tapi kat Malaysia, sanggup beli walau mahal). Alasannya takut rasa nak terkencing kat dalam masjid, susah nak p toilet yang jauh di luar. Tu sebab bila jemaah masuk hospital, yang dikesan ialah kekurangan air dalam badan. Jemaah dinasihatkan minum 10 botol air 500ml atau 5 botol air 1liter SEHARI di sana.
Salah satu sebab jemaah masuk hospital ialah kerana paru-paru berair. Kalau kat Malaysia, bila mandi malam, baru kena paru-paru berair. Tapi di Mekah sebaliknya. Mandi siang kena paru-paru berair (kerana badan kita panas). So, dinasihatkan mandi malam@awal pagi. Kalau rasa panas waktu tengahari...lap-lap aja. Satu lagi, dek kerana air kat hotel tu adalah air laut yang diproses (bahan kimia) maka doktor menasihatkan kalau boleh tak payahlah mandi dengan sabun. Ala, kat sana cuaca kering, peluh kita tak berbau macam kat Malaysia. Bukan apa, kalau tak kena gaya boleh gatal-gatal badan.
Satu lagi, janganle balik ke hotel dalam cuaca panas, terus masuk bilik buka air-conditioned. Rehat-rehatlah dulu, duduk-duduk kat lobi, kat dewan makan. Mau tak terkejut badan kita, dari panas membahang kat luar...tiba-tiba sejuk! Insya-Allah...kalau ikut nasihat, sihatlah kita sepanjang masa di sana. Namun jika diuji juga, redhalah.
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar." (Surah Ali Imran, ayat 142)
P/S Bekalan DUIT...nak beli ole-ole untuk orang kampung!
Alhamdulilah.. Bila baca entry akak ni, berkobar-kobar rasanya nak juga pergi menunaikan umrah . Yelah, kalau nak tunggu haji, bertahun-tahun lagi.. Sebelum ni pun Kak Paez galakkan pergi dulu buat umrah, tak lama lagi Kak Yah pun nak pergi umrah jugak. Doakanlah saya dan isteri serta anak-anak dapat pergi menunaikan umrah ye kak.. Insya Allah..
BalasPadaminsya-Allah,terus pasang niat. rezeki akan datang tanpa disangka. mudah2an niat baik Allah maqbulkan. kak pun dapat nasihat dari arwah makcik utk mengerjakan umrah dahulu..
Padamseronok dengan pengalaman mereka yang dah sampai sana buat pedoman pada kami yang belum tiba....
BalasPadamsaya dulu pun baca pengalaman orang, terus diseru ke sana...
PadamSetiap kali setiap masa sentiasa dituntut utk menuntut ilmu. Tak kira ilmu apa.
BalasPadamWell dear.. ALLAH itu maha mengetahui.. Org berhak mengata itu ini.. Tapi ALLAH tau isi hati kita.. Forget it...
niat kerana Allah Taala...saya redha dengan apa yg Allah beri...
PadamAlhamdulillah, hari ini saya dipanggil untuk membaca dan diberi petunjuk bagi mengerjakan Umrah. Terniat dalam hati untuk mengerjakan umrah, walau pun terasa entah bila akan sampai..namun syukur alhamdulillah tidak semena2 saya dijemput Allah. Ada seorang hamba Allah menanggung kos mengerjakan Umrah, sebak dihati syukur ku panjatkan kepadA Allah subhanahuwata'ala...
BalasPadamTN, niat kerana Allah Taala...rezeki datang tanpa diduga.jangan lupa sujud syukur ..alhamdulillah
Padam