Gambar diambil selesai solat Subuh di Masjidil Haram
Alhamdulillah, selama 11 hari berada di Kota Suci Mekah dan Madinah ...Anim ber4 selamat tiba di tanahair 9 malam tadi. Cuaca mencecah 46 darjah Celcius tidak menghalang semua tetamu Allah menjalani ibadah di sana.Kebetulan Jun (bulan Rejab) merupakan cuti di Arab Saudi. Bilangan jemaah yang mengerjakan umrah luarbiasa ramainya. Pengalaman mengerjakan umrah dalam cuaca panas begini benar-benar menuntut kesabaran yang tinggi. Yang pasti setiap kali waktu solat, peluang bersolat di Masjidil Haram yang menjanjikan 100,000 kali pahala tidak dilepaskan.
Kesabaran turut diuji apabila hotel yang disediakan pihak travel agak jauh dari Masjidil Haram. Kami menempuh perjalanan berjalan kaki di kawasan berbukit selama 15 minit. Duduk lama di masjid bukanlah suatu perkara yang asing. Tak larat nak berulangalik berjalan kaki dari hotel ke masjid. Datang sebelum Subuh, kuar selepas Zohor@ selepas Asar membawa ke Isyak. Jangan terperanjat jika Anim katakan, Anim dan Encik Suami tertewas oleh "kekuatan" kaki MIL dan FIL. Kami berdua sering tertinggal di belakang! Alhamdulillah...mereka dikurniakan tubuh badan yang sihat dan kuat.. Orang biasa kerja di ladang ni jauh lebih bertenaga!!! Tu sebab menantu dia ni cekalkan hati dan bertekad untuk tidak menaiki teksi ke masjid sepertimana yang dilakukan oleh jemaah sehotel yang tak larat nak berjalan jauh..
Entry Anim yang akan menyusul nanti akan berkisar mengenai pengalaman dan peristiwa pahit manis yang Anim tempuhi dalam pengalaman umrah bersama MIL dan FIL tahun ini. Anim tak story day by day macam pengalaman umrah Mac 2011 yang lalu. Maklumlah, dulu pi ber2, la p ber4. Mestilah lain jalan ceritanya..Tungguuuuuuu....
Alhamdulillah... dah selamat dah pulang dari menunaikan Umrah. Menanti cerita Anim...
BalasPadamTerima kasih...tunggule entry Anim nanti..
BalasPadamalhamdulillah... syukur dah selamat pulang.... semoga mendapat keberkatan dengan amal ibadahnya nanti... aminnn...
BalasPadamterima kasih kazman..itulah antara doa yang sering dipanjatkan di sana.
BalasPadamalhamdulilah ..telah selamat kembali ke tanah air..semuga segala ibadah diberikan ganjaran olehNya..dan beroleh umrah yang mabrur
BalasPadam