S.A.B.A.R hanya 5 huruf tapi terlalu mahal harganya dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkataan SABAR banyak diulang-ulang dalam Al-Quran dan betapa hebatnya SABAR kerana ada disebut akan janji Allah SWT bersama orang-orang yang sabar.
Ada jemaah yang mengatakan ujian sabar mereka hebat kerana membawa anak kecil. Memang kita tak nafikan, bukan kat Mekah sahaja, kat Malaysia sendiri pun...kita boleh tengok payahnya membawa anak kecil ke mana-mana. Namun...anak kecil mampu diuruskan bila kenyang dan tidur.
Ada pula yang membawa anak-anak dalam lingkungan umur 12 tahun ke bawah mengatakan mereka juga diuji sabar. Namun...seperti anak-anak kita juga, jika kena ganjaran dan pujukan, mereka boleh ikut kata kita. Ada jemaah yang memberi ganjaran kepada anaknya (9 tahun) menaiki kerusi roda kawalan sendiri di Tingkat 2. Ibu Farid (seiras Salahuddin) yang gambarnya ada dalam entry sebelum ini pula memberitahu "Uddin" diberi ganjaran makan.
Seorang jemaah mengatakan sabarnya diuji kerana membawa ibunya yang berkerusi roda . Pergerakannya agak terbatas.Namun tidakkah dia tahu dia beruntung kerana ibunya yang duduk di kerusi roda hanya mengikut arah orang yang menolaknya..ke kiri atau ke kanan, malah di Raudhah sendiri ada laluan khas untuk mereka yang menggunakan kerusi roda bersama pembawa.
Lantas, adakah mereka yang membawa ibu bapa yang sihat tidak diuji dengan sabar? Jawapan Anim, kalau budak, dia ikut kata kita. Kalau orang tua..kita kena dengar kata dia...Haaa...dalam maksudnya. Kerana itu Encik Suami selalu ingatkan Anim, niatkan ke Tanah Suci kali ni "bersama-sama" dan bukannya "membawa" MIL dan FIL menunaikan ibadah umrah. Pada MIL dan FIL juga diingatkan "bersama-sama" dan bukannya "mengikut@dibawa" anak mengerjakan umrah.
Olehkerana
FIL ni banyak angin, wuduknya tak boleh bertahan lama.Dari hotel ke
Masjidil Haram pun dah terbatal wuduknya. So, kalau datang awal ke
masjid,kena pilih kawasan solat tak jauh dari kawasan air zamzam. Pilihan FIL, masuk ke Masjidil Haram ikut laluan atas
jambatan (Tingkat 2).
FIL pun tak boleh solat tempat sesak, ramai orang. Dia bingung bila berasak-asak keluar. Maklumlah ini kunjungan pertamanya.Musim umrah kali ni, Top Roof dibuka untuk jemaah lelaki (hanya dibuka masa musim haji). Sesekali Encik Suami bawa bersolat di sini, berbumbungkan langit.
MIL pula suka bersolat kat Underground Gate 92 ni. Sejuk...tak ramai orang. Tak bersesak-sesak masuk dan keluar. Jemaah pun tak berhimpit-himpit macam ruang solat di Gate King Abd Aziz. MIL cukup gelabah kalau Anim hilang dari pandangan matanya.Setiap kali p toilet, MIL akan pesan tunggu dia dulu, jangan ke mana-mana . Anim agak "ketakutan"nya itu kerana cerita-cerita yang didengarnya di tanahair sebelum ini. Ada sekali seorang jemaah India mencuitnya, MIL sudah tak keruan memanggil Anim walhal jemaah itu ingin memberitahu MIL barangnya tercicir.
Di ruang solat Underground ni, tak ramai jemaah jadi saf hadapan, kiri kanan selalu "rongak" . Anim beritahu MIL, Anim tak boleh duduk menanti saf-saf di depan, di kiri, di kanan dipenuhkan. Anim wajib bergerak memenuhkan saf kerana tersusunnya saf adalah menjadi syarat untuk mendapatkan solat berjemaah yang sempurna. Mula-mula MIL bimbang. MIL akan tunggu saja di tempatnya dan menanti Anim "menjemputnya". Alhamdulillah....masuk hari ke5 dan ke6, Anim perhatikan MIL sendiri sudah mula bergerak ke depan memenuhkan saf.
P ber2 dulu, kami tak memilih makan. Apa pun tibai..Kalau bercadang tak nak balik bilik, cari donut, cari kebab, kenyang sampai malam. Try bawa MIL dan FIL ke sini tapi selera orang tua ni lain. Kat Malaysia, FIL pekena teh tarik, kat kedai Tok Arab, teh susu. MIL pulak petang2 cari Milo panas, kat sini Hot Chocolate.Tak kena tekak..pahit katanya.
Sukanya MIL dan FIL bila dibawa ke restoran Felda D'Saji.Teh tarik ada, Milo panas ada, roti canai ada, Nasi Ayam ada . Tapi waktu lunch@dinner kena balik hotel, tak payahle nak belanja depa makan Nasi Mandi kedai Tok Arab. Tak kena dengan tekak depa. Depa nak cari nasi putih berlaukkan style Malaysia (Indonesia sebenarnya) juga kat hotel. TSo, lepas Zuhor dan Isyak, jalan kena pantas (tapi anak menantu selalu tercicir belakang!)
Kami ber2 kenalah banyak-banyak bersabar. Kebajikan orangtua perlu diutamakan melebihi keperluan diri sendiri. Sentiasa istighfar bila kadangkala kesabaran diuji. Selalu bermuhasabah, beri semangat dan dorongan antara satu sama lain. Insya-Allah apabila kita sabar berhadapan dengan kesulitan yang Allah uji pada kita, mudah-mudahan kesabaran itu nanti menjadi bekalan termahal buat kita di
akhirat kelak
"Kita kena ikut dia..."
BalasPadam"Bersama-sama... bukan membawa... bukan dibawa..."
Dalam maksud tu...
huda ni memang pandai bab tersirat di balik maksud tersurat...hihi..
PadamAssalammualaikum anim...
BalasPadamJalan2 dimalam hari...seronok baca kisah anim disana tau..terasa mcm ain jugak bersama2 dgn anim..gi tanah suci tuu..
Kat sana kite mmg kene byk2 sabarkannn...
mudah2an rezeki ain pula selepas ini,insya-Allah..
Padampeliklah tapi...kat sana orang boleh sabo, balik m'sia sabo terus hilang..
Amuin..
BalasPadamMaybe sbb mereka jarang terdedah dgn dunia luar kak anim..betul keputusan hb kanim bwa dulu ke umrah sblm haji nti insyaallah..sama pndpt ngan abah saya..
apapun tahniah sbb kanim berjaya bersabar hehe insyaallah
Tima kasih sbb share cita byk2, baca tp kdg xsempat nk komen..
faiz, dah baca pun terima kasih, setidak2nya ilmu dan pengalaman tersebar...
Padamassalamualaikum akak..seronok bc ntry akak. sedih pon ada. esp bila time akak cite part sabar kt ats. kami br balik umrah jugak..MIL& FIL pon ada skali.
BalasPadamtp sdihnya sy bila pulang mesia..igt2 balik ada kadang2 sy mcm x ikhlas nk ikut karenah MIL mcm time dia shopping..ya Allah zalim sgt saya...sy mintak maaf dgn suami sbb x btl2 jaga mak dia....tp mmg x blh igt..sedih sgt..sy mintak sgt Allah bg lagi kami jalan utk ke sana..sy nk betulkan mana yg kurang..mana yg silap....
alhamdulillah, Allah gerakkan hati untuk melihat kesilapan kita. mudah2an Allah jemput untuk ke sana lagi, insya-Allah
Padam