Bila kami minta AHMAD, menghantar kami ke Ladang Kurma, dia menggeleng-gelengkan kepala sambil menyatakan sesuatu dalam bahasa Arab.
AHMAD kemudiannya berhenti di depan sebuah kedai. AHMAD tunjuk ibu jarinya. Ooo..agaknya AHMAD nak beritahu kurma kat kedai nilah yang paling best sekali. Tepat sekali...kurmanya tip top. Kurma ajwa ada 3 saiz, S (SR 60), M (SR 80) dan L (SR 100).Rasanya memang yang terbaik. Lembut kurmanya. Masih baru. Jauh berbeza yang kami beli di
L a d a n g K u r m a tahun lalu. Semua pelanggan kedai ni orang Arab. AHMADlah yang sibuk sama menimbang dan mulutnya sibuk mengarahkan toke buat itu dan ini. Si Tok Arab, toke kedai ni tak abis-abis menyebut "Malaysia, masya-Allah". Suka tengok orang Malaysia borong kurma agaknya, hihi. Sengih lebarlah dia bila kami membayar lebih SR1500 untuk kurma!
Tahun ni memang banyak borong macam2 jenis kurma. Ole-ole lain tak beli sangat (Barangan di Madinah tak murah macam tahun lalu. Sama je dengan Mekah. Adakala lebih mahal!! ) Ramadhan tahun ni kita tak cari kurma Yusuf Taiyoob yaaa...heeee.
Alhamdulillah...lega sangat. Tiba hotel sebelum Zuhor. Mak pun senang hati. Kurma dah beli. Group yang berziarah luar tak nampak bayang lagi. Apa cerita depa agaknya. Kalau ada rezeki ke Madinah, singgahlah kedai kurma ini. Tak jauh dari Masjid Quba...Memang puas hati.
P/S MORAL : Senang Tok Arab namakan anak2 lelaki mereka. Rata-rata yang kami temui bernama MUHAMMAD dan AHMAD.
kurma berintikan badam memang sedap. lagi sedap yang coated chocolate...
BalasPadamsaya beli juga chocolate berisi kurma dan kekacang tu for my students..
Padamamazing coklat mekah ni..tak melting walaupun dalam suhu bilik. kalau coklat langkawi, alamat cair bair le.
Alhamdulillah kak Anim...bila Adibah berpeluang untuk wat umrah hujung tahun lepas sempena kunjunganya , mak n abah za ke rumah kakak za di Damam... berkilo-kilo kurma ajwa za kirim...puas hati bila tengok depa kat rumah ni makan kurma macam makan kacang ajer...... rasanyer itulah ole-ole yang paling best bila ke sana ekkkk.....
BalasPadamhaaah..za ada kakak kat sana kan? bertuahle badan kalau buat umrah@haji ada sedara mara kat sana. alhamdulillah, 2 Abdul kak tu pun suka makan kurma. kak beli satu jenis kurma yg paling besar (lupa nama) dan tak teringat nak snap gambar. tau2 dah habis..hihi. ada rezeki cari lagi
Padam