Air tangan Anim pulak. Walaupun nampak mudah tapi...nak dapat tektur cantik dan rasa lemak macam
emak buat mahupun
MIL buat ...memang mencabar. OKlah...kata my 3 Abduls.Pertama kali kan....
Kenapa bubur putih bubur merah? Ada apa-apa ke? Masyarakat Jawa di Johor tak lupakan bubur ini bila ada sesuatu yang istimewa nak disambut.
Hari ini bertambah setahun lagi usia Anim. Berapa? Haha...sesekali nak berahsia cam artis. Yang pasti 4 di depan masih kekal ya..Sibuk anak-anak mengadu kat Encik Suami .."Abah, kita tak beli kek ke untuk Ummi?"..Heeeheee...Ummi nak lakukan penghijrahan sempena Tahun Baru 1433H. Kita balik pada adat Jawa. Kek tu hari2 boleh dapat kat kedai kek. Bubur putih bubur merah...bukan ada jual kat kedai.
Sebab ke 2, alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah SWT kerana niat dan azam Anim untuk menghadiahkan "khatam Al-Quran" dihari lahir Anim dimakbulkan Allah. Anim khatam selepas Isyak malam tadi . Encik Suami kata bacaan Anim semakin lancar sejak menggunakan
Digital Quran Mushaf Al Tasneem ini. Pujian hanya untuk Allah...Anim berterimakasih sangat2 kepada Encik Suami kerana membawa Anim ke Tanah Suci, Mac lalu. Pemergian itu benar-benar membawa perubahan drastik dalam hidup Anim yang sebelum ini terleka akan keseronokan duniawi.
"Bah, birthday kali ni...Anim tak nak dibelikan apa-apa sebagai hadiah harijadi...CUMA (aikkkk...ada jugak!) carikan Anim seorang guru Al-Quran atau mana-mana Ustaz@Ustazah yang dapat menyemak bacaan Al Quran Anim"
P/S Azam untuk birthday akan datang (idea bersama)...nak hafaz sekurang-kurangnya 22 juz Amma, insya-Allah. Encik Suami kata dia kurang sikitlah sebab birthday dia bulan Julai. Anim pulak ada hampir 12 bulan dari sekarang...
Salam Anim,
BalasPadamselamat hari lahir Anim dan selamat tahun baru..semoga Allah tunaikan apa yang Anim hajatkan selama ini...
Happy Belated Birthday cikgu
BalasPadamterima kasih k.ros..
BalasPadammudah2an..amin
tq..tq..shaiful
BalasPadam