Hibanya hati melihat hotel penginapan kami, Hijjaz Palace semasa musim Umrah Mac 2011 bersama Andalusia Travel and Tours dirobohkan bagi projek pembesaran Masjidil Haram Fasa ke 3 (jaraknya dalam 100m ke Masjidil Haram).AlHijjaz Palace dan Abeer Garden adalah antara hotel di Mekkah yang telah dipajak oleh Andalusia Travel and Tours sebelum ini.
Kawasan "panas"penjual barangan...macam-macam peristiwa berlaku di sini.Penuh dengan lautan manusia sebaik sahaja solat Isyak dan jemaah berpusu-pusu pulang ke hotel penginapan masing-masing. Bila time peniaga haram ni diserbu pihak berkuasa, depa lari lintang pukang...silap2 dengan kita sekali dilanggar. Kalau sempat bawak lari barang jualan oklah (tapi depa cekap!)
Mana mungkin dapat dilupakan segala kenangan di sini.....
Depan Al Hijjaz Palace...pun turut dirobohkan.
Tentunya kenangan suasana riuh rendah suara si penjual buah-buahan, penjual minyak wangi, kopiah, tudung (peniaga Indonesia) dan lain-lain di hadapan Hijjaz setiap kali kami keluar hotel penginapan terpahat di hati Encik Suami dan rakan-rakan lelaki sejemaah yang lain.
Inilah satu-satunya gambar kenangan Anim di depan Hijjaz....
P/S Gambar AlHijjaz Palace dirobohkan ikhsan dari
sini
Assalamualaikum wbt...
BalasPadamkak aneem,., i was there masa kerja2 merobohkan ne dijalankan...
saya p KT akhir... so sempat lah tengok depa tak menyempat2 nak meroboh... hehehe...
tapi masa tu macam tak teruk lagi lah... just dah ada cam kren, dah tanggal2 tingkap kot, tah tak ingat...
kak aneem ingat tak kat depan tu ada hotel Huda AL- Kareem...
hehehehe...
k kakakku... saja jenguk kenangan silam 2011...