Post di wall Anim semalam
Mana mungkin cikgu lupa dengan sekolah yang mengajar cikgu ilmu tentang manusia.
Jangan ingat kamu sahaja ke sekolah mencari ilmu...cikgu sendiri selalu berniat "Lillahi Taala" setiap kali ke sekolah. Cikgu sendiri berniat untuk mencari ilmu....
Cikgu takkan lupa Jun 2008, cikgu ditugaskan ke sekolah kamu di Klang, Selangor. Cikgu telah diingatkan oleh beberapa guru lain bila mendapat tahu cikgu mengambilalih kelas kamu.
"Kak, kena strict, garang sikit. Deorang ni main rotan je baru takut"
"Cikgu yang akak ganti ni dulu, deorang buat tak tahu je kak. Kesian kita orang tengok. Tak takut kak"
"Cikgu deorang dulu kena buli je kak. Tak boleh nak ajar. Cikgu ajar depan, deorang main kat belakang.Riuh rendah, tak boleh nak mengajar"
Cikgu terima nasihat itu sebagai titik tolak mengenali kamu semua...Murid kelas hujung, majoriti lelaki dan kategori nakal.
Cikgu percaya...secara fitrah bayi yang dilahirkan..suci, tak de dosa, Didikan ibu bapa dan persekitaran yang mencorakkan kamu semua. Di usia 9 tahun...kamu masih terlalu muda, belum baligh lagi. Kamu masih lagi perlu dibimbing ke arah yang betul....
Ingat lagi hari pertama bila kaki cikgu melangkah masuk???
Cikgu bersalam dengan kamu semua. Cikgu pastikan cikgu menyentuh erat tangan kamu..
Pasti ada antara kamu yang tidak pernah merasa sentuhan tangan bukan sahaja guru malah ibu bapa kamu sendiri..
Lagi-lagi bila cikgu selidik 3/4 dari anak murid kelas 3 Cekal cikgu ni terdiri dari penghuni rumah anak yatim PEYAKIN dan 2 rumah kebajikan (swasta).
Cikgu masih ingat susuk kecil seorang budak lelaki di hujung tingkap (lupa namanya)yang sering menangis dan membatu bila cikgu masuk ke kelas kamu..
Bila diselidik, dia anak yatim piatu. Dihantar ke
situ Asrama PEYAKIN kerana tiada siapa dapat menjaganya.
Dia menangis kerana rindukan kakak dan abangnya..
Cikgu masih ingat lagi seorang kawan kamu yang baru kematian ibu . Dia tiga beradik. Makciknya hanya sanggup memelihara seorang sahaja, yang paling kecil. Abangnya duduk di asrama lain. Satu hari dia tak hadir. Bila ditanya.."Ayah meninggal dalam penjara. Sakit....."
Itu hanyalah 1,2 satu kisah..Itu belum kisah ada segelintir kamu ni terbiar. Duduk di bandar, kos sara hidup tinggi...ada di antara kamu yang lama tak berjumpa ayah...kerja tak balik-balik. Subuh keluar, tengah malam baru balik. Kamu sekolah ke, kamu ponteng ke...ayah tak tahu sebab ayah sibuk cari duit.
Cikgu ambil masa mengenali kamu. Prinsip cikgu senang...kalau kamu senang dengan cikgu, cikgu akan senang nak ajar kamu. Kalau kamu sukakan cikgu, sukalah kamu ikut apa yang cikgu ajar.
Cikgu tahu kamu semua dah tak makan "rotan" sebab di rumah kamu biasa dah dirotan.
Kamu ingat rupa-rupanya kisah kita bermain layang-layang di padang sekolah..
Waktu itu subjek Pend.Seni Visual...tajuk membina bahan..ntahlah...lupa...
Cikgu terfikir...budak lelaki ni mesti suka main layang-layang.
So, cikgu minta kamu bawa lidi@buluh, kertas suratkhabar dan peralatan lain.
Wah...kamu semua sungguh bersemangat...macam-macam bentuk kamu hasilkan.
Walaupun kamu "lambat" dari segi pembelajaran...kamu memang hebat dalam kreatiti tangan.
Lepas tu apalagi....
Kita pun bersama-sama menaikkan layang-layang di padang sekolah..
Bila loceng rehat berbunyi..kamu semua enggan ke kantin..
Kamu masih mahu terus bermain...
Cuaca elok pulak...layang-layang terbang tinggi
Suasana jadi hingar...murid-murid lain pun leka menonton aksi kamu..
Di raut muka kamu penuh dengan kegembiraan..
Namun singkat kenangan bersama kamu semua..
Cikgu berpindah lagi...
Bagaimanapun..doa cikgu tetap bersama kamu semua..
Semoga kalian menjadi manusia berguna dunia dan akhirat..
P/S Bukan kata pencen, sampai mati pun...panggilan CIKGU tak luput...
kak anim, kisah yg sungguh menginsafkan. pedoman berguna buat guru junior spt sy..tqvm 4 sharing, kak..
BalasPadamayu..kalau kita ikhlas dgn murid kita..insya-Allah , Allah tunjukkan pd mereka ...
BalasPadambila dia sayang kita, suka kita..
mudahlah mereka terima ajaran kita..
kak sentiasa ingat..kita mendidik manusia..
apa jua yg kita lakukan, baik@buruk,tetap terpahat diingatan mrk