Pernah tak kita didatangi tetamu mengejut..
Tambah pening kepala kita ni sebagai tuan rumah...
Tak ada "apa-apa" untuk dihidangkan?
Sebelum solat Jumaat tadi...kami didatangi tetamu..
Sahabat Encik Suami suami isteri yang menziarahi anak-anak masuk Jawi..
Alamak...apa nak dihidangkan?
Encik Suami mundar-mandir bila lama minuman tak keluar dari dapur...
"Keluarkanlah apa yang ada...mee goreng breakfast tadikan ada lagi"
Mee Lidi untuk breakfast anak-anak yang berpantang pagi tadi (berbumbukan ikan bilis saja)
Kali ni jadi hidangan tetamu pertama berkunjung...
Muslim produk. Syarikat di bawah bimbingan FAMA . Tak ada pewarna..tak risau sakit perut dek asid borik dan pengawet...boleh simpan lama, tak takut rosak macam mee kuning.
Eh...habis jugak bila tetamu teruja melihat dan merasa Mee Lidi (macam spaghetti tapi putih)...
---------------------------------------------------------------
Terima panggilan telefon..dari bapa saudara yang tinggal di Kulai, Johor.
Datang 3 keluarga menghadiri majlis kenduri keluarga besannya di Sg.Yan.
Anim dah maklum lebih awal tentang hajatnya nak mengunjungi rumah Anim...
Sangkakan dia nak mai Sabtu....rupa-rupanya minta alamat nak mai lepas Asar ni.
Alamak....tulang dan daging lembu masih beku dalam fridge.
Help...help...tindakan segera perlu dibuat...telefon Encik Suami yang masih belum pulang dari masjid.
Dia bawa pulang 2 sisir pisang abu mentah..
Jam 3 petang...tulang dan sedikit daging yang dipotong kecil baru masuk periuk .
Campakkan seketul halia dan 1 kayu manis...perlahankan api.
Terus capai pisang. Sebiji pisang Anim hiris 3..
"Ummi, ada orang datang"
"Aik...takkan dah sampai. Tadi telefon masih di highway"
Hmmn...kawan Encik Suami anak beranak rupanya. Awat tak telefon dulu...
Tak pe..tak pe...masuk..Tetamu datang bawa seribu rahmat.
Pisang yang dah dihiris tadi Anim goreng sebahagian (tak sempat nak snap gambar pisang goreng bijan) dan Anim hidangkan untuk tetamu ke 2.
Dalam masa yang sama tangan ni pantas menyiapkan hidangan ke2 iaitu makaroni sup tulang.
Note : Nasib baik sambal kicap masih ada dalam fridge, stok bawang besar dan putih sudah dikupas banyak lagi....bahan-bahan rempah pun cukup..
Alhamdulillah....tetamu ke 3 yang mai dari Kulai sempat Anim hidangkan makaroni sup tulang sebelum mereka berangkat semula ke homestay di Yan jam 6.30 petang tadi...
P/S Jangan tinggalkan tetamu...mencari makanan diluar..hidangkan apa yang ada!
Lain-Lain Artikel:
mmg pantas n tuntaslah kak anim neh. yg p/s tuh pon sy suker. tqvm 4 sharing, sis...
BalasPadamayu..mcm lipas kudung..
BalasPadamsemua main campak2 aja..hihi
, thanks k.hanim sbb tips ni brguna,..tetamu yg dtg wajib dilayan,..jd apa yg ada kita hidangkan lah ya..kebetulan hr ni ada tetamu nk tdg rumah..bihun goreng s"pore je la utk dijamu..hehe itu je bhn2 yg ada..
BalasPadamkalau igt2 balik mak kita kat kampung..cekodok sejuk sarapan pun dia keluarkan kalau orang mai umah terkejut...tak payah kuar restoran cari makanan, tinggal tetamu "terkapai2" tengok tv di rumah..
Padam