Hajat nak call kawan lama sekolej, kak M di NS sejak musim jemaah haji Malaysia pulang asyik bertangguh. Dari sehari ke sehari...lama-lama, makcik ni lupa lah!
Alih-alih dapat SMS kak M bertanyakan khabar..aduhhhhh, malunya..kalah aku!!
Terus capai hp (eh..eh..boleh pulak tu!)
"Selamat pulang kak...semoga mendapat haji yang mabrur"..tak lupa minta maaf kerana lewat call.
"Kak ingat awak je kat sana" dia memulakan bicara selepas bertanya khabar.
(Sebelum dia berangkat...minta dia tolong doakan rezeki Anim pulak 2012 ni...)
Mudah-mudahan kak.... Insya-Allah...
Seronok dapat "bertemu" (berbual sebenarnya..) dengan jemaah haji yang baru pulang. Apa nak wat.. NS tu bukan dekat.
Banyak perkara yang kami sembangkan. Dan pastinya Anim mengambil kesempatan bertanyakan perkembangan terbaru di Madinah dan Mekah Al Mukarramah.
Semoga hasil perbualan kami ini menjadi rujukan buat readers yang belum berkesempatan ke sana dan juga buat mereka yang berhajat ke sana musim umrah ini dan musim haji akan datang.
~ Setiap kali solat fardhu, selalu ada solat jenazah. Ramai jemaah wanita Malaysia yang tidak turut serta atas alasan tidak tahu, tidak diajar pihak TH. Walhal pahala mengerjakan solat jenazah sebesar gunung Uhud, melebihi solat sunat rawatib yang dilaksanakan. Kak M sempat mengajar ramai jemaah Malaysia dan Indonesia cara solat jenazah di sana. Cikgule katakan....
~ Kawasan karpet hijau Raudhah (kawasan jemaah wanita) di Masjid Nabawi semakin luas /lebar waktu musim haji lalu. Berkemungkinan kawasan di situ diluaskan bagi membolehkan ramai jemaah wanita dapat bersolat di kawasan Raudhah (jangan lupa, kawasan Raudhah kecil sahaja!). So, kawasan "sebenar" Raudhah arah ke kiri berdekatan dengan Makam Rasulullah SAW.
P/S Waktu umrah dulu, ada jemaah wanita tidak ikut sujud tilawah/sajadah bila Imam membaca surah As-Sajadah sewaktu solat Subuh berjemaah pagi Jumaat. Tu ada yang tanya, kat Mekah...hari Jumaat, solat Subuh ada 3 rakaat ya?
Lain-Lain Artikel:
semoga dapat haji mabrur...aminnn
BalasPadammudah-mudahan...amin
BalasPadam