Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya orang yang dianggapnya lebih ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari,Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,
"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakan cara tuan solat?"
Hatim berkata,
"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya,
"Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata,
"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air.
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riyak)
5. Tinggalkan sikap berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sikap dengki
Seterusnya Hatim berkata,
"Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan..
aku sedang berhadapan dengan Allah SWT,
Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku,
Malaikat Maut berada di belakangku
dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian "Siratul mustaqim"
dan menganggap bahawa solatku ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik"
"Setiap bacaan dan doa dalam solat kufahami maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan penuh tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.
P/S Sumber: 26 Pintu Pahala ke Arah Insan Mukmin ~ Adil Akhyar
tq anim dgn n3 ni...saling ingat mengingati sesama umat...
BalasPadamsama2 kak ain..
BalasPadam