Terpandang signboard di atas selepas merentasi tol Jambatan Sg. Johor (Jambatan A) dan turun di exit Cahaya Baru semalam. ..(Kami ber2 sahaja...anak-anak tak mahu ikut)
"Kita pegi Kong Kong nak? Dah berpuluh tahun tak singgah." Encik Suami memberitahu Anim.
30 tahun lalu, Encik Suami mengikuti program anak angkat UTM, KL dan menjadi anak angkat kepada salah seorang keluarga nelayan di Kg.Nelayan, Kong Kong. Setelah berkahwin, dia pernah membawa Anim menziarahi keluarga angkatnya di sini sewaktu Hari Raya. Namun bila ayah angkatnya meninggal dunia dalam satu kemalangan, kami dah tak menjejakkan kaki di sini.
Berpusing-pusing mencari rumah keluarga angkatnya dulu. Terkesima bila mendapati rumah keluarga angkatnya sudah tiada. Kawasan "perniagaan" kepunyaan bangsa asing sudah bertapak di situ. Terdapat juga kediaman banglo besar d kawasan berpagar dan of course, bukan dihuni oleh penduduk asal nelayan di sini.
"Kat sini dulu Melayu semua. Bila masa la "deorang" ni bertapak kat sini"bisik Encik Suami.
Encik Suami berhenti disebuah rumah penduduk dan bertanyakan rumah keluarga angkatnya yang "hilang" tanpa kesan. (kot2 salah tempat). 20 minit kemudian dia masuk ke dalam kereta sambil mengeluh...
"Betullah...inilah rumah atuk X dulu. Bila dia pergi haji, dia tukarmilik pada anak saudaranya. Anak saudaranya kemudian menyerahkan kepada anaknya. Bila dah tiba anak menantu...tau ajalah. Rambang mata....dia jual pulak kat orang. Bangsa lain pulak tu"
Ronda sekejap kat Kg.Nelayan Kong Kong...cuci mata
Singgah minum disebuah gerai kampung yang diusahakan anak-beranak. (Actually banyak gerai makan di situ). Disuakan sepinggan pisang nipah goreng. Geleng kepala kami...habis ke sepinggan penuh RM2 ni kami makan ber2?. Hahaha...baru tau bila pekena pisang goreng Kong Kong..punyalah sedap tepung goreng dia, cicah sambal kicap, panas-panas....langsai sekelip mata!
Rojak tauhu RM2 sepinggan. Jauh mai oo... takkan pekena pisang goreng je kan. Ni untuk Anim.
Rojak tempe untuk Encik Suami...tempe..tempe..dia tak jemu makan tempe! RM2 sepinggan jugak
Terdengar bunyi lesung ditumbuk di gerai tersebut. Terkejut bila diberitahu adik pelayan emaknya sedang menyediakan Nasi Goreng Kampung permintaaan pelanggan lain.Wah..wah..betul2 asli. Guna lesung batu you...macam kat rumah mak kita lak. Nak try...penuh lak perut. Next time...Semua menu di atas marvellous...(Cari kedai adik manis menggoreng pisang...)
P/S Sembang kami, suami isteri sambil menikmati pisang goreng.."Kalaulah kita ni ada banyak tanah...banyak harta..kita jangan wariskan semua pada anak menantu. Kalau ingat nak buat pahala kat kita tak apa..Ni depa buat joli...Apa kata kita wakafkan untuk sesuatu yang bermanfaat ..buat kebajikan supaya pahala masuk mencurah-curah bila kita sudah tiada...".
Lain-Lain Artikel:
salam Anim,
BalasPadamBetoi tu Anim...kebanyakkannya budak2 la ni,depa tak tau langsung nak menghargai harta pusaka,bila dapat kat depa habih depa jual kat bangsa lain,lama kelamaan,tanah orang melayu dah tak dak...nama ja negara sendiri tapi dok tumpang kat tanah bangsa asing.
betul tu k.Ros..jadi OKB sekejap dan senangnya hanya satu generasi kak Ros..
BalasPadambila tiba anak cucu...sudah tiada apa yang dibanggakan..
uikkk... saya pun lama jugak tak pergi situ dah....dulu pergi sebab masa tu hantar abang kena ngajar kat sekolah rendah kat situ...
BalasPadamkazman@harap2 jangan jadi "hongkong" pulak...harap2 tanah milik Melayu tidak bertukar tangan..
BalasPadam