Carian Google
Dia melihat jasad kakunya dimandikan dan dikapankan. Dia kemudiannya dibawa ke dalam masjid untuk disolatkan dihadapan kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Mereka kemudian turut sama menghantar jenazahnya ke tanah perkuburan. Dia mendengar talkin dibacakan. Kemudian...seorang demi seorang , mereka yang mengiringi jenazahnya melangkah pergi meninggalkan pusaranya.
----------------------------------------------------------------------------------
Tok...tok...tok....kedengaran sesuatu mengetuk "pintu rumahnya"
"Siapa?"...dia mengajukan soalan
"Aku....sahabatmu!" suara itu menjawab.
"Siapa????" dia tertanya-tanya.
"Aku.......Al-Quran yang selalu kau baca"
Sebelum Malaikat Munkar dan Nakir datang menemui kita....Al-Quranlah yang menziarahi kita kali pertama di kubur.
Sumber :Ceramah agama sempena sambutan Ramadan Al-Mubarak oleh Ustaz Sofi, Sg.Petani
pada 21 Julai 2011 (Tq..Encik Suami)
P/S Al-Quran, mukjizat yang kekal hingga ke hari ini
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Tetamu Pertama Di Kubur"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai