Apa kejutan yang Anim maksudkan dalam n3 lepas? Bila tiba di resort dan meninjau kawasan sekeliling, kenangan lama mengamit kembali...Masya-Allah, kami pernah kemari 20 tahun yang lalu (1991). Manalah nak sedar pada awalnya, dah ada bangunan tambahan didirikan, nama asal pun dah bertukar !
Namun begitu, chalet berkembar yang kami sewa 20 tahun lalu dengan harga RM3XX semalam masih ada lagi (dah burukle sikit) . 2 Abdul, Ummi dan abah berhoneymoon di sinilah 20 tahun yang lalu.....hahaha...pecah rahsia!
Soalan si Abdul II, "Dulu masa Ummi ngan abah pergi sini, Uddin tak ikut ya, Mi?"
-------------------------------------------------------------------
Olehkerana pada hari ke2 ni para ayah ada training sampai petang....kami para ibu melakukan aktiviti bebas dalam kawasan resort sahaja.
Jaga anak dalam kolam. Pool ni hakmilik dan dikuasai grup dari Sg.Petani ini sepenuhnya...takde kanak-kanak lain.
Penat depa berkubang dalam kolam...depa berlari pulak ke pantai. Ambil peluang adakan pertandingan membina istana pasir di pantai..Para ibu asyik panjangkan leher melihat pergerakan anak-anak dan tinggikan suara. Mana boleh leka bila disekeliling depa ialah AIR...Lalai sesaat...meranalah selamanya...
Para bapa bersemangat nak memancing di tengah laut selepas training jam 4.30 petang. Si Abdul 1 tak lepas peluang join...
Bot yang disewa 2 jam ini pulang belum cukup waktu...gara-gara ada yang mabuk laut!!!
P/S Sunyinya suasana di waktu malam....
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Pulau Pangkor~Day 2"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai