Pusing Pangkor ikut jalan darat pulak. Naik van pink tau Syawal...haaaa, hangpa kata van pondan???? Menara seperti ini banyak di Pulau Pangkor. Memudahkan pengunjung menikmati view tatkala matahari terbenam dan keindahan pantai.
Dibawa ke kilang ikan satay dan hasil laut laut di Pangkor
Barulah yakin nak membeli!
Melihat ikan arapaima gigas (spesis ikan air tawar) berusia 8 tahun di tokong Fo Ling Kuan. Ada 3 ekor...yang paling panjang adalah dalam 6 kaki.
Inilah rupa arapaima ihsan google image
Ini bukan Batu Bersurat sejarah Pangkor tau......
Ukiran yang diukir pada permukaan batu ~ seekor harimau sedang menyerang sesuatu (dipercayai seorang budak lelaki) dan terdapat 2 bulatan berbentuk daun dan perkataan Belanda serta Inggeris iaitu ‘If Carlo 1743’ dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda. Tahun yang tercatat dikatakan sebagai tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor selepas diusir oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Panglima Kulup pada sekitar tahun 1690an. Batu Bersurat tersebut dikatakan menceritakan perihal anak kepada pembesar Belanda yang telah hilang dan dipercayai telah dibaham oleh seekor harimau. Walaubagaimanapun, menurut penduduk tempatan, kisah ini merupakan rekaan semata-mata oleh orang Belanda untuk menutup malu kerana sebenarnya anak pembesar Belanda tersebut telah dilarikan oleh lanun. (Portal rasmi Majlis Perbandaran Manjung)
Fort Dutch (Kota Belanda) yang berusia 324 tahun ini dibina pada 1680. Ia merupakan sebuah kota batu binaan penjajah Belanda iaitu penjajahan pertama Eropah di Perak berperanan sebagai kubu pertahanan serangan lanun dan penduduk tempatan lain yang memberontak terhadap pemerintahan penjajah Belanda.
Wah...sudah berasap-asap perkarangan kolam renang bila pulang ke resort.
Our food is ready!!! Sabar-sabar....mandi, solat Maghrib dulu....
Puas makan.......
P/S Masing-masing dah keletihan...cari bantal!!!
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Pulau Pangkor ~Day 3 Tour Darat"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai