Carian google
Ke Paintball Station pulak. Demonstrasi penggunaan marker (senapang le kata kita) dan pallets (kita kata peluru) oleh marshall.
Untuk anak-anak...hangpa main tembak-tembak jugaklah ya...
Seronoklah si Abdul dapat beraksi dengan "senapang"real
Bagi chance Ummi join team abah. Bila lagi nak sarung mask, chest protector, pegang marker...guna pallets...nak main perang-perang nih! Dulu Ummi main gak dengan pakcik-pakcik hangpa (almaklum, Anim ada 7 adik lelaki) tapi kami guna senapang pelepah pisang...bunyi senapang pun guna mulut sendiri...peng..peng..peng..aahhh...lucu bila diingat-ingat
Bermain "perang-perang" dalam hujan....macam combat pulak. Combat orang-orang tua...tak ada siapa snap gambar . Rata-rata pemain semua amatur. Tak ada satu team pun yang dapat ambil bendera. So, tak tau mana menang mana kalah. Game selesai sebab habis pallets dan habis masa.
Abis camno???Semua tak nak "mati" kena tembak. Anim pun naik syeh...almaklumlah...kita maklum takkanlah depa sanggup tembak orang perempuan kan? Lagipun dengar2 first target depa untuk ditembak ialah my Encik Suami..kehkehkeh...
P/S Lepas tea break, sambung satu lagi aktiviti
Belum ada komen untuk "Paintball@Sg.Sedim"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai