Tandas di Kota Jakarta (Januari 2010..)
Pagi-pagi dah cerita fasal toilet. Bukan apa.....rasanya inilah "tempat" paling berharga dalam perjalanan kita baik melancong, membeli-belah mahupun jalan-jalan cari makan. Buat Anim sendiri, bila keluar makan...kenalah pastikan ada toilet berhampiran kerana dah jadi tabiat Si Abdul kecil, lepas "masuk"mesti nak "membuang".
Pengalaman salah masuk toilet lelaki 15 tahun lalu di Subang Parade berlegar-legar di kepala. Waktu itu Anim bersama 2 rakan sedang sibuk membelek pakaian di gerai pakaian di ruang legar (bukan butik). Tertarik dengan satu seluar, Anim ragu-ragu muat atau tidak kalau tak dicuba. Olehkerana takde fitting room (dah namanya ruang legar)..si salesgirl menyuruh Anim mencuba di dalam toilet yang tak jauh dari situ. Biasalah...Anim pun masuklah ke toilet yang ada logo orang pakai skirt tu.
Anim berjalan masuk dan terus menuju ke salah sebuah toilet. Tak ada sesiapa di dalam toilet. Dari ekor mata...Anim perhatikan suasana di dalamnya "lain macam" berbanding dengan toilet-toilet yang Anim pernah masuk sebelum ini. Kenapa ada "toilet bowl" kat luar..tepi sink tu?
Elok Anim mengunci pintu, lain macam pulak contengan di daun pintu. Kerja-kerja vandalisme ni..bukan di pintu toilet lelaki saja..wanita pun ada. Tapi lain macam...sebab kali ni "hak betina offer barang dia"..pelik sungguh ah. Biasanya contengan di daun pintu toilet wanita, "hak jantan la cerita barang dia".
Tiba-tiba Anim terdengar derap kaki orang masuk. Dan...terdengarlah suara lain macam di luar sana. Alamak.....aku salah masuk toilet ke? Menggiggil badan dibuatnya. Niat nak mencuba seluar tak jadi. Bila suasana "sepi" sedikit, Anim terus berjalan lalu keluar dari tandas. Dari ekor mata...Anim lihat seorang lelaki sedang berdiri di tepi sink tadi. Sah.......aku salah masuk toilet!!!
Dan sewaktu Anim masuk ke tandas salah sebuah pusat membeli belah di Sg.Petani tempohari, sekali lagi Anim mengalami perasaan yang sama. Anim lari keluar dan memerhatikan "sign" di luar. Eh...betullah sign women ni. Aku tak salah toilet...tapi....apa ke hal toilet bowl fesyen tu ada kat sini...
Tak salah toilet....ada 3 wanita lain bersama Anim dalam toilet ini...
Bila mengadu kat Encik Suami yang menunggu, apa jawabnya?
"Tu untuk MAK NYAH kot"
P/S Nanti nak survey tandas kat shopping complex yang besar-besar pulak!!!
Belum ada komen untuk "Cerita toilet la pulak"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai