Home · About Me · Sitemap ·

# Rabu Yang Senyap 22 : Ada makna yang tersirat

"Ngaji Sekolah Atap"

Artikel berkaitan:

Keistimewaan Kota Mekah yang tiada di tempat lain

Dalam kursus haji yang dikendalikan oleh Ustaz Mat Tea 'O', beliau sering menekankan hadirin supaya membaca buku Rahsia Mekah terbitan Al-Hidayah. Kena tahu rahsia Mekah katanya supaya kita lebih memahami tentang keberkatan setiap tempat yang ada di Tanah Suci itu.

Dalam 'Bab 17' dinyatakan:

A- Boleh melakukan solat di Masjidil Haram di setiap waktu

Jubair bin Mudi'im r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam telah bersabda yang bermaksud:

"Wahai Bani Abdi Manaf, atau wahai Bani Abdul Mutaalib, apabila kami semua menjadi penguasa di sini, maka janganlah kamu semua mencegah sesiapapun untuk melakukan tawaf di Baitullah dan juga bersolat pada bila-bila masa sahaja yang ia kehendaki, baik malam mahupun siang." (Al-Fakihy dan Ibnu Majah)

Mujahid meriwayatkan bahawa beliau pernah mendengar Abu Dzar r.a berkata, "Aku melihat Nabi SAW memegang dua gelangan pintu Kaabah, seraya bersabda, "Ingatlah, tidak ada solat selepas Asar, ingatlah tiada solat selepas Asar, ingatlah tidak ada solat selepas Asar, kecuali di Mekah." (Al-Fakihy)

B. Boleh melintas di hadapan orang yang bersolat

Dari beberapa hadis yang mahsyur dan mutawatir, dapat dsimpulkan bahawa seseorang tidak boleh melintas di hadapan orang yang sedang solat.

Abu Juhaim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Seandainya orang yang melintas dihadapan orang yang sedang bersolat itu mengetahui (dosa) apa yang akan diterimanya, nescaya untuk berdiri selama 40 adalah lebih baik baginya daripada lewat di hadapan orang yang bersolat." Abu Nadhar berkata : "Aku tidak mengerti 40 hari, bulan atau kah tahun." ( Sunnan Ad-Darimy)

Abu Daud dan lain-lain telah meriwayatkan banyak hadis yang menerangkan bahawa solatnya tidak terpotong, hanya orang yang solat harus melindungi solatnya. Akan tetapi, hukum ini tidak berlaku di Masjidil Haram. Semoga Allah memuliakannya.

Abu Walid bercerita kepada kami bahawa datuknya meriwayatkan daripada Sufyan bin Uyainah daripada Katsir bin Katsir bin Mutalib bin Abi Wada'ah As-Sahmy dari seorang pemuda dari kalangan anggota keluarganya, dari datuknya Mutalib bin Abi Wada'ah As-Sahmy, bahwa beliau melihat Nabi SAW sedang bersolat dekat pintu Bani Sahm, sementara orang ramai melintas di hadapan Baginda SAW dalam jarak kurang dari sejengkal.   (Al-Azraqy)

C- Umrah fardhu tidak diwajibkan ke atas penduduk Mekah

Ibnu Juraij bertanya kepada Atha', "Siapakah yang boleh melakukan haji tamattu'?" Atha' berkata,"Allah Azza Wajalla telah berfirman, yang bermaksud:

"Demikian itu bagi orang- orang yang keluarganya tidak berada ( di sekitar) Masjidil Haram ( orang-orang yang bukan penduduk Kota Mekah)"   (Al-Baqarah:196)

Adapun kampung-kampung yang berada di sekitar Masjidil Haram, penduduknya tidak boleh melakukan haji tamattu' kerana mereka berdekatan dengan Mekah.

Menurut Amr bin Dinar, sesungguhnya Ibnu Umar r.a berpendapat bahawa umrah tidak diwajibkan atas penduduk Mekah dan beliau berkata, "Mereka setiap hari berada dalam umrah."      (Al- Fakihy)

Thawus bin Kaisan memdengar Ibnu Abbas r.a berkata, "Wahai penduduk Mekah, tidak mengapa jika kamu sekalian hendak melakukan umrah. Jika kamu sekalian hendak melakukannya, usahakanlah agar jarak antara kamu dengan Al-Haram sejauh perut lembah."     (Al-Fakihy)

Wallahua'lam

Artikel berkaitan:

Masjid Terapung @Tanjung Bungah

Sebaik keluar dari Toy & Fantasy Museum di Teluk Bahang, kami singgah sebentar di sini sebelum menikmati Pasembor dan Kerang Bakar di Padang Kota.

Teringat Masjid Terapung di Jeddah
Sea view dari masjid

Ada Warong Mee Udang di sana. Ada siapa pernah cuba?

Walaupun Sg Petani ke Penang Island lebih dekat berbanding perjalanan ke Alor Setar, setahun sekali pun payah nak pekena pasembor, kerang dan sotong bakar di Padang Kota . Harga JJCM ber4 kami ni kalau nak disamakan dengan makan tengahari di Sg Petani..rasa-rasanya boleh dapat terubuk bakar, kambing bakar,  dan 2,3 jenis ikan lagi di Sg.Petani. Sekali-sekala bolehlah. Lain kali kena try Mee Udang di gerai adik Saiful Apek "Gitu-gitu"..

Membawa "Cik Putih" yang baru seminggu bersama kami, membiasakan diri dengannya, bawa ronda dekat-dekat dulu sebelum melatih dia berkhidmat dengan lebih jauh dan lasak selepas ini dan untuk tahun-tahun mendatang (sampai pencen kot....)

Artikel berkaitan:

Bonda dan kuasa "Internet"nya

Dapat call dari Bonda.  Dia berada di Hospital Serdang kerana menemankan my SIL yang menunggu kelahiran anak pertama. Dah dekat 2 minggu pusing rumah adik-adik di Lembah Klang. Datang ke KL kerana berkursus Umrah, kemudian mencari barangan Umrah dan akhirnya "tersangkut"   lama di Bangi kerana nak pulang bersama my SIL yang hendak dibawa balik berpantang di Johor.

Kadangkala tak sampai 5 minit kami berbual tapi kuasa "internet" Bonda mampu membawa banyak khabar dan berita. Selain dari berita my SIL, Anim juga diberitahu tentang berita adik, berita anak-anak saudara, berita pakcik dan makcik tak lupa cerita kenduri dan kematian jiran dan taulan di kampung. Walaupun tinggal berjauhan dengan adik-beradik, namun berita setiap mereka tak pernah Bonda lupakan setiap kali dihubungi. Maklumlah..setiap anak akan bercerita kat Bonda, nak ke berseminar di luar negara, nak pindah rumah, anak masuk ward, muka anak masuk paper...so semua berita terkumpul kat Bonda.

Seorang teman yang kematian ibunya lama dulu memberitahu sejak ibunya tiada, dia kehilangan banyak sumber berita adik-beradik dan sanak saudara yang lain. Manakan tidak, selama ini setiap kali menghubungi ibunya bertanya khabar, ibunya akan menyelitkan berita tentang kematian si polan, kenduri si polan, musibah si polan, berita gembira si polan. Pendekata, ibunyalah sumber berita.

Kini, bila ibunya tiada segalanya berubah. Adik ipar admitted ward, anak saudara bersalin, belajar U mana dan sebagainya, semua diketahui dari FB. Itu belum lagi tragedi saudara terdekat di kampung meninggal dunia yang diketahuinya beberapa bulan setelah itu gara-gara berita tersebut tidak sampai kepengetahuannya.

P/S  Mungkinkah kita sendiri akan mengalami hal yang sama?

Artikel berkaitan:

Toy & Fantasy Museum@Penang

 Toy & Fantasy Museum yang tercatat di Malaysian Book of Records ini terletak di Teluk Bahang (berdekatan SJK (C) Eok Hua School). Tu ha..tertulis Muzium Permainan Yang Terbesar dan Paling Berharga di Dunia. Baru 3 bulan berpindah ke sini dari lokasi terdahulu di Jalan Tanjung Bungah. Ownernya seorang retired engineer. Berpuluh tahun menyimpan, dari tahun 70an..

Diletak dalam rak lutsinar , my 2 Abduls cukup teruja. Depa berdua memang PANTANG jumpa mainan, so...happy giler masuk sini. Ada lebih dari 100 ribu permainan, anak patung dan koleksi lain yang dipamerkan. Nak masuk sini, pastikan bawa I/C. Pengunjung dewasa tempatan RM15 manakala kanak-kanak RM10. Kalau rakyat asing, dikenakan bayaran RM25.

 Dunia mereka kan? Sapa tak suka...Zaman kita sebaya mereka pun apa kurangnya...Apatah lagi ada watak yang mereka kenali dari movie. Macam-macam...tak larat nak sebut satu persatu..

 Ooo...Jack Sparrow (Pirate of The Carribean) tu...favourite movie star I. Figure saiz besar ni dibawa dari Hollywood.

 Yang ini.....my 2 Abduls cukup berkenan..."dia ada jual tak?"... Amboi, hang...

 Depa sudah ada idea nak create "Toy Museum" depa ber2 sendiri. Satu yang depa boleh pelajari, jangan buang kotak mainan yang dibeli. Kalau tak...value boleh drop. Dan satu pesanan dari 2 Abdul, "lepas ni Ummi jangan buang mainan kita orang lagi tau!". Ok..ok...tapi hangpa kena ikut syarat yang akan dirangka selepas ini..win-win situation, maaa...

Masa 2 Abduls berumur 2-4 tahun, depa cukup suka dengan TellyTubbies ni.Haha, depa pun masih ingat. Cute betul. Kalau gegirl masuk sini..mesti lama kat bahagian dolls.. Barbie dolls saja ada 3 tingkat...

Dia ni bukan owner tapi penjaga Toy Museum ni. Mulut ni tak reti nak duduk diam. Tertarik dengan kerjatangan origami dia. Percaya tak...setiap satu figure tu hanya dari sekeping kertas segiempat? Hobi ni bukan boleh dipaksa dan dibentuk. Hobi juga boleh menjadi terapi buat diri masing-masing. (Note: scorpion hitam tu betul-betul, bukan dari kertas)

P/S Syarat dikenakan pada 2 Abduls, tak boleh permainan berbentuk patung. Kalau nak buat Toy Museum sendiri...kereta, keretapi, robot dan sebagainya.

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 21: Money, money, money

Tahun ni tak de "potong-potong" macam tahun lalu

P/S Jangan disalahguna Bantuan Persekolahan anak-anak. Ini adalah AMANAH yang perlu dilaksanakan oleh setiap waris. Jangan PECAH AMANAH....


Artikel berkaitan:

Idea terbaik my Abdul


Assalamualaikum wbt...

Tahun 2013, aktiviti bacaan Yassin yang selalunya dibuat pada setiap Khamis, diadakan setiap hari pulak.Kelam kabut nak sampai awal. Waktu Subuh sekarang di Sg.Petani lewat sikit, jam 6.15 a.m. Camnapun 2 Abdul kena ikut Encik Suami (gilir-gilir) ke surau berdekatan untuk solat Subuh berjemaah, walaupun kadangkala termiss juga. Si abang , Penolong Ketua Pengawas, malu nak mai lebih lewat dari pengawas lain. Si adik pulak, jadi Pengawas Pusat Sumber, nak juga tiba lebih awal dari rakan lain. Malu katanya kalau sampai bacaan Yassin dah sekerat jalan.

Dek kerana takut terlewat, mulai buka sekolah, depa sendiri siapkan semua pakaian sekolah. Tak kisahlah mana 2 Abdul letak. Janji esok bangun pagi, tak payah tanya Ummi mana itu, mana ini pagi hari seperti tahun sebelumnya. Ummi pun nak siap diri jugak nak ooi.. Ummi dah gosok, dah gantung cantik dalam almari, tinggal cari dan keluarkan, taklah susah mana...

Ni pun ada ka...huhu..Kalau nak tahu, beg sekolah dah ada tepi pintu, kasut sekolah di luar sudah disusun mengadap keluar supaya senang dipakai. Bekalan minuman yang sudah siap diisi air, dimasukkan siap-siap dalam fridge supaya senang dibawa esok pagi.

Lucu bila si Abdul 2 yang lurus bendul beri suggestion.."Kalau waktu malam, kita mandi siap-siap, pakai baju sekolah, lepas tu tidur. Esok pagi senang, tinggal solat dan sarapan pagi. Awallah tiba sekolah"..

P/S Adoiii.... bagusnya idea, terbaikkkk...heeee..

Artikel berkaitan:

Umrah....mudah jika kita berilmu (4)

Umrah....mudah jika kita berilmu (1)
Umrah....mudah jika kita berilmu (2)
Umrah....mudah jika kita berilmu (3)

Memenuhi permintaan kak Ezza Muffinbiru yang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat umrah Februari ini, Anim sambung lagi entry tentang umrah. Namun, entry kali ini berkisar tentang persoalan yang diajukan oleh jemaah sepanjang Kursus Haji Bersiri di Masjid Sg.Pasir, Sg.Petani.

1) Adakah kita perlu solat sunat tawaf betul-betul di belakang Maqam Ibrahim?

Disunatkan seseorang yang telah selesai bertawaf melakukan 2 rakaat sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim. Namun bukannya bermaksud mesti betul-betul belakang Maqam Ibrahim tu, ganggu orang sedang bertawaf, diusir pengawal yang bertugas. Sebenarnya boleh dilakukan jauh sedikit di belakang, samada di dataran ataupun naik tangga ataupun naik ke Tingkat 2@3 (kalau bertawaf di sana), selagi berada di belakang Maqam Ibrahim dan selagi berada dalam Masjidil Haram.

2) Bilakah kaum wanita boleh memakai inai?

Antara sunat-sunat ihram bagi wanita (yang bukan di dalam iddah kematian suami) menginaikan tapak tangan ( depan dan belakang) hingga ke pergelangan tangan dan menyapu sedikit di muka untuk melindungi kulit wajahnya kerana pada asalnya wanita disuruh menutupnya. Namun makruh ke atas wanita mengukir, menghitam dan memakai inai di hujung- hujung jari sahaja (kecuali bagi isteri yang mendapat keizinan suami). Makruh juga bagi wanita memakai inai selepas berihram.

Pengalaman sewaktu mengerjakan umrah sebelum ni, jemaah wanita dari Afghanistan (dan jiran2 negaranya) kelihatan "menconteng" muka dengan inai. Anim rasa pelik tapi rupa-rupanya, mereka yang lebih berilmu dari Anim.

3) Apakah anggota Wuduk 4 Basah dan 2 Kering?

4 basah bermaksud muka, tangan, kepala dan kaki iaitu anggota wajib dibasuh ketika mengambil wuduk. 2 kering bermaksud niat dan tertib. Wuduk cara ini bukan saja kita praktikkan jika kita  berada di negara yang kekurangan air tetapi juga di negara kita. Tapi kita ni dah terbiasa banyak air, alasannya "tak puas" kalau ambil wuduk cara itu. Kita ni kata Ustaz, "membasuh" anggota bukannya mengalirkan air.

Bagi jemaah wanita yang terbatal wuduk semasa bertawaf, nak keluar ke tandas, jauh di luar. Nak ambil wuduk di dataran, terlihat aurat dah haram. Ada jemaah yang pulang ke hotel dan menyambung tawaf semasa datang semula ke Masjidil Haram. Tak apa, takde masalah. Kalau nak berwuduk guna botol spray, dan dapat tempat terlindung, pastikan air yang dispray tu meleleh kat tangan kita dulu sebelum disapu ke 4 anggota yang wajib (jangan angkat)  So, jangan main spray dan sapu je...tunggu air di spray meleleh dulu di tangan kita.

4) Boleh tak doa semasa tawaf?

Masa bertawaf, kita boleh berzikir, kita boleh baca Quran. Kita juga boleh berdoa (sebab tu ada buku doa yang diberikan pihak travel). Cuma dalam buku doa itu dikhususkan pusingan 1 dan seterusnya (rujuk entry terdahulu tentang doa khusus ni). Masa bertawaf tulah masa untuk kita merayu, minta pada Allah sorang-sorang (kita saja yang tahu apa hajat kita). Doalah dari dalam hati kita, yang kita faham dari lubuk hati. Kalau kita nak baca doa dari buku yang diberi, tak salah. Kita baca lepas tawaf, lepas solat sunat tawaf sepertimana kita berdoa selepas solat. Kata Ustaz, selama ini kita ambil doa dari oranglain (buku tambahan doa) walhal kita ada masalah, hajat sendiri. Perumpamaannya, kita pergi Pejabat Tanah tapi kita bukan nak tanya masalah tanah kita, tapi nak cari emas.

5) Pakaian putih semasa ihram

Memang disunatkan memakai pakaian/ihram berwarna putih. Namun nasihat Ustaz, bagi jemaah wanita yang nak memakai pakaian putih..berjaga-jagalah. Jangan kerana mengejar yang sunat, kita terlupa yang wajib iaitu menjaga aurat. Pakaian putih ni (jemaah wanita) boleh nampak benda yang tak sepatutnya. Bayangkanlah pakaian kita menampakkan aurat, dan diri kita ditontoni oleh ribuan (malah jutaan) mata lelaki bukan mahram...bayangkanlah dosa yang kita kutip. Wanita Arab sendiri memakai pakaian(jubah) berwarna hitam bukan berwarna putih.

6) Adab wanita ke Masjidil Haram

An-Nasai meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda:

"Apabila wanita keluar ke masjid, hendaklah mandi kerana bau-bauan sebagaimana ia mandi dari janabah"     (Hadis ini Shahih 1417)

Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya:
"Seorang wanita menemuinya dengan bauan yang semerbak dan hujung pakaiannya mempunyai debu yang diterbangkan angin, maka ia berkata; Wahai hamba perempuan Tuhan Al-Jabbar! Engkau datang dari masjid? Wanita itu menjawab; Ya. Abu Hurairah berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan diterima solat wanita yang memakai bau-bauan untuk masjid ini sehinggalah ia kembali mandi seperti ia mandi kerana janabah".    (Hadis ini Shahih 1421)

"Orang yang paling dibenci Allah ada tiga : (1) Orang yang melanggar kehormatan Tanah Haram (2) Orang yang mengharapkan kebiasaan jahiliyah dalam Islam dan (3) Orang yang menuntut darah seseorang tanpa hak untuk menumpahkan darahnya.    (Shahih, R.Bukhari dari Ibnu Abbas)

Bayangkanlah...andai kita melangkah ke Masjidil Haram dalam keadaan kita dibenci oleh Allah. Adab ini juga perlu kita patuhi semasa ke mana-mana masjid. Tempat wanita untuk bersolat paling afdal  adalah di rumahnya. Namun kerana majlis ilmu, tazkirah dan kuliah banyak dilakukan di masjid, wanita tidak dihalang untuk ke masjid. Namun, kita kena menjaga adab sewaktu melangkah kaki ke masjid.

6)"Kojak" selepas bertahalul

Ada sesetengah jemaah menggelar rakan jemaah lain yang bercukur (botak) sebagai "Kojak" dan sebagainya. Nasihat Ustaz, jangan mengatakan yang tak baik terhadap mereka yang bercukur walaupun dengan niat bergurau seolah-olah mengejek sunnah Rasulullah SAW. Macam "Kojak" tu menyamakan seorang Kafir dengan seorang Muslim. Alangkah baiknya diganti dengan kata-kata "ikut sunnah Rasulullah ni". Tambahnya bagi jemaah lelaki yang berniat untuk bercukur selepas selesai saie, jangan gunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut kemudian baru bercukur. Fadhilatnya tak dapat. Terus bercukur di situ atau terus ke kedai jika hendak bercukur.

Sesungguhnya Nabi SAW berkata kepada orang Ansar:  "Adapun engkau mencukur rambut kepalamu, maka bagi engkau setiap rambut yang engkau cukur satu hasanah (pahala) dan dihapuskan dengan setiap helai satu dosa."   (HR Razar dan Thabrani dan Ibnu Hibban dalam Kitab Shahihnya)

Wallahua'lam.

P/S Insya-Allah, kalau ada kesempatan masa, Anim akan sambung tentang jemaah bawa anak/bawa orang tua

Artikel berkaitan:

Hari ni Kedah cuti..nak membebel kejap

Hari ni Cuti Keputeraan Sultan Kedah . Duduk di rumah, tak kemana, teringin nak membebel di blog petang2 ni. Sebenarnya kalau nak ikutkan nak keluar merayap dengan orang baru yang sepatutnya dijemput Sabtu lalu. Mula-mula si Thomas kata Rabu petang, cancel ke Rabu malam. Later dia called, Sabtu pulak. Then, Jumaat lepas dalam telefon dok "Sorry...sorry...bang, nanti I bagi hadiah".Tak taulah apa yang tak settle lagi. Dia janji sebelum 20hb...hari ni dah 20hb. Petang Jumaat waktu duduk minum teh, ter"on" pulak TV Al Hijrah. Kalau tak silap kuliah Maghrib oleh Ustaz Ghazali Ibrahim (adik arwah Asri Rabbani). Pendek je ayat dia yang boleh sentuh qalbu kita . "Kita kata sabar. Nak tau sabar, kena Allah uji. Masa tu barulah kita tahu diri kita sebenar" Camtule lebihkurang..

20 hari dengan hanya 1 kereta, memang sukarlah untuk orang yang dah biasa 2 kereta. Maklumlah, sorang p kerja arah kiri, sorang arah kanan. Alhamdulillah, ada sorang teman yang baik hati meminjamkan satu keretanya pada kami. Kalau nak tau, orang SP ni kalau ada 3 biji kereta tu dah terlalu biasa. So, kalau 5 biji kereta tu taklah luarbiasa. Tu yang kita segan, kita kata 2 minggu nanti, insya-Allah, orang baru keluar. Ni bukan 2 minggu, dah 20 hari. Tapi teman tu kata, tak pe...dia ada kereta lain boleh guna. Kereta yang dipinjamkan kepada kami dah berusia lebih 20 tahun. Tu yang cukup berhati-hati memandu kereta "antik" ni. Tapi antik bukan sebarang antik. Kereta buatan Eropah, dah lebih 2 abad, bunyi diluar "mengaum-ngaum" tapi kat dalam tak dengar apa pun, heee...

Happy 22nd Anniversary to us
So, semalam Encik Suami bawa Anim dan 2 Abdul ke Le Boss Restaurant. Ala, bawa 2 Abdul makan-makan sempena our 22nd Anniversary. Nak ke Penang, malas pulak...cari yang dekat dengan rumah. Punyalah payah nak terang kat depa "lamanya" 22 tahun tu. Bukan fasal makan tu yang nak dilayan, dah berusia ni naik jemu makan kat luar...tapi kenangan duduk berbual tu yang hendak dijadikan kenangan.

Kenangan
Haaa...kan dah jadi satu kenangan. Si Abdul 2 memalingkan muka kerana merajuk (malu ada airmata tergenang)..dek kerana"berebut" nak tekan bell (service) yang terletak atas meja dengan si Abdul 1 (gambar kecil). Aduh....macam-macam. Sudahnya masa nak bayar bill, pandai pulak si abang memujuk adiknya.."jom kita tekan sama-sama"...Dah...back to normal!


Artikel berkaitan:

Bomba....bukan setakat padam api


Minggu lalu, pihak bomba mai sekolah...gempaklah budak-budak. Apa kes ni? Menjengok keluar dari kelas. Bukan senang nak tengok kerja-kerja bomba.

Ada kaitan dengan dewan terbuka sekolah yang baru siap rupanya. Bagaimanapun dewan ni masih belum dapat digunakan kerana masalah habuk.

Tengoklah ketebalan habuknya. Masya-Allah, nak harap pekerja sekolah sapu dan siram dengan air...tak taulah berapa hari boleh selesai.

Terpaksalah minta bantuan khidmat bomba.

Depa ada peralatan yang mampu memendekkan masa dan tenaga bekerja.

Terima kasih dari warga SKS

Artikel berkaitan:

19.1.1991

KAMI, 12 tahun lalu. La, dah berbeza banyak. Takkan jumpa orang ber2 kat atas di mana-mana..
.(Ni jelah gambar dulu-dulu yang ada dalam komputer)

~19.1.1991~
(2 hari selepas Perang Teluk)

Waktu di kolej lebih 2 dekad lalu...
 teman segeng (gelaran 6 Jahanam)
semua dah pasang calon
tapi adik bongsu mereka yang pemalu (I paling muda) belum ada teman istimewa..
Kata mereka, sebelum keluar kolej, kena cari seseorang..
Sebab dah posting (mengajar) nanti...
Susah nak cari jodoh..
Nak buat macamana..yang kita berkenan, dia tak mau kat kita
Hak yang berkenan kat kita, kita lak tak berkenan kat dia..

Jodoh, pertemuan, ajal, maut di tangan Allah
Semasa praktikal tahun akhir di sebuah sekolah Felda di Kulai
Diintai pula seorang guru senior
Diri kamu dah ada yang punya ke?
Nak kenalkan dengan anak saudara yang bekerja di Shah Alam..
Oooh..tentangan dari rakan serumah..
"Dahlah tua...hitam pulak..toksahlah Nim"
Apa taknya, ditunjuk gambar anak saudara dalam keadaan paling tak cun, hahaha
Namun, seorang Ustazah senior menasihatkan
Cubalah solat istikharah, minta petunjuk Allah
"Kak kenal guru senior tu...kalau dia baik, anak saudara pun insya-Allah, baik juga"

Kalau dah jodoh tak kemana...
Pilihan Anim di borang posting, Kedah dan Negeri Sembilan..
Si dia memberitahu ibu saudaranya..
Kalaulah Anim ni jodoh yang telah Allah aturkan..
"Dia akan datang kepada saya"
Mana Anim tak terperanjat guling-guling (tipu, terperanjat je, tak guling pun)
Bila dapat surat posting, nun di sebuah sekolah di Ampang, Selangor

Si dia tak tunggu lagi (gatallah tu..)
Jodoh sudah datang sendiri..
2 minggu kemudian, rombongan meminang dihantar
Selepas 11 bulan bertunang,
Kalau nak ikut hati, 5 bulan awal dah bernikah....tapi mak tak bagi, huhu...
Orang Jawa kata dalam setahun tak leh 2 majlis kahwin..
Kak Long jalan dulu, adik kena tunggu turn...
Di usia 22 tahun , sah jadi isteri si dia...
Sudahnya, adik bongsu dalam "6 Jahanam" yang kahwin dulu
Diam tak diam...dah 22 tahun melayari bahtera bersama..
Rasa macam baru semalam cerita ini bermula

~Terimakasih kerana sudi membaca entry ini walaupun style bahasa lain macam hari ni ~

P/S Semoga kami dipertemukan kembali di alam yang satu lagi, yang kekal abadi...itulah doa yang dipanjatkan.

Artikel berkaitan:

Umrah....mudah jika kita berilmu (3)

Umrah....mudah jika kita berilmu (1)
Umrah....mudah jika kita berilmu (2)
Umrah....mudah jika kita berilmu (4)


Kursus Haji Bersiri di Masjid Sg.Pasir dah nak tiba kepenghujung. Khabarnya majlis penutup pada 8 Februari nanti akan turut dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Dato Jamil Khir Baharom. Tak taulah dapat turut serta atau tidak kerana cuti raya Cina kali ni sekolah ambil seminggu. Insya-Allah nak turun KL, jumpa my Bonda dan my Abah yang akan berangkat mengerjakan umrah 9 Februari dan kemudian kami ber4 akan balik Johor.

Hari ni jemaah melimpah ruah hingga luar masjid kerana Ustaz buat praktikal tawaf, saie dan melontar. Ustaz siap berpakaian ihram beserta model Kaabah (tawaf) dan tong (melontar jamrah) sekali.

Saie

Jika seseorang yang melakukan saie tiba-tiba mendapati stokin yang dipakainya terkoyak, adakah perlu dia mengulangi saie nya?
Dalam 6 syarat sah saie, tidak disebut tentang menutup aurat (namun kaki merupakan aurat bagi kaum wanita). Dia hendaklah memastikan bila stokinnya itu terkoyak. Jika terkoyak sewaktu tawaf, dia perlu mengulangi tawafnya dan kemudian bersaie dan bergunting. Bila tawafnya tidak sah, ibadat saie serta berguntingnya juga tidak sah. Namun jika stokinnya itu terkoyak sewaktu bersaie, saie nya sah .

Sunat bagi lelaki berlari-lari anak apabila sampai di tempat berlampu hijau. Jika kita bersaie bersama pasangan, janganlah kita pun ikut sama berlari, takut tertinggal jauh di belakang. Kita janjilah dengan pasangan kita tu, tunggu dilampu hijau tu. Dalam saie, tak risau bahu terpesong, tak risau batal wuduk. Jangan berniat lain yang memesongkan tujuan saie.

Adab-adab bercukur atau bergunting

Bermula dari sebelah kanan, depan hingga belakang kemudian baru ke sebelah kiri.
  • mengadap kiblat
  • bertakbir
  • menanam rambut itu
Nasihat Ustaz kepada jemaah wanita, jika hendak bergunting di Bukit Marwah, pastikan rambut yang hendak digunting tidak terdedah kepada pandangan lelaki bukan mahram. Berlaku sesetengah jemaah wanita berusia  meminta jemaah lelaki yang lebih muda darinya (beranggapan seperti anak, seperti cucu) tolong guntingkan rambutnya. Masya-Allah, rambut itu aurat. Mendedahkan aurat kepada lelaki bukan mahram tu berdosa. Dosa yang dibuat di Tanah Suci Mekah berganda sebagaimana yang digandakan dalam membuat ibadah.

Dengan sebab itulah Sayyidina Umar dan Ibnu Abbas r.a pernah berkata : "Lebih baik bagiku melakukan 70 dosa di Rukyah (luar Mekah) daripada melakukan 1 dosa di dalam Mekah" .
Begitulah dalam Kitab Kanzul Ummal yang diriwayatkan oleh Al Azraqi.

Bagaimana pula dengan rambut yang beribu-ribu helai yang terdedah kepada bukan mahram? Jemaah perempuan boleh balik ke hotel dan bergunting di bilik. Itu lebih selamat dari melakukan dosa. Tapi kalau kita takut terlupa, kita nak cepat gugurkan larangan ihram, kita nak bergunting juga di Bukit Marwah, kita dah pastikan tiada lelaki bukan mahram nampak aurat kita tu, pastikan rambut yang kita gunting tu kita masuk dalam tisu dan bawa pulang ke bilik hotel. Rambut tu tetap aurat kita walaupun sudah terpisah dari anggota badan. 

Hikmah dan Fadhilat Bercukur (Lelaki)

1. Prinsip pengorbanan seorang hamba Allah tidak mengenal batasan. Maka dalam bercukur, seseorang yang bercukur menyerahkan segala-galanya kepada Allah. "Biarlah orang melihat aku hodoh, asal saja ianya disenangi oleh Allah." Kalau Nabi Ibrahim a.s sanggup mengorbankan anaknya, Ismail a.s kerana cintakan Allah, mengapakah kita sangat lemah dalam mengorbankan sesuatu yang paling kecil iaitu kecantikan rambut kita demi mencari keredhaan Allah.

2. Seseorang yang mengerjakan Haji yang mabrur diibaratkan seperti anak yang baru dilahirkan. Maka anak yang baru lahir disunatkan agar mencukur seluruh rambutnya yang tumbuh di dalam rahim ibunya. Demikianlah seorang yang mendapatkan Haji Mabrur mencukur seluruh rambutnya yang pernah menyaksikan perbuatan dosa-dosanya yang dahulu.

Begitulah gambaran kepada orang yang bercukur. kembali ke tanah air dengan buku catitan yang baru dan bersih beserta rambut yang baru.Wallahua'lam.

P/S Nampaknya entry ke 3 tentang umrah ini merupakan entry terakhir tentang Umrah...mudah jika kita berilmu. Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu readers yang hendak melakukan ibadah umrah nanti. Doa Anim moga kalian semua memperolehi Umrah Mabrur dan menjadi "orang baru" yang bersih dari dosa balik dari tanahair nanti. Jika berkesempatan, mohonlah keampunan dosa buat kami semua yang tidak dan belum berkesempatan ke sana. Amin...

Artikel berkaitan:

Jangan Tidur Sebelum Lakukan 4 Perkara

Bukan sahaja kepada umatnya, malah Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam juga sering berpesan kepada isteri Baginda, Aisyah r.a. Di antara pesanan yang disampaikan ialah supaya tidak tidur sebelum melakukan 4 perkara.

1. Mengkhatam Al-Quran
2. Memohon syafaat untuk diri sendiri
3. Minta keredhaan para Muslimin
4. Laksanakan haji dan umrah

Maksud mengkhatam Al-Quran sebelum tidur ialah membaca dan mengamalkan surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali. Ini kerana jika surah ini dibaca sekali, maka ia menyamai membaca satu pertiga daripada Al-Quran.

Cara memberi syafaat kepada diri sendiri pula ialah dengan mengamalkan selawat ke atas Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam setiap kali sebelum tidur pada waktu malam. Syafaat Baginda akan membantu seseorang ketika hari tiada siapa boleh membantu di Padang Mahsyar selain diri dan amalan masing-masing.

Maksud memohon keredhaan kepada kaum Muslimin pula ialah dengan cara berdoa dan memohon agar Allah mengampunkan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat. Cara membaca doa tersebut ialah astaghfirullahalazhim li wali waa lidaiya wali jami ilmuslimina wal muslimat al ahya immin hum wal amwat (Maksudnya: Ampuni aku ya Allah Yang Maha Besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati).

Mengerjakan haji dan umrah adalah dengan cara memperbanyakkan bertasbih ( Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah), bertahlil (La ilaha illallah) dan bertakbir (Allahu akhbar). Jika melakukan semua ini seolah-olah telah melaksanakan ibadat haji dan umrah.

Selepas itu bacalah Bismillahirrohmanirrohim sebanyak 21x. Setelah itu bacalah doa sebelum tidur.

Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam selalu mengamalkan membaca Surah Sajadah dan Al-Mulk sebelum tidur kerana dengan membaca surah itu akan menjadikan kubur sebagai tempat yang sejahtera dan terang benderang. Untuk mengelakkan gangguan jin dan syaitan ketika tidur, amalkanlah membaca ayat Kursi dan ayat 4 Qul sebagai perlindungan.

Amalkanlah menurut kemampuan masing-masing kerana setiap kita mempunyai kemampuan dan kecenderungan yang berbeza-beza. Sesungguhnya Allah tidak pernah bakhil dalam memberikan ganjaran kepada hamba-hambaNya.

 Sumber : 100 Pesanan Terakhir Rasulullah oleh Muhd Nasruddin Dasuki

Artikel berkaitan:

Nuriz Palace & Hajat Belum Sampai

Selesai sessi persekolahan, Anim dan 2 Abdul menumpang kereta Teacher Fauziah untuk ke Majlis High Tea sempena Majlis Perpisahan GPK1 yang bertukar, Majlis Persaraan Guru KAFA dan meraikan GPK1 yang baru.

1st time jejak kaki ke Nuriz Palace Hotel di Bandar Amanjaya, Sg.Petani. Tuan punyanya juga pemilik Nuriz Kosmetik

Kami ber4 paling awal tiba. Dek kerana Dewan Che Som (tempat majlis) masih kosong, kami decide duduk di cafe yang penuh dengan gambar pemilik hotel.

Mana boleh tahan duduk saja-saja. Tambahan pula, dari sekolah straight ke sini. Tak sempat nak balik rumah. Jomlah pekena air barang segelas.

2 Abdul yang masih beruniform request Banana Split. Cuaca panas terik di SP la ni, memang nak cari tempat sejuk dan benda sejuk je masuk tekak.

Mengabdikan geng sekolah bersebelahan kereta cun milik siapa agaknya...

Hajat asal, lepas majlis di Nuriz Palace ni, Anim dan 2 Abdul akan dijemput oleh Encik Suami dan dibawa ke Auto City, Juru untuk menjemput "orang baru". Sebelum majlis berakhir jam 4 petang, terima call...7.30 malam nanti barulah " orang baru" boleh keluar. So, plan balik rumah dulu, mandi dan tukar baju. Tak lama kemudian, si Thomas call lagi, serahan akan dilakukan pada Sabtu ini pulak. Alasannya kunci pendua dan gear knob belum tiba dari KL. Nampaknya hajat yang satu tu belum kesampaian...Sabo ajalah...

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 20: PJ



P/S Bersekolah rendah di Pt Yaani tahun '75 hingga '80, PJ dikelilingi pokok getah. Bagaimana dengan anda?


Artikel berkaitan:

Koleksi Duit Lama (Album 1)

Lain dijerat, lain yang kena. Lain dicari, lain yang jumpa. Dok menyelongkar almari, briefcase dan pelbagai benda kerana mencari dokumen penting yang "missing in action", tak sangka jumpa koleksi dari hobi lama yang terhenti. Terkejut sebab Anim sangka 4 album koleksi ni hilang dicuri sewaktu kes pecah masuk rumah kami di SP pada 2009. Suke..suke...penghibur tension buat seketika. Anim share dulu koleksi dari album 1.

Note kertas $1 tu zaman sekolah rendah tau...masih simpan! 

Rupa note RM2. Signature ada ditepi, ada ditengah...ingat saja-saja ke simpan 2 keping tu? Heee..

Note RM5 sekarang tak sehijau dulu....

Note RM10 ni disimpan kerana tertarik dengan signature di atas  "Gabenor". 
Setiap satu note RM10 tu berbeza tangan yang menyainnya.

Yang ni yang paling klasik...yang buat 2 Abdul pun tertarik nak mintak. Note kertas RM20 warna coklat di atas tu tak ubah seperti tuannya yang menyimpan jugak.

P/S Tak mampu nak simpan wang kertas yang lebih tinggi nilainya..huhu...

Artikel berkaitan:

2 gambar, 2 cerita


Ada 2 gambar yang di MMS my Bonda di kampung tak lama dulu (Pembaca setia tentu sedia maklum, Bonda pun terror dalam internet!)

Sepupu Bonda di bandar M mengalami musibah. Alkisah, adiknya ( juga sepupu Bonda ) membersihkan kebun sawitnya yang kebetulan bersebelahan rumah kakaknya . Memang confirm api telah padam semuanya. Kebun tu bertanah gambut. Atas nampak clear, tak de api dah tapi dibawah...ibarat sekam, api merebak. Tau-tau menjelang siang, tanpa sebarang amaran, ia membakar rumah, motosikal dan bengkel kereta (anak lelakinya mekanik) dengan begitu pantas.

Syukurlah, mereka berjaya menyelamatkan diri. Namun tiada apa yang sempat diselamatkan. Mereka tinggal sehelai sepinggang. Baju yang ada dibadan sajalah yang ada. Bertambah malang kerana kereta pelanggan anaknya turut hangus terbakar. Si adik menyalahkan dirinya kerana dialah punca rumah pusaka yang diduduki oleh kakaknya, yang telah kematian suami  hangus terbakar. Bukan itu saja katanya, dia juga terasa bersalah sangat dengan anak saudaranya (mekanik). Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ujian ini bukan saja diberi Allah kepada keluarga yang kehilangan hartanya sekelip mata ini tetapi juga ujian buat si adik. Mudah-mudahan keluarga ini tabah dan redha menerimanya.

Kak I (tudung hitam) adalah jiran lama keluarga kami. Bila Kak I berpindah ke bandar S, Bonda hanya dapat bertanya khabar melalui telefon sahaja. Dari seseorang, Bonda memberitahu kami, berita tentang Kak I. Kata Bonda, Kak I kini sudah berkerusi roda. Dia tak mampu nak uruskan dirinya, Semuanya diuruskan oleh suaminya. Kami terkejut dan bersimpati dengan Kak I. Kedai makannya dikunjungi ramai orang kerana menu Mee Karinya.

Bonda yang beriya-iya mahu menjengok Kak I kemudian dibawa oleh adik ke bandar S. Bonda MMS gambar Bonda bersama Kak I ini kerana menurut Bonda, inilah keadaan Kak I sekarang. Masya-Allah, sihat walafiat. Boleh berdiri, boleh berjalan, tak ada apa-apa berlaku padanya. Terkejut Bonda, alhamdulillah, Allah gerakkan hatinya untuk menemui Kak I. Kalau tak, makin berpanjanganlah berita tak benar ni.

P/S Jangan suka dengar dan layan gossip. Berita yang tak diketahui asal usul dan kesahihannya jika kita panjangkan....berpanjanganlah dosa kita. Wallahua'lam.

Artikel berkaitan:

UMRAH...mudah jika kita berilmu (2)

UMRAH...mudah jika kita berilmu (1)
UMRAH...mudah jika kita berilmu (3)

Entry Anim ini bersumberkan ceramah dan buku panduan Kursus Haji Bersiri yang dikendalikan oleh Ustaz yang berpengalaman lebih 20 tahun membawa jemaah haji dan umrah. Walaupun Anim telah 2 kali menunaikan umrah (2011 & 2012) ada  banyak ilmu mengenai umrah yang tidak pernah Anim ketahui dan tidak diberitahu, silap sendiri tidak mengaji (belajar). Mudah-mudahan ada yang dapat dikongsikan di sini.

Tawaf

Sebahagian jemaah yang melakukan tawaf  berpedoman dengan doa-doa khusus, terkadang dipimpin oleh seseorang untuk mentalkin, lalu mengulang-ulanginya secara bersama-sama. Hal ini tidak dibenarkan kerana 2 sebab:

Pertama; Dalam tawaf tidak ada doa khusus. Tidak ada riwayat daripada Nabi Sollallahu Alahi Wassalam bahawa di dalam tawaf terdapat doa khusus.

Kedua; Perbuatan ini menganggu oranglain yang juga sedang tawaf. Yang disyariatkan ialah setiap orang berdoa sendiri tanpa mengeraskan suaranya.

Ali bin Abi Talib r.a mendengar Rasulullah S.A.W bersabda kepada Abu Hurairah r.a, "Wahai Abu Hurairah, barangkali engkau mendapati orang-orang yang melakukan tawaf dalam keadaan lalai dan bersenda gurau, maka tawaf yang demikian tidak diterima dan merupakan amal perbuatan yang tidak diangkat (tidak bernilai ) . Wahai Abu Hurairah , apabila engkau melihat mereka berbaris-baris, sibaklah barisan mereka dan katakan pada mereka, "Tawaf seperti ini tidak akan diterima dan merupakan amal perbuatan yang tidak diangkat (tidak bernilai)." (Al-Fakihy)

Pengalaman lalu, ada mutawwif @ ketua kumpulan @ ketua keluarga yang membawa jemaah/ahli keluarga bertawaf dengan berkumpulan dengan mengetuai bacaan doa. Perbuatan ini banyak dilakukan oleh jemaah dari negara lain, dan janganlah kita terikut-ikut dengan cara mereka. Bayangkanlah amal perbuatan tawaf kita ni tidak diangkat dan tidak bernilai di sisi Allah. Ruginya kita...

Tawaf ni sendiri-sendiri malah mahram juga bukan syarat sah tawaf. Kalau kita pergi berkumpulan, kita katalah kalau terputus kumpulan nanti, tunggulah di sekian, sekian tempat. Jangan risau kita terpisah. Selalunya, lampu hijau bertentangan Multazam merupakan tempat mudah untuk menunggu seseorang. Insya-Allah..tak hilang. Anim pernah mendengar satu ceramah agama di TV tentang haji, tak pernah ada jemaah hilang di Masjidil Haram (sesat sebenarnya). Biasanya kalau hilang, kat luar Masjidil Haram adalah. So entry "Bapak hilang di Masjidil Haram" tu pun dah Anim tukar ke "sesat".

Sebenarnya yang afdal ialah tawaf yang penuh khusyuk. Merasakan diri kita hampir kepada Allah. Sedangkan kita adalah hamba yang hina lagi banyak dosa. Maka kaki melangkah dengan rasa penuh tawadhuk ( rendah diri). Maka antara cara mengisi kekosongan dalam tawaf itu ialah dengan membaca zikir-zikir, pusingan kedua dengan membaca Selawat Nabi SAW dan seterusnya.

Di antara zikir yang baik dibaca semasa tawaf ialah Tasbih

"Subhanallahi Walhamdulillahi Walailahaillallah Wallahu Akhbar Wala Hawlawala Quatailla Billahil 'Aliyil Adzim"

Ini berdasarkan sepotong riwayat yang disebutkan oleh Al-Iman Al-Azraqi dalam kitab Akhbar Mekah.

Setelah Nabi Adam a.s diturunkan ke dunia, beliau pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Bertemulah ia dengan beberapa malaikat, maka ditanyanya, "Dari manakah kamu?" Jawab mereka, "Kami dari Baitullah mengerjakan ibadah haji yang telah kami kerjakan selama 40 tahun." Nabi Adam a.s bertanya lagi, "Apakah yang kamu baca ketika tawaf di Baitullah? "Malaikat menjawab," Kami membaca: "Subhanallahi Walhamdulillahi Walailahaillallah Wallahu Akhbar"

Nabi Adam a.s menambah. "Wala Hawlawala Quatailla Billah"

Apabila Nabi Ibrahim a.s mengerjakan Haji, maka beliau membaca Tasbih tersebut dengan menambah, "Aliyil Adzim"

Maka demikianlah asal-usul Tasbih ini yang dinyatakan dibaca sewaktu tawaf oleh Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam.

Demikian kekosongan tawaf itu boleh diisikan dengan membaca Al-Quran. Juga kerana ianya merupakan sebaik-baik bacaan, mahupun dengan cara hafalan atau membaca.

Mana Lebih Afdal?

Tersebut dalam Kitab Akhbar Mekah seperti berikut:

Berkata Imam Al-Azraqi: Bahawa Anas bin Malik r.a datang ke Kota Madinah, maka datanglah Umar bin Abdul Aziz kepadanya menanyakan: Manakah yang lebih afdal (utama) antara Tawaf dengan Umrah? Untuk orang-orang asing (pendatang ke Tanah Haram). Maka jawabnya; Bahkan Tawafnya (yang lebih afdal)"

"Berdoalah kamu kepada Allah, hendaknya dengan yakin hati kamu akan ijabah dan maqbul dan ketahuilah Allah Taala tiada menerima akan permintaan seorang yang berhati lalai" (Riwayat At-Tirmidzi daripada Abu Hurairah)

P/S  Kita berdoalah dengan bahasa yang kita mengerti maknanya. Berdoalah dalam bahasa Melayu jika kita tak faham bahasa Arab. Wallahua'lam.



Artikel berkaitan:

Pendaftaran Pakej Haji 1434H/2013M


Sejak dua menjak ni, banyak pencarian dengan kata kunci "rayuan haji" di blog Anim. Almaklumlah..dah bulan Januari, pendaftaran haji pakej (TH Travel dan pakej swasta lain) juga telah dibuka. Kursus haji di Sg.Petani juga sudah bermula. Selain kursus bersama Ustaz Mat Tea 'O' di Masjid Sg.Pasir setiap Jumaat yang akan berakhir Februari ini, ada satu lagi Kursus Haji Bersiri oleh Ustaz Shafie di Masjid Matang Gedong, SP pada setiap Sabtu bermula 19hb ini. Mudah-mudahan walaupun Anim belum terpilih menunaikan haji, entry di bawah label "Haji" yang Anim kongsi dapat memberi manfaat kepada mereka yang membacanya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Anim juga sibuk mencari informasi. Pagi Khamis (semalam) Encik Suami menelefon pihak THTS tentang pendaftaran semula pakej haji 1434H. Nak bertanyakan tentang p r o s e d u r yang perlu dilakukan, tentang surat rayuan, borang pendaftaran pakej haji dll, pendekata seperti tahun sebelumnya. Kakitangan THST kemudian memaklumkan yang kami tak perlu lakukan semua prosedur itu kerana tahun lalu nama kami ber4 (bersama ibu dan bapa mertua) di bawah senarai jemaah rayuan yang tidak terpilih kuota tambahan 1433H, maka borang persetujuan yang perlu ditandatangani akan dihantar kepada kami .

Petang Khamis tu juga, borang persetujuan pendaftaran pakej haji 1434H samada setuju atau tidak setuju itu tiba di rumah. Kami perlu fax , e-mel atau pos ke THTS sebelum 20hb Januari ini.

Dan tentunya ayat di perenggan 5 itu yang perlu kami highlightkan bermula sekarang iaitu harga dan hotel di Tanah Suci yang baru bagi tahun 1434H akan dimaklumkan untuk "pengesahan semula harga//hotel" yang dijangka akan dikeluarkan pada bulan Mei/Jun 2013 kelak. Begitu juga ayat di perenggan 6 dan 7. "Kelulusan masih tertakluk kepada kelulusan "Kuota Haji Tambahan" dari kerajaan Arab Saudi."

P/S Haji itu hak Allah, jemaah haji itu tetamu Allah yang diundang...selain melakukan proses yang dikehendaki pihak Tabung Haji, apa yang mampu dilakukan ialah memohon pada-Nya.


Artikel berkaitan:

Hanya kerana satu ayat

Tahun lalu, si Nani ni jadi Penolong Ketua Kelas Tahun 1 Pintar. 2013, Nani naik Tahun 2. Kadang-kadang saja dapat jumpa Nani kerana Anim tak mengajar Tahun 2. Camnapun bila dia datang mencari Anim di bilik guru atau pun di kantin sekolah, dah boleh agak kerana apa. Mesti fasal Nasi Goreng!!

Alkisah tahun lalu, Anim bertanya isi bekal dari rumah yang dibawanya. Sambil membuka bekas makanannya, dia mempelawa Anim merasa nasi goreng air tangan ibunya. Tak sampai hati menolak pelawaan anak berusia 7 tahun itu, Anim mencicipnya sedikit dan spontan berkata "Sedapnya nasi goreng ini. Pandai emak awak buat nasi goreng."

Tak disangka kerana satu ayat tu, mulai hari itu setiap kali dia membawa bekal nasi goreng, pasti dia akan menemui Anim dan meminta Anim mengambil sedikit nasi goreng yang dibawanya. Risau juga dengan tanggapan ibunya tapi Nani mengatakan, ibu yang suruh beri. Ingatkan tahun 2013 ni, Nani berhenti "mencari" Anim...rupa-rupanya tidak sama sekali.

Pagi tadi sebaik tiba sekolah, Nani menyuakan satu bekas polisterine beserta cabai jeruk sekali. Anim pun capai sudu dan nak ambillah sedikit macam biasa.

"Semua ni untuk Madam. Hari ni ibu saya goreng bihun". Haaaah....semua? Tq..tq..Madam memang tengah lapar ni, heeee....

P/S Kadang-kadang dengan satu ayat....kita boleh mengubah hidup seseorang..

Artikel berkaitan: