Umrah....mudah jika kita berilmu (1)
Umrah....mudah jika kita berilmu (2)
Umrah....mudah jika kita berilmu (3)
Umrah....mudah jika kita berilmu (2)
Umrah....mudah jika kita berilmu (3)
Memenuhi permintaan kak Ezza Muffinbiru yang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat umrah Februari ini, Anim sambung lagi entry tentang umrah. Namun, entry kali ini berkisar tentang persoalan yang diajukan oleh jemaah sepanjang Kursus Haji Bersiri di Masjid Sg.Pasir, Sg.Petani.
1) Adakah kita perlu solat sunat tawaf betul-betul di belakang Maqam Ibrahim?
Disunatkan seseorang yang telah selesai bertawaf melakukan 2 rakaat sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim. Namun bukannya bermaksud mesti betul-betul belakang Maqam Ibrahim tu, ganggu orang sedang bertawaf, diusir pengawal yang bertugas. Sebenarnya boleh dilakukan jauh sedikit di belakang, samada di dataran ataupun naik tangga ataupun naik ke Tingkat 2@3 (kalau bertawaf di sana), selagi berada di belakang Maqam Ibrahim dan selagi berada dalam Masjidil Haram.
2) Bilakah kaum wanita boleh memakai inai?
Antara sunat-sunat ihram bagi wanita (yang bukan di dalam iddah kematian suami) menginaikan tapak tangan ( depan dan belakang) hingga ke pergelangan tangan dan menyapu sedikit di muka untuk melindungi kulit wajahnya kerana pada asalnya wanita disuruh menutupnya. Namun makruh ke atas wanita mengukir, menghitam dan memakai inai di hujung- hujung jari sahaja (kecuali bagi isteri yang mendapat keizinan suami). Makruh juga bagi wanita memakai inai selepas berihram.
Pengalaman sewaktu mengerjakan umrah sebelum ni, jemaah wanita dari Afghanistan (dan jiran2 negaranya) kelihatan "menconteng" muka dengan inai. Anim rasa pelik tapi rupa-rupanya, mereka yang lebih berilmu dari Anim.
3) Apakah anggota Wuduk 4 Basah dan 2 Kering?
4 basah bermaksud muka, tangan, kepala dan kaki iaitu anggota wajib dibasuh ketika mengambil wuduk. 2 kering bermaksud niat dan tertib. Wuduk cara ini bukan saja kita praktikkan jika kita berada di negara yang kekurangan air tetapi juga di negara kita. Tapi kita ni dah terbiasa banyak air, alasannya "tak puas" kalau ambil wuduk cara itu. Kita ni kata Ustaz, "membasuh" anggota bukannya mengalirkan air.
Bagi jemaah wanita yang terbatal wuduk semasa bertawaf, nak keluar ke tandas, jauh di luar. Nak ambil wuduk di dataran, terlihat aurat dah haram. Ada jemaah yang pulang ke hotel dan menyambung tawaf semasa datang semula ke Masjidil Haram. Tak apa, takde masalah. Kalau nak berwuduk guna botol spray, dan dapat tempat terlindung, pastikan air yang dispray tu meleleh kat tangan kita dulu sebelum disapu ke 4 anggota yang wajib (jangan angkat) So, jangan main spray dan sapu je...tunggu air di spray meleleh dulu di tangan kita.
4) Boleh tak doa semasa tawaf?
Masa bertawaf, kita boleh berzikir, kita boleh baca Quran. Kita juga boleh berdoa (sebab tu ada buku doa yang diberikan pihak travel). Cuma dalam buku doa itu dikhususkan pusingan 1 dan seterusnya (rujuk entry terdahulu tentang doa khusus ni). Masa bertawaf tulah masa untuk kita merayu, minta pada Allah sorang-sorang (kita saja yang tahu apa hajat kita). Doalah dari dalam hati kita, yang kita faham dari lubuk hati. Kalau kita nak baca doa dari buku yang diberi, tak salah. Kita baca lepas tawaf, lepas solat sunat tawaf sepertimana kita berdoa selepas solat. Kata Ustaz, selama ini kita ambil doa dari oranglain (buku tambahan doa) walhal kita ada masalah, hajat sendiri. Perumpamaannya, kita pergi Pejabat Tanah tapi kita bukan nak tanya masalah tanah kita, tapi nak cari emas.
5) Pakaian putih semasa ihram
Memang disunatkan memakai pakaian/ihram berwarna putih. Namun nasihat Ustaz, bagi jemaah wanita yang nak memakai pakaian putih..berjaga-jagalah. Jangan kerana mengejar yang sunat, kita terlupa yang wajib iaitu menjaga aurat. Pakaian putih ni (jemaah wanita) boleh nampak benda yang tak sepatutnya. Bayangkanlah pakaian kita menampakkan aurat, dan diri kita ditontoni oleh ribuan (malah jutaan) mata lelaki bukan mahram...bayangkanlah dosa yang kita kutip. Wanita Arab sendiri memakai pakaian(jubah) berwarna hitam bukan berwarna putih.
6) Adab wanita ke Masjidil Haram
An-Nasai meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda:
"Apabila wanita keluar ke masjid, hendaklah mandi kerana bau-bauan sebagaimana ia mandi dari janabah" (Hadis ini Shahih 1417)
Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya:
"Seorang wanita menemuinya dengan bauan yang semerbak dan hujung pakaiannya mempunyai debu yang diterbangkan angin, maka ia berkata; Wahai hamba perempuan Tuhan Al-Jabbar! Engkau datang dari masjid? Wanita itu menjawab; Ya. Abu Hurairah berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan diterima solat wanita yang memakai bau-bauan untuk masjid ini sehinggalah ia kembali mandi seperti ia mandi kerana janabah". (Hadis ini Shahih 1421)
"Orang yang paling dibenci Allah ada tiga : (1) Orang yang melanggar kehormatan Tanah Haram (2) Orang yang mengharapkan kebiasaan jahiliyah dalam Islam dan (3) Orang yang menuntut darah seseorang tanpa hak untuk menumpahkan darahnya. (Shahih, R.Bukhari dari Ibnu Abbas)
Bayangkanlah...andai kita melangkah ke Masjidil Haram dalam keadaan kita dibenci oleh Allah. Adab ini juga perlu kita patuhi semasa ke mana-mana masjid. Tempat wanita untuk bersolat paling afdal adalah di rumahnya. Namun kerana majlis ilmu, tazkirah dan kuliah banyak dilakukan di masjid, wanita tidak dihalang untuk ke masjid. Namun, kita kena menjaga adab sewaktu melangkah kaki ke masjid.
6)"Kojak" selepas bertahalul
Ada sesetengah jemaah menggelar rakan jemaah lain yang bercukur (botak) sebagai "Kojak" dan sebagainya. Nasihat Ustaz, jangan mengatakan yang tak baik terhadap mereka yang bercukur walaupun dengan niat bergurau seolah-olah mengejek sunnah Rasulullah SAW. Macam "Kojak" tu menyamakan seorang Kafir dengan seorang Muslim. Alangkah baiknya diganti dengan kata-kata "ikut sunnah Rasulullah ni". Tambahnya bagi jemaah lelaki yang berniat untuk bercukur selepas selesai saie, jangan gunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut kemudian baru bercukur. Fadhilatnya tak dapat. Terus bercukur di situ atau terus ke kedai jika hendak bercukur.
Sesungguhnya Nabi SAW berkata kepada orang Ansar: "Adapun engkau mencukur rambut kepalamu, maka bagi engkau setiap rambut yang engkau cukur satu hasanah (pahala) dan dihapuskan dengan setiap helai satu dosa." (HR Razar dan Thabrani dan Ibnu Hibban dalam Kitab Shahihnya)
Wallahua'lam.
P/S Insya-Allah, kalau ada kesempatan masa, Anim akan sambung tentang jemaah bawa anak/bawa orang tua

IM plan bila capai umur 55 nanti nak pi umrah. cuma tengah fikir ni... ibu_suri nak dibuat lagu mana nih!
BalasPadambukan kita yg mengatur perjalanan hidup kita, IM. malah..apa yg kita makan esok hari pun diluar pengetahuan kita. so, kalau kita yakin, Allah bersama kita..niat pergi pun kerana Allah, takde apa nak dirisaukan. pasti ada jalan keluarnya..
PadamAssalam anim..tima ksih atas perkongsian ilmu ini..
Padamamat saya hargai..tima kasih sekali lagi :)
terasa ingin sangat pergi ke sana.. moga dipermudahkan segalanya..
BalasPadamzila..kena pasang niat, insya-Allah dipermudahkanNYa..percayalah
PadamTerima kasih Anim...lagi banyak baca apa yang anim tulis lagi banyak ilmu yang akak dapat....
BalasPadamTang wuduk tu...ada orang cakap bawak beg plastik ke masjid..kalau terbatal wuduk..boleh ambik wuduk kat beg plastik tu jer..betul ke?
InsyaAllah selepas selesai perjalanan umrah ni,Haji pulak yang akak dan suami nanti kan...semuga Allah jemput kami lagi ke sana....
ish kak..tak taulah pulak saya. tak basah ke..dalam fikiran saya satu je, kalau air tu "memudaratkan orang lain" spt kawasan tu basah, ada org tergelincir dsbnya lagilah tak pasal2 buat dosa. guna je botol spray kak. tak menyusahkan oranglain. kalau terbatal wuduk, cari tempat tersorok dan wuduklah. jemaah lain pun tak bising sebab tak basah. waktu check in, kak bawa botol spray kosong. dlm flight baru kak isi, senang nak berwuduk kat tmpt duduk dlm flight.
Padamterima kasih anim..boleh buat panduan..in shaa allah kalau rezeki saya pun mahu kesana...dalam perancangan...
BalasPadammudah2an...insya-Allah, kalau dah pasang niat, Allah permudahkan..
PadamKak,
BalasPadamSeronok baca, ringkas dan mudah paham tak sbar tggu next
punya..
p/s kak tak dpt berita lg, belum ada rezeki saya lg nk pergi
kot, visa masih freeze kena non-stop insya allah..
insya-Allah, ada hikmahnya. Allah nak kurniakan umrah mabrur buat seri nanti..tu dia suruh tuntut ilmu lagi. kak sendiri...bila dah 2 kali rayuan haji ditolak..barulah mengerti dan bersyukur, sia-sia haji kak nanti kerana banyak yg kak sendiri baru tahu bila p kursus haji kali ke3.
PadamSalam,
BalasPadamKak Anim, kongsi ne...lintas langsung dari masjidil haram
http://live.gph.gov.sa/
Tqvm atas perkongsian ini
BalasPadamSalam adik, akak nak tanya, kalau kita berwuduk d tempat tersorok tu, masa kita nak basuh muka, kita perlu buja anak tudung n kita berwuduk dalam telekung, adakah itu dikira kita telah menutup bhg muka kita, padahal kita dalam ihram. Akak tak dpt nak imagine, cara kita nak berwuduk tu andaikata darurat.
Padamsalam. kalau kita kiaskan macam payung. payung boleh dipakai masa ihram tak seperti kopiah (lekat dengan kulit kepala kita). berwuduk "dalam telekung" (pengalaman saya taklah sampai berkelubung dalam telekung), kita cuma longgarkan sikit untuk mengalirkan air ke muka. itu bukan dianggap menutup bahagian muka. wallahua'lam
Padamblh tak anim bagitahu cara2nya...sbb mcm xleh imagine cmne ambil wuduk pakai spray..tq
Padamspray air kat anggota wuduk. biarkan air mengalir dan kita sapu jangan angkat tangan kita..
Padam