Home · About Me · Sitemap ·

Idea terbaik my Abdul


Assalamualaikum wbt...

Tahun 2013, aktiviti bacaan Yassin yang selalunya dibuat pada setiap Khamis, diadakan setiap hari pulak.Kelam kabut nak sampai awal. Waktu Subuh sekarang di Sg.Petani lewat sikit, jam 6.15 a.m. Camnapun 2 Abdul kena ikut Encik Suami (gilir-gilir) ke surau berdekatan untuk solat Subuh berjemaah, walaupun kadangkala termiss juga. Si abang , Penolong Ketua Pengawas, malu nak mai lebih lewat dari pengawas lain. Si adik pulak, jadi Pengawas Pusat Sumber, nak juga tiba lebih awal dari rakan lain. Malu katanya kalau sampai bacaan Yassin dah sekerat jalan.

Dek kerana takut terlewat, mulai buka sekolah, depa sendiri siapkan semua pakaian sekolah. Tak kisahlah mana 2 Abdul letak. Janji esok bangun pagi, tak payah tanya Ummi mana itu, mana ini pagi hari seperti tahun sebelumnya. Ummi pun nak siap diri jugak nak ooi.. Ummi dah gosok, dah gantung cantik dalam almari, tinggal cari dan keluarkan, taklah susah mana...

Ni pun ada ka...huhu..Kalau nak tahu, beg sekolah dah ada tepi pintu, kasut sekolah di luar sudah disusun mengadap keluar supaya senang dipakai. Bekalan minuman yang sudah siap diisi air, dimasukkan siap-siap dalam fridge supaya senang dibawa esok pagi.

Lucu bila si Abdul 2 yang lurus bendul beri suggestion.."Kalau waktu malam, kita mandi siap-siap, pakai baju sekolah, lepas tu tidur. Esok pagi senang, tinggal solat dan sarapan pagi. Awallah tiba sekolah"..

P/S Adoiii.... bagusnya idea, terbaikkkk...heeee..

Artikel berkaitan:

18 Komen untuk "Idea terbaik my Abdul"

  1. tu la kan..kat penang pun subuh lewat.. Danish pun pengawas so kena sampai awal...kami keluar rumah 6.30pagi..lepas subuh terus berdesup keluar takut tersekat dengan jam..sama juga..baju dah sedia siap2..stokin dah bubuh dalam kasut

    BalasPadam
    Balasan
    1. ida...bagus juga sesekali depa rushing begini..tiba-tiba jadi pandai pulak urus diri masing...

      Padam
  2. salam ckgu..baguslah anak2 cikgu dah ada tanggungjawab di sekolah. Selain di rumah, sekolah merupakan tempat latihan untuk jadi pemimpin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang nak latih 2 Abdul ni..jadi dai'e..insya-Allah

      Padam
  3. he he bagus sgt tu dik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia tak sedar, kalau dia tidur, ada air liur basi...huhu...

      Padam
  4. Budak-budak ni kalau dia yang hendak, boleh diaorang buat. Kalau tak hendak, cakap beribu kali barulah nak menjadi...
    Alhamdulillah... bagus lah Abdul berdua tu dah pandai jaga diri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu huda..depa sendiri nak cepat, pandai cari idea...
      boleh pulak tu...

      Padam
  5. idea mandi malam ni macam sama je. heee.. lawak kann..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita tambah..makan siap2 lagi senang...heee..tak mau pulak!

      Padam
  6. Assalamualaikum kak,

    wah dah jadi head assistant. Tahniah tahniah.. Cantik betul dewan sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. berapa kerat sangat budak lelaki kat 6P tu hafiz...

      p/s mai la jalan2 simpor

      Padam
  7. Mandi pagi dan makan pagi sebenarnya lebih menyihatkan dari mandi malam dan makan malam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. idea budak2 IM..takut terlewat p sekolah...
      kalau bangun tidur terus p sekolah...alamat tak freshlah otak depa..

      Padam
  8. hehehe... baik punya idea Abdul ni.... ada ciri2 pemimpin yg baik dah anak akak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia lupa munna, ada air liur basi, ada tahi mata (alamak..sensored la)... hee

      Padam
  9. terbaekkk abdul...leh jd pemimpin yg baik nih

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai