Home · About Me · Sitemap ·

2 gambar, 2 cerita


Ada 2 gambar yang di MMS my Bonda di kampung tak lama dulu (Pembaca setia tentu sedia maklum, Bonda pun terror dalam internet!)

Sepupu Bonda di bandar M mengalami musibah. Alkisah, adiknya ( juga sepupu Bonda ) membersihkan kebun sawitnya yang kebetulan bersebelahan rumah kakaknya . Memang confirm api telah padam semuanya. Kebun tu bertanah gambut. Atas nampak clear, tak de api dah tapi dibawah...ibarat sekam, api merebak. Tau-tau menjelang siang, tanpa sebarang amaran, ia membakar rumah, motosikal dan bengkel kereta (anak lelakinya mekanik) dengan begitu pantas.

Syukurlah, mereka berjaya menyelamatkan diri. Namun tiada apa yang sempat diselamatkan. Mereka tinggal sehelai sepinggang. Baju yang ada dibadan sajalah yang ada. Bertambah malang kerana kereta pelanggan anaknya turut hangus terbakar. Si adik menyalahkan dirinya kerana dialah punca rumah pusaka yang diduduki oleh kakaknya, yang telah kematian suami  hangus terbakar. Bukan itu saja katanya, dia juga terasa bersalah sangat dengan anak saudaranya (mekanik). Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ujian ini bukan saja diberi Allah kepada keluarga yang kehilangan hartanya sekelip mata ini tetapi juga ujian buat si adik. Mudah-mudahan keluarga ini tabah dan redha menerimanya.

Kak I (tudung hitam) adalah jiran lama keluarga kami. Bila Kak I berpindah ke bandar S, Bonda hanya dapat bertanya khabar melalui telefon sahaja. Dari seseorang, Bonda memberitahu kami, berita tentang Kak I. Kata Bonda, Kak I kini sudah berkerusi roda. Dia tak mampu nak uruskan dirinya, Semuanya diuruskan oleh suaminya. Kami terkejut dan bersimpati dengan Kak I. Kedai makannya dikunjungi ramai orang kerana menu Mee Karinya.

Bonda yang beriya-iya mahu menjengok Kak I kemudian dibawa oleh adik ke bandar S. Bonda MMS gambar Bonda bersama Kak I ini kerana menurut Bonda, inilah keadaan Kak I sekarang. Masya-Allah, sihat walafiat. Boleh berdiri, boleh berjalan, tak ada apa-apa berlaku padanya. Terkejut Bonda, alhamdulillah, Allah gerakkan hatinya untuk menemui Kak I. Kalau tak, makin berpanjanganlah berita tak benar ni.

P/S Jangan suka dengar dan layan gossip. Berita yang tak diketahui asal usul dan kesahihannya jika kita panjangkan....berpanjanganlah dosa kita. Wallahua'lam.

Artikel berkaitan:

21 Komen untuk "2 gambar, 2 cerita"

  1. Allahuakbar... Kesiannya tinggal sehelai sepinggang... moga ada sinar kegembiraan nanti... amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mangsa semua tinggal rumah adik tuan rumah sekarang...insya-Allah, dalam kesukaran, ada kemudahannya..

      Padam
  2. IM pun baru saja pesan kat ibu_suri supaya apa-apa saja berita yang tiba ke telinganya, siasat dulu. jangan suka sangat cerita orang itu tidak baik, orang sini tidak baik.

    lihat fakta!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah dengar tu satu hal, jangan sebarkan...jangan panjangkan dosa....

      Padam
  3. takziah buat kedua duanya...moga ada hikmah di sebalik kejadian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya-Allah, dalam kesukaran pasti ada kemudahannya

      Padam
  4. Balasan
    1. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

      Padam
  5. Salam cikgu...dugaan dlm bentuk yg pelbagai..antaranya kesenangan, kesusahan dan musibah yg menimpa diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah..ada yg dapat kita belajar dari musibah yang menimpa..harta yg kita ada boleh hilang sekelip mata, jadi...kena selalu beringat, itu semua hanya dipinjamkan, bila-bila masa boleh diambil semula

      Padam
  6. Tanah gambut memang begitulah resminya tak nampak api tapi berjalan dibawah tanpa sedar. Moga mereka redha akan ujian ini.

    Alhamdulillah... bonda seorg yg menjaga ukhuwah. Kalau tak kerana dia bertemu empat mata tak tahu realiti sebenar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat sp ni kalau saya cerita fasal tanah gambut,depa tak faham.

      p/s bonda saya macam kakzakie juga....rajin menziarahi kawan-kawan

      Padam
  7. kasihan nya.. semoga ada yang sudi membantu..

    BalasPadam
  8. salam kak..pasal gambar tu saya pun bile akak dh bgtau gitu baru terpikir..kalau tak mmg tak terpikir pun sbb ingat budak2 kan..bila akak bgtau suh sensor terus saya jadi takut..betul jugak..nape la tak terpikir...mmg komen akak membantu sgt2..org lain takder pun yg komen gitu..saya suka org2 pangkat kakak tegur saya utk kebaikan..pasni kena hati2 kan sebelum upload ape2...betul kak zaman la ni 'org2 itu' dorang bukan kisah hape pun...budak2 pun dorang naik syeh..mintak jauh kak..nauzubillah...

    BalasPadam
  9. salam kak...
    tuh la mulut org nih kdg2 suke bwk cerita yg takde betulnye...org sihat dikatakan sakit...yg hidup dikatakan mati....dunia dunia.....mcm2 ragam manusia skang yg sukar difahami skang nih

    BalasPadam
  10. ujian buat sepupu.. takpelah..apa y penting nyawa selamatkan..

    erm..setuju tu.. apa2 pekara pon kt mesti dpt kesahihan dulukan.. padahal Kak I sihat walafiat je

    BalasPadam
  11. Api dalam tanah gambut ni memang bahaya.. nampak asap sikit2 ja tau tau marak..

    Macam mana la boleh mula berita tak betul tentang Kak I tu kan..
    Ingat masa main mainan bisik2 masa kecik2 dulu.. orang last memang dapat berita yang out lansung

    BalasPadam
  12. takut membacanyer.. harap dapatlah mereka membina kehidupan baru yang lebih baikkan.. moga Allah permudahkan kehidupan mereka..
    dasat bonda neem yerk...

    BalasPadam
  13. klu tanah gambut mmg bahaya ..... bila dah pergi tengok sendiri barulah tahu yg sebenarnya kan kak......

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengajaran buat kak...jgn layan benda yg kita tak tahu duduk asal cerita

      Padam

Komen anda amat dihargai