Salam 1 Ramadan 1433H buat semua. Bulan dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk kita perbanyakkan doa dan memohon keampunan dari Allah SWT.
Nak cerita fasal surat ke2 yang diterima sebaik pulang umrah 2 bulan lalu. Memang berdebar juga bila nampak logo TH di sampul surat tu. Kita terbayang 2 perkara sahaja. Satu, tawaran menunaikan haji. Kedua, pemberitahuan maaf kerana nama tak naik atau pakej dah penuh. Rupa-rupanya surat yang tiba ialah surat pemberitahuan pakej harga baru pakej haji yang dinaikkan pada tahun ini (2012). Dengan perubahan itu, kami kena menambah RM 3000 (naik lebih 12% jugak) seorang.
Harga pakej haji THTS dilaman webnya tulah yang terbaru, dah diupdate..
Kemudian, pemohon diminta mencukupkan harga pakej haji yang dipilih ke dalam akaun TH sebelum 21 Julai (1 Ramadhan) dan kemudiannya diberitahu tempoh tersebut dilanjutkan sebelum 30 Julai 2012. Bagaimanapun...kami masih lagi berstatus Rayuan. Pemergian ke Tanah Suci tertakluk kepada kelulusan Kuota Haji yang akan dimaklumkan kelak. Ada rezeki, terima jemputan Allah..insya-Allah. Kalau tidak, redha sajalah. Semua usaha sudah dilakukan. E-mel surat rayuan sudah, check nama di Bahagian Rayuan TH di Tingkat 30 sudah (nasihat Anim...ini perkara WAJIB yang perlu dilakukan oleh setiap pemohon yang ingin membuat rayuan). Jangan kita harapkan agen atau wakil syarikat saja uruskan untuk kita (unless kita ni SOMEBODY). Buat kami yang NOBODY, NOBODY ni...kenalah berusaha sendiri.
Walaupun harga pakej haji makin naik...bilangan jemaah yang memohon haji melalui pakej semakin bertambah. Peluang mengikut haji muassasah terlalu nipis, kena usaha cara lain. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Namun "
5 perkara sebelum datangnya 5 perkara" banyak memotivasikan diri. Teringat waktu kami check nama di Ibu Pejabat Tabung Haji , Mac lalu...menurut pegawai berkenaan, pemohonan untuk menunaikan haji melalui THTS sudah 6000 orang sedangkan tempat yang disediakan THTS sekitar 3273 sahaja. Bayangkanlah walhal pendaftaran masih belum lagi ditutup waktu itu.
Prosedur yang dilakukan:
1. Mendaftar dengan THTS sebaik sahaja pendaftaran dibuka ( awal Januari kalau tak silap) di Tabung Haji Cawangan Sg.Petani
2. E-mel surat rayuan ke Tabung Haji.
3. Check nama di Ibu Pejabat Tabung Haji di Tingkat 30 pada bulan Mac.
4. Terima surat pengesahan pakej THTS dan dinasihatkan menghadiri Kursus Asas Haji 17 minggu di masjid-masjid berdekatan.
4. Terima panggilan telefon dari pihak Andalusia, (tahun lalu kami ber4 mendaftar dengan pakej syarikat tersebut). Depa minta isi borang penerimaan pakej kerana nama kami sudah naik di TH katanya namun masih berstatus Rayuan. Tahun 2011, nama langsung tak ada dalam sistem. Kami maklumkan kami nak tukar pakej haji tahun ini.
5. Batalkan pakej dengan Andalusia di pejabatnya di Taman Maluri. Tak boleh batal dengan telefon. Bimbang ada pertindihan nama.
6. Terima surat penerimaan (terima/tolak) kenaikan harga pakej THTS musim haji 1433H/2012M.
7. Fax surat mengatakan harga pakej terbaru diterima.
8. Terima surat pengesahan pakej dari THTS dan dipohon mencukupkan Harga Pakej Haji yang dipilih ke dalam akuan TH sebelum 30 Julai 2012.
9. Cukupkan akaun ke dalam akuan TH seperti yang diarahkan....
10. Berdoa dan TUNGGU......
P/S Terima jemputan pemimpin besar@Sultan mai ke rumah/istana pun kita dah seronok dan berdebar-debar...bayangkanlah pula bila "jemputan" itu datangnya dari Pemerintah Alam Semesta..Yang Menguasai Pemerintahan Hari Pembalasan (Akhirat)..Pasti ramai di antara kita yang ternanti-nanti akan Jemputan Maha Agung itu...
Lain-Lain Artikel:
rasa2nya tiap tahun lah harganya naikk..Kalau tak silap lahh..
BalasPadamaahkan yan..kalau dulu dengar belas ribu, la ni dah tak angka 1 kat depan, tukar angka 2 pulak kat depan untuk pakej paling rendah.
BalasPadamTahun 2016, pakej paling murah dah mula dgn angka 3...huhu...paling murah...
Padamassalam pn aneem..terima kasih kerana sediakan info lengkap sebagai rujukan untuk rayuan haji dan pakej thts saya pada tahun ini..bolehkan pn aneem berikan alamat email tabung haji untuk hantar rayuan haji tersebut..
BalasPadamnanti saya cuba cari...saya lupa dalam buku mana saya tulis. insya-Allah, saya akan update kemudian.
Padamen.mohammad, dari informasi baru yang diterima, en.mohammad kena pergi ke tabung haji daerah en. mohammad untuk mengambil borang rayuan dan rayuan adalah melalui tabung haji daerah en.mohammad. moga dapat membantu
PadamTerimakasih puan atas info tersebut...akan ke th secepatnya
BalasPadamMudah2an Allah permudahkan segalanya
PadamPuan Anim,boleh tak saya nak tau kenapa puan batalkan pakej dgn andalusia dan beralih pd thts..kalau puan x keberatan...
PadamBukan ada apa2 masalah dgn andalusia. Ibubapa mertua saya (73 dan 66 tahun) nak hotel di mekah yg dekat dgn masjidil haram. Musim haji kan lama. Kalau boleh depa nak ulangalik masjid-hotel sendiri. Tak perlu tunggu kami. Alhamdulillah, ada rezeki lebih Allah bagi waktu itu..tu sebab kami tukar ke pakej thts yg dekat hotel dengan masjidil haram.
Padambykkan prosedur nk gi haji nih
BalasPadamini baru proses sebelum nama naik mimi..
PadamSalam,
BalasPadamboleh sy dapatkan alamat dan email utk saluran rayuan haji
terima kasih :)
Nurulhaizan, cuba layari http://ibnusyabab.blogspot.com/2011/01/contoh-surat-rayuan-haji.html ini. ada alamatnya di situ. maaf, kak tak simpan dah lah alamat dan e-mel tu. semoga dapat membantu
Padamslm k.anim. kiranya total up semua abeh brapa? and brpa lma kna tggu. mksud sy dr tempoh pndftaran smpi la trima pggiln
BalasPadamTempoh daftar la ni, tak taule. Kak dah 4 tahun daftar...masih belum ada rezeki Allah jemput jadi tetamu haji.
PadamKena tengok laman web THTS..dari RM28K -RM100K kalau nak tau harga pakej haji THTS
Salam,
BalasPadamsemasa menunaikan haji 2011, saya buat cam gini (atas nasihat orang TH):
1.SEBAIK sahaja KT 1 mendarat balik malaysia, esoknya terus submit surat rayuan ke TH terlebih dahulu : emel seperti berikut (saya buat surat rasmi) th-info@lth.gov.my
takpun, rujuk web site "TABUNG HAJI".
2. BERSEGERA ke cawangan TH or THTS terdekat dan isi borang untuk pergi secara berpakej. kemudian sertakan sekali surat rayuan yang TELAH dihantar ke TH. THTS akan buatkan permohonan sekali lagi untuk kita.
3. BERDOA dan BERTAWAKAL SETIAP SAAT. punyalah nak pergi, hampir setiap langkah kaki saya dalam tahun tersebut saya berdoa nak sangat2 dapat pergi... buatlah solat taubat dan solat hajat setiap hari. Kalau tak mampu bangun tahajud, buat lepas isya... memanglah bagusnya bangun di tengah malam... kena mujahadah lebih sket tuh ;-)
tapi saya dah daftar dari tahun 2006. menghadiri kursus haji dari 2009-2011 di beberapa tempat. mula merayu dari tahun 2010 tapi memang dah mentioned nak pergi 2011, apa2 pun...
Kuncinya, mohonlah, berdoalah kepada Allah agar menjemput kita.
Mohonlah kepada Allah SWT agar beri kita "bersedia".
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kesempatan masa.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kecukupan belanja dari sumber yang halal.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Nya.
Mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberi teman yang baik dalam perjalann kita.
Mohonlah kepada Allah SWT agar bagi kita kecukupan ilmu yang benar dan bermanfaat untuk diamalkan...
semoga bermanfaat...
terima kasih atas kesudian nhhas berkongsi tips untuk mendaftar haji bersama pakej. alhamdulillah..syukran..
Padamsebenarnya kak anim, saya diuji juga...
BalasPadammenjelang puasa, pakej no.2 termurah yang kami daftar tu di BATALKAN kerana masalah TH dengan hotel di makkah (kalau x silap), nak patah balik pakej yang lebih rendah, dah penuh, nak ambil 1 pakej lebih mahal pun dah penuh, maka kenalah ambil one step further.(tapi tak lah sampai ke pakej nilam...) Bajet ada cukup2 jer untuk pakej asal, Allah.... Allahuakbar... Allah cukup kan belanja di saat-saat akhir... Alhamdulillah... Sebenarnya semasa raya pun kami masih tak dapat pengesahan tempat utk menunaikan haji... Dalam hati dah sedih sangat... sebab dah raya aidilfitri masa tu tapi masih belum dapat jawapan. Akhirnya... sehari sebelum tanggal 16Sept.2011 (hari malaysia), cek online, baru dapat tawaran.... Allahuakbar.... Hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu... senyum sampai ke telinga... dan lusa terus join kursus haji perdana.... Alhamdulillah... Persediaan dan perjalanan haji selama 7 tahun i.e. dari mula daftar 2006 hingga tarikh pergi 2011, banyak mengajar saya satu hakikat dan nikmat yang saya tak pernah rasa sebelum ini iaitu PUT YOUR TRUST ON ALLAH... selama ini kata2 itu sebagai 'trademark' saya je di uni, tapi tak betul2 yakin dan penuh penghayatan.... tapi 7 tahun ini, Allah didik saya sampai dapat KEYAKINAN itu... Allahuakbar...
Semoga bermanfaat semua...
p/s: sorry kak, panjang pulak meng komen ;-)
seronok baca pengalaman huda...tqvm. mudah2an perkongsian ini memberi makna kepada kami yg belum berkesempatan menunaikan haji
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamsaya nak bertanye ttg prosedur ni.. terima kasih kerana kongsi cerita yg sangat baik ini..
maksud daftar tu-daftar haji ye? macam kami dah daftar haji kalau ikutkan 2028 baru dapat pergi.. jika kite nak pergi dgn pakej lain kite perlu buat rayuan dlm tabung haji dulu ke? dan perlu cukupkan wang sekurang2nya brape dlm tabung haji? maaf banyak bertanya tuan rumah.. terima kasih kak
kena daftar haji dulu samada nak p ngan muassassah atau pakej. kalau nak p dengan muassassah, tunggu sajalah nama dipanggil. kalau nak p secara pakej, misalnya kena p TH untuk daftar pakej haji THTS. Nak buat rayuan, surat kena hantar ke pejabat TH. sebab bila nama kita naik di TH, insyaAllah, nama kita juga akan naik di pakej haji yang kita pilih. Kalau TH, biasanya dia beri surat beritahu bila kena penuhkan duit dalam acc (biasanya 1 Ramadan). Muassasah, dalam RM10K. Kalau TH, ada banyak pakej. Rasa2 skrg paling rendah dalam RM28K. Tak pasti pulak. Pakej haji syarikat lain, farah kena tanya depa. Moga2 jawapan ini dapat membantu farah. wallahua'lam
PadamAssalamualaikum tuan rumah, nak tanya bagi orang yang sudah haji ingin sekali lagi berhaji adakah charge pakej tu termasuk tambang tanpa subsidi?
BalasPadam