Masjid Terapung di Kota Jeddah
Di kenali sebagai negara yang tandus dan berpadang pasir di mana jarang kelihatan haiwan selain unta dan kambing serta tumbuhan renek hati merasa kagum menyaksikan bangunan-bangunan moden dan rumah kediaman mewah di Jeddah. Penerbangan kami dijangka berlepas jam 11.30 malam.
Oleh kerana masa masih banyak lagi, bas berhenti di sebuah masjid di Jeddah. Kami turun bersembahyang Asar di sini. Meskipun masjid ini tidak mempunyai sejarah perkembangan Islam, lokasinya yang berada di pinggir pantai Laut Merah menyebabkan ianya kelihatan "terapung" di atas permukaan air. Konon ceritanya masjid terapung ini dibina di atas tanah wakaf seorang janda kaya raya yang merupakan penduduk di sekitar kawasan itu. Setelah kematian almarhum suaminya, dia mewakafkan kekayaannya untuk membangunkan masjid ini.
Orang Arab "berpiknik"
Kawasan berhampiran masjid ini juga merupakan lokasi popular penduduk Jeddah menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga. Mereka membawa anak-anak bermain layang-layang, makan-makan dan tak kurang yang berbarbeque. Tapi tak nampaklah mereka mandi-manda. Ramai pekerja Indonesia yang berkerja di Arab Saudi (pekerja binaan) mengambil kesempatan menikmati bakso yang dijual oleh warga Indonesia. (Anim pun ambil kesempatan...5 riyal saja semangkuk..) Ramai pembantu rumah dan cleaner warga Indonesia di Arab Saudi. Seronok dengar mereka boleh berbahasa Arab.
Kami kemudiannya bertolak ke Jeddah International Airport. Kat Jeddah ada 4 airport. Kat sini hanya flight Saudi Airlines sahaja di tempatkan. MAS ke, Emirates ke...lain airport. Lama juga menunggu. Tak ada tempat nak "melontar" duit pun...hihi...tak jumpa kedai-kedai untuk habiskan duit yang berbaki. Alhamdulillah, layanan pihak travel memuaskan. Kami dibekalkan nasi untuk makan malam. Lapar bebenor dah masing-masing.
Dugaan meninggalkan Arab Saudi belum berakhir. Dugaan pertama ialah sewaktu pengagihan boarding pass oleh pihak travel. Kekalutan telah berlaku. Nama jemaah bercampur-campur. Kalau dari KLIA tempohari..berjalan lancar. Suami isteri duduk sebelah menyebelah, anak-beranak duduk bersama...kali ini bercampur aduk. Si anak terpisah dari emak..suami terpisah dari isteri (termasuklah Anim)..nenek terpisah dari keluarganya..Terdengar dah rungutan para jemaah. "Tak apa. Nanti kita tukar-tukarlah" ada jemaah yang menenangkan keadaan.
Buat Anim dan Encik Suami, kami pasrah saja."Kalau tak dapat tukar sebab no.seat dah asing lelaki, perempuan...kita duduk asing2 lah ya. Tak apa kan?" No.seat Anim dan Encik Suami jauh sangat. Anim L manakala dia F.
Dugaan ke2 ialah sewaktu hendak melepasi kastam. Ada jemaah perempuan yang kena bongkar beg dan keluarkan barangan. Kami (perempuan) beratur memasuki bilik khas dan terdapat 3 pegawai imigresen perempuan yang garang. Kami diperiksa atas bawah dengan alat pengesan dan "rabaan". Sabar ajalah. Terkejut bila mendapati pemeriksaan jemaah lelaki lagi ketat. Bukan setakat buka stokin dan kasut, kena buka talipinggang jugak.
Dugaan ke3 ialah sewaktu masuk ke dalam perut kapalterbang. Seperti yang Anim katakan tadi, no.seat dah bercampur aduk. Anim duduk bersebelahan dengan jemaah perempuan dari Melaka (3 seats). Seat sebelah Anim pula kosong. Ternanti-nanti juga siapakah gerangan teman sebelah Anim (nak minta tukar). Macam tau-tau aja...seat teman sebelah Anim tu kepunyaan teman jemaah dari Selangor. No.seat Encik Suami pulak bersebelahan dengan seat suaminya. Jadi...dalam kes kami...tukar suka sama suka. Selamat!.
P/S Sedang sibuk memasukkan beg ke dalam ruang di atas, ternampak wajah seseorang yang familiar sangat. Manis dan ayu bertudung litup..."Siti...." (lupa dah title Dato'). Dato' Siti hanya tersenyum dan melambai jarinya ke arah Anim. Hmmmmm...dia naik ke ruang atas le. Takkan nak duduk kelas ekonomi dengan kami.
Belum ada komen untuk "Jejak Musafir Hari ke15~Perjalanan Pulang Ke Tanahair"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai