Home · About Me · Sitemap ·

Umrah....mudah jika kita berilmu (3)

Umrah....mudah jika kita berilmu (1)
Umrah....mudah jika kita berilmu (2)
Umrah....mudah jika kita berilmu (4)


Kursus Haji Bersiri di Masjid Sg.Pasir dah nak tiba kepenghujung. Khabarnya majlis penutup pada 8 Februari nanti akan turut dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Dato Jamil Khir Baharom. Tak taulah dapat turut serta atau tidak kerana cuti raya Cina kali ni sekolah ambil seminggu. Insya-Allah nak turun KL, jumpa my Bonda dan my Abah yang akan berangkat mengerjakan umrah 9 Februari dan kemudian kami ber4 akan balik Johor.

Hari ni jemaah melimpah ruah hingga luar masjid kerana Ustaz buat praktikal tawaf, saie dan melontar. Ustaz siap berpakaian ihram beserta model Kaabah (tawaf) dan tong (melontar jamrah) sekali.

Saie

Jika seseorang yang melakukan saie tiba-tiba mendapati stokin yang dipakainya terkoyak, adakah perlu dia mengulangi saie nya?
Dalam 6 syarat sah saie, tidak disebut tentang menutup aurat (namun kaki merupakan aurat bagi kaum wanita). Dia hendaklah memastikan bila stokinnya itu terkoyak. Jika terkoyak sewaktu tawaf, dia perlu mengulangi tawafnya dan kemudian bersaie dan bergunting. Bila tawafnya tidak sah, ibadat saie serta berguntingnya juga tidak sah. Namun jika stokinnya itu terkoyak sewaktu bersaie, saie nya sah .

Sunat bagi lelaki berlari-lari anak apabila sampai di tempat berlampu hijau. Jika kita bersaie bersama pasangan, janganlah kita pun ikut sama berlari, takut tertinggal jauh di belakang. Kita janjilah dengan pasangan kita tu, tunggu dilampu hijau tu. Dalam saie, tak risau bahu terpesong, tak risau batal wuduk. Jangan berniat lain yang memesongkan tujuan saie.

Adab-adab bercukur atau bergunting

Bermula dari sebelah kanan, depan hingga belakang kemudian baru ke sebelah kiri.
  • mengadap kiblat
  • bertakbir
  • menanam rambut itu
Nasihat Ustaz kepada jemaah wanita, jika hendak bergunting di Bukit Marwah, pastikan rambut yang hendak digunting tidak terdedah kepada pandangan lelaki bukan mahram. Berlaku sesetengah jemaah wanita berusia  meminta jemaah lelaki yang lebih muda darinya (beranggapan seperti anak, seperti cucu) tolong guntingkan rambutnya. Masya-Allah, rambut itu aurat. Mendedahkan aurat kepada lelaki bukan mahram tu berdosa. Dosa yang dibuat di Tanah Suci Mekah berganda sebagaimana yang digandakan dalam membuat ibadah.

Dengan sebab itulah Sayyidina Umar dan Ibnu Abbas r.a pernah berkata : "Lebih baik bagiku melakukan 70 dosa di Rukyah (luar Mekah) daripada melakukan 1 dosa di dalam Mekah" .
Begitulah dalam Kitab Kanzul Ummal yang diriwayatkan oleh Al Azraqi.

Bagaimana pula dengan rambut yang beribu-ribu helai yang terdedah kepada bukan mahram? Jemaah perempuan boleh balik ke hotel dan bergunting di bilik. Itu lebih selamat dari melakukan dosa. Tapi kalau kita takut terlupa, kita nak cepat gugurkan larangan ihram, kita nak bergunting juga di Bukit Marwah, kita dah pastikan tiada lelaki bukan mahram nampak aurat kita tu, pastikan rambut yang kita gunting tu kita masuk dalam tisu dan bawa pulang ke bilik hotel. Rambut tu tetap aurat kita walaupun sudah terpisah dari anggota badan. 

Hikmah dan Fadhilat Bercukur (Lelaki)

1. Prinsip pengorbanan seorang hamba Allah tidak mengenal batasan. Maka dalam bercukur, seseorang yang bercukur menyerahkan segala-galanya kepada Allah. "Biarlah orang melihat aku hodoh, asal saja ianya disenangi oleh Allah." Kalau Nabi Ibrahim a.s sanggup mengorbankan anaknya, Ismail a.s kerana cintakan Allah, mengapakah kita sangat lemah dalam mengorbankan sesuatu yang paling kecil iaitu kecantikan rambut kita demi mencari keredhaan Allah.

2. Seseorang yang mengerjakan Haji yang mabrur diibaratkan seperti anak yang baru dilahirkan. Maka anak yang baru lahir disunatkan agar mencukur seluruh rambutnya yang tumbuh di dalam rahim ibunya. Demikianlah seorang yang mendapatkan Haji Mabrur mencukur seluruh rambutnya yang pernah menyaksikan perbuatan dosa-dosanya yang dahulu.

Begitulah gambaran kepada orang yang bercukur. kembali ke tanah air dengan buku catitan yang baru dan bersih beserta rambut yang baru.Wallahua'lam.

P/S Nampaknya entry ke 3 tentang umrah ini merupakan entry terakhir tentang Umrah...mudah jika kita berilmu. Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu readers yang hendak melakukan ibadah umrah nanti. Doa Anim moga kalian semua memperolehi Umrah Mabrur dan menjadi "orang baru" yang bersih dari dosa balik dari tanahair nanti. Jika berkesempatan, mohonlah keampunan dosa buat kami semua yang tidak dan belum berkesempatan ke sana. Amin...

Artikel berkaitan:

5 Komen untuk "Umrah....mudah jika kita berilmu (3)"

  1. Terima kasih Anim kerana berkongsi ilmu . Rasa macam tak puas jer...bukan nya apa..cara you tulis ni begitu teliti dan senang nak faham. Kalau Anim senang, boleh tak tulis sekali pasal hal yang remeh yang sering kita rasa kecik tapi sebenar nya ianya penting....macam apa ya...jenuh nak fikir ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya-Allah, nanti saya buat entry tentang soalan yg dikemukakan jemaah. macam remeh temeh tapi manalah tahu kadang2 kita berhadapan dengan masalah begitu.
      p/s kak, saya hanya menyampai saja...bukan pakar dan ahli dalam bidang agama. andai ada kesilapan di mana-mana, tegurlah saya

      Padam
  2. La, yang last dah? Tertinggal keretapi saya ni. Huhu. Apapun terima kasih kak sebab kongsi dengan kami. Semoga diberkati ilmunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ezza minta sambung, nota kena susun semula lah faiz. teringat ceramah ustaz ismail kamus, kalau dpt ilmu, jangan sembunyikan...

      Padam
  3. assalaam wbt.

    jzkk atas sharing ilmu, Neem! seronok membacanya, kian terasa suasana di sana yang hampir 24 tahun dulu pernah menjejakinya..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai