Dalam kursus haji yang dikendalikan oleh Ustaz Mat Tea 'O', beliau sering menekankan hadirin supaya membaca buku Rahsia Mekah terbitan Al-Hidayah. Kena tahu rahsia Mekah katanya supaya kita lebih memahami tentang keberkatan setiap tempat yang ada di Tanah Suci itu.
Dalam 'Bab 17' dinyatakan:
A- Boleh melakukan solat di Masjidil Haram di setiap waktu
Jubair bin Mudi'im r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam telah bersabda yang bermaksud:
"Wahai Bani Abdi Manaf, atau wahai Bani Abdul Mutaalib, apabila kami semua menjadi penguasa di sini, maka janganlah kamu semua mencegah sesiapapun untuk melakukan tawaf di Baitullah dan juga bersolat pada bila-bila masa sahaja yang ia kehendaki, baik malam mahupun siang." (Al-Fakihy dan Ibnu Majah)
Mujahid meriwayatkan bahawa beliau pernah mendengar Abu Dzar r.a berkata, "Aku melihat Nabi SAW memegang dua gelangan pintu Kaabah, seraya bersabda, "Ingatlah, tidak ada solat selepas Asar, ingatlah tiada solat selepas Asar, ingatlah tidak ada solat selepas Asar, kecuali di Mekah." (Al-Fakihy)
B. Boleh melintas di hadapan orang yang bersolat
Dari beberapa hadis yang mahsyur dan mutawatir, dapat dsimpulkan bahawa seseorang tidak boleh melintas di hadapan orang yang sedang solat.
Abu Juhaim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:
"Seandainya orang yang melintas dihadapan orang yang sedang bersolat itu mengetahui (dosa) apa yang akan diterimanya, nescaya untuk berdiri selama 40 adalah lebih baik baginya daripada lewat di hadapan orang yang bersolat." Abu Nadhar berkata : "Aku tidak mengerti 40 hari, bulan atau kah tahun." ( Sunnan Ad-Darimy)
Abu Daud dan lain-lain telah meriwayatkan banyak hadis yang menerangkan bahawa solatnya tidak terpotong, hanya orang yang solat harus melindungi solatnya. Akan tetapi, hukum ini tidak berlaku di Masjidil Haram. Semoga Allah memuliakannya.
Abu Walid bercerita kepada kami bahawa datuknya meriwayatkan daripada Sufyan bin Uyainah daripada Katsir bin Katsir bin Mutalib bin Abi Wada'ah As-Sahmy dari seorang pemuda dari kalangan anggota keluarganya, dari datuknya Mutalib bin Abi Wada'ah As-Sahmy, bahwa beliau melihat Nabi SAW sedang bersolat dekat pintu Bani Sahm, sementara orang ramai melintas di hadapan Baginda SAW dalam jarak kurang dari sejengkal. (Al-Azraqy)
C- Umrah fardhu tidak diwajibkan ke atas penduduk Mekah
Ibnu Juraij bertanya kepada Atha', "Siapakah yang boleh melakukan haji tamattu'?" Atha' berkata,"Allah Azza Wajalla telah berfirman, yang bermaksud:
"Demikian itu bagi orang- orang yang keluarganya tidak berada ( di sekitar) Masjidil Haram ( orang-orang yang bukan penduduk Kota Mekah)" (Al-Baqarah:196)
Adapun kampung-kampung yang berada di sekitar Masjidil Haram, penduduknya tidak boleh melakukan haji tamattu' kerana mereka berdekatan dengan Mekah.
Menurut Amr bin Dinar, sesungguhnya Ibnu Umar r.a berpendapat bahawa umrah tidak diwajibkan atas penduduk Mekah dan beliau berkata, "Mereka setiap hari berada dalam umrah." (Al- Fakihy)
Thawus bin Kaisan memdengar Ibnu Abbas r.a berkata, "Wahai penduduk Mekah, tidak mengapa jika kamu sekalian hendak melakukan umrah. Jika kamu sekalian hendak melakukannya, usahakanlah agar jarak antara kamu dengan Al-Haram sejauh perut lembah." (Al-Fakihy)
Wallahua'lam

bagus juga buku ni akak ye..boleh dijadikan panduan ni..
BalasPadamsemua tempat di mekah tu ada diceritakan sejarah dan rahsianya..
Padambyk mnafaat buku nih...sesuai dijadikan rujukan utk mereka yg nk tunaikan umrah n haji
BalasPadamyang tak p mekah pun boleh baca mimi...
Padamas salam... cik azue datang vertandang...nak cari juger lah buku nie...by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
BalasPadamhttp://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1
terima kasih sudi singgah. insya-Allah, nanti kak kunjung balas
Padambelum ada lagi buku ni...tapi buku lain ada la...boleh tambah koleksi ni..
BalasPadamida...banyak lag rahsia yang boleh dicungkil
PadamBetullah kan... kalau kita lihat masa di MH mana boleh kalau tak melintas depan org solat sebab rata-rata memang org sedang bersolat. Melainkan jam 1-3 pagi agak lengang. Kalau dah nak masuk waktu mesti padat dgn umat manusia.
BalasPadammasa solat di masjidil haram, kalau bukan solat fardu, biasanya saya letak pembatas (beg@sebagainya) di depan. baru saya tahu kak, kat masjidil haram ada keistimewaannya..
PadamUntuk bakal2 haji dan yang nak buat umrah perlu tau keistimewaan Kota Mekah dan Al Haram kan..
BalasPadamPernah dengar ustaz cerita orang pi Mekah tapi tak pi solat kat masjid, lebih suka solat di hotel saja.. mungkin sebab tak tau keistimewaannya dan gandaan pahalanya..
yang tak pergi boleh baca gak mak chaq...manalah tahu dengan membaca dulu, berkobar2 nak ke sana..
PadamBagus buku ni yea. banyak info baru yang di pelajari kat sini.
BalasPadamselama ni kak tak cukup pengetahuan tentang keberkatan setiap tempat di mekah
Padam