Home · About Me · Sitemap ·

Toy & Fantasy Museum@Penang

 Toy & Fantasy Museum yang tercatat di Malaysian Book of Records ini terletak di Teluk Bahang (berdekatan SJK (C) Eok Hua School). Tu ha..tertulis Muzium Permainan Yang Terbesar dan Paling Berharga di Dunia. Baru 3 bulan berpindah ke sini dari lokasi terdahulu di Jalan Tanjung Bungah. Ownernya seorang retired engineer. Berpuluh tahun menyimpan, dari tahun 70an..

Diletak dalam rak lutsinar , my 2 Abduls cukup teruja. Depa berdua memang PANTANG jumpa mainan, so...happy giler masuk sini. Ada lebih dari 100 ribu permainan, anak patung dan koleksi lain yang dipamerkan. Nak masuk sini, pastikan bawa I/C. Pengunjung dewasa tempatan RM15 manakala kanak-kanak RM10. Kalau rakyat asing, dikenakan bayaran RM25.

 Dunia mereka kan? Sapa tak suka...Zaman kita sebaya mereka pun apa kurangnya...Apatah lagi ada watak yang mereka kenali dari movie. Macam-macam...tak larat nak sebut satu persatu..

 Ooo...Jack Sparrow (Pirate of The Carribean) tu...favourite movie star I. Figure saiz besar ni dibawa dari Hollywood.

 Yang ini.....my 2 Abduls cukup berkenan..."dia ada jual tak?"... Amboi, hang...

 Depa sudah ada idea nak create "Toy Museum" depa ber2 sendiri. Satu yang depa boleh pelajari, jangan buang kotak mainan yang dibeli. Kalau tak...value boleh drop. Dan satu pesanan dari 2 Abdul, "lepas ni Ummi jangan buang mainan kita orang lagi tau!". Ok..ok...tapi hangpa kena ikut syarat yang akan dirangka selepas ini..win-win situation, maaa...

Masa 2 Abduls berumur 2-4 tahun, depa cukup suka dengan TellyTubbies ni.Haha, depa pun masih ingat. Cute betul. Kalau gegirl masuk sini..mesti lama kat bahagian dolls.. Barbie dolls saja ada 3 tingkat...

Dia ni bukan owner tapi penjaga Toy Museum ni. Mulut ni tak reti nak duduk diam. Tertarik dengan kerjatangan origami dia. Percaya tak...setiap satu figure tu hanya dari sekeping kertas segiempat? Hobi ni bukan boleh dipaksa dan dibentuk. Hobi juga boleh menjadi terapi buat diri masing-masing. (Note: scorpion hitam tu betul-betul, bukan dari kertas)

P/S Syarat dikenakan pada 2 Abduls, tak boleh permainan berbentuk patung. Kalau nak buat Toy Museum sendiri...kereta, keretapi, robot dan sebagainya.

Artikel berkaitan:

7 Komen untuk "Toy & Fantasy Museum@Penang"

  1. ooo...pindah kat teluk bahang rupanya...saya pernah bawa the heroes pi...ingat nak bawa lagi tapi tak tau kat mana..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak pun baru tahu jugak ida. Tu pun tanya2 org sebab tempat baru ni tersorok sedikit

      Padam
  2. Anak-anak kakak nak pergi ke tempat inilah tapi dari sehari kesehari sampai tukar tahun tak sampai-sampai lagi. Anak-anak mesti suka macam 2 hero Anim tu. Mesti tak habis bercerita seminggu sebab banyak nak diceritakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak2 sure seronok mai sini kak. Kita yg tua ni pun seronok sebab teringat cerita2 lama zaman kita, Wonder Woman, Star Trek..

      Padam
  3. Balasan
    1. Bapak anak pun suka...tengok kereta mainan...heeee

      Padam
  4. SB ada gi kat sini tahun lepas.anak2 dgn bapak budaknya..hilang akal tgk benda2 kat situ.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai