Hari ni Cuti Keputeraan Sultan Kedah . Duduk di rumah, tak kemana, teringin nak membebel di blog petang2 ni. Sebenarnya kalau nak ikutkan nak keluar merayap dengan orang baru yang sepatutnya dijemput Sabtu lalu. Mula-mula si Thomas kata Rabu petang, cancel ke Rabu malam. Later dia called, Sabtu pulak. Then, Jumaat lepas dalam telefon dok "Sorry...sorry...bang, nanti I bagi hadiah".Tak taulah apa yang tak settle lagi. Dia janji sebelum 20hb...hari ni dah 20hb. Petang Jumaat waktu duduk minum teh, ter"on" pulak TV Al Hijrah. Kalau tak silap kuliah Maghrib oleh Ustaz Ghazali Ibrahim (adik arwah Asri Rabbani). Pendek je ayat dia yang boleh sentuh qalbu kita . "Kita kata sabar. Nak tau sabar, kena Allah uji. Masa tu barulah kita tahu diri kita sebenar" Camtule lebihkurang..
20 hari dengan hanya 1 kereta, memang sukarlah untuk orang yang dah biasa 2 kereta. Maklumlah, sorang p kerja arah kiri, sorang arah kanan. Alhamdulillah, ada sorang teman yang baik hati meminjamkan satu keretanya pada kami. Kalau nak tau, orang SP ni kalau ada 3 biji kereta tu dah terlalu biasa. So, kalau 5 biji kereta tu taklah luarbiasa. Tu yang kita segan, kita kata 2 minggu nanti, insya-Allah, orang baru keluar. Ni bukan 2 minggu, dah 20 hari. Tapi teman tu kata, tak pe...dia ada kereta lain boleh guna. Kereta yang dipinjamkan kepada kami dah berusia lebih 20 tahun. Tu yang cukup berhati-hati memandu kereta "antik" ni. Tapi antik bukan sebarang antik. Kereta buatan Eropah, dah lebih 2 abad, bunyi diluar "mengaum-ngaum" tapi kat dalam tak dengar apa pun, heee...
|
Happy 22nd Anniversary to us |
So, semalam Encik Suami bawa Anim dan 2 Abdul ke
Le Boss Restaurant. Ala, bawa 2 Abdul makan-makan sempena our 22nd Anniversary. Nak ke Penang, malas pulak...cari yang dekat dengan rumah. Punyalah payah nak terang kat depa "lamanya" 22 tahun tu. Bukan fasal makan tu yang nak dilayan, dah berusia ni naik jemu makan kat luar...tapi kenangan duduk berbual tu yang hendak dijadikan kenangan.
|
Kenangan |
Haaa...kan dah jadi satu kenangan. Si Abdul 2 memalingkan muka kerana merajuk (malu ada airmata tergenang)..dek kerana"berebut" nak tekan bell (service) yang terletak atas meja dengan si Abdul 1 (gambar kecil). Aduh....macam-macam. Sudahnya masa nak bayar bill, pandai pulak si abang memujuk adiknya.."jom kita tekan sama-sama"...Dah...back to normal!
Artikel berkaitan:
Selamat 22nd anniversary Anim...semoga berpanjangan berkasih sayang hingga ke syurga.
BalasPadamSedap makan anak beranak...lain kali biar mak ayah jer pergi berdua tau!
Akak baru menyambut tahun ke30 ...dah otai dah..heheh
Zaman candle light dinner ber2 dah berlalu kak. Tapi tak taulah nnti, kot2 boleh sambut bila jubli perak ke, jubli intan, hihi.
PadamKak lagi otai dari saya...kak dah de cucu....
happy anniversary buat akak dan suami, semoga sentiasa dirahmati dan diberkati sentiasa dan murah rezeki..
BalasPadamTq...tq...
PadamTahniah kerana boleh bertahan selama 22 tahun! IM lupa pulak tarikh ulangtahun perkahwinan IM dengan ibu_suri yang ke 28....
BalasPadamLagi lama tu dari saya...biasalah org lelaki lupa, saya tak heran. Takde luarbiasanya dan tak, boleh nak bising2..hihi
PadamSalam kak,
BalasPadamSelamat ulang tahun perkahwinan ke 22..lama dah tu..saya baru je menginjak setengah daripada akak...sekarang ni kalau sambut apa2 mesti dengan anak2 kan kak...rasa tak cukup korum pulak kalau tak bawa diorang...
Susah kan kalau takde dua kereta...sangat beruntung mereka yang bekerja satu bumbung..boleh pergi dan balik bersama hehe
haaah...takdenya candle light dinner bila ada handbag kiri kanan. kita nak p ber2 pun cik abang dah panjang leher, "tak bawak anak ke?"... sudahnya.. haaa.. angkut semua!
Padambila agaknya boleh tengok org baru tu ye?
BalasPadamtak taule norh...tunggu jelah, hihi
Padamhappy anniversary kak
BalasPadamtqvm mimi..
Padamhappy anniversary ye.. moga kekal bahagia selamanyer
BalasPadamTq..amin
PadamHappy 22nd anniversary!
BalasPadamTq faiz
PadamAlhdmdulillah 22 tahun melayari kehidupan sebagai hamba Allah yg juga bergelar isteri. Jadi milik suami dan sebahagian milik 3 Abdul yg semuanya akan jadi wali (insya-Allah).
BalasPadamMoga terus dlm keberkatan dan limpahan rahmat dariNya.
psst: kalau satu kereta memang rasa terhad pergerakan kita kan..
amin..amin...semua tu doa..mudah2an Allah perkenankan..
Padambest bercuti bersama keluarga akak..
BalasPadamtak bercutile...dok makan saja2...
Padam