Sejak dua menjak ni, banyak pencarian dengan kata kunci "rayuan haji" di blog Anim. Almaklumlah..dah bulan Januari, pendaftaran haji pakej (TH Travel dan pakej swasta lain) juga telah dibuka. Kursus haji di Sg.Petani juga sudah bermula. Selain kursus bersama Ustaz Mat Tea 'O' di Masjid Sg.Pasir setiap Jumaat yang akan berakhir Februari ini, ada satu lagi Kursus Haji Bersiri oleh Ustaz Shafie di Masjid Matang Gedong, SP pada setiap Sabtu bermula 19hb ini. Mudah-mudahan walaupun Anim belum terpilih menunaikan haji, entry di bawah label "Haji" yang Anim kongsi dapat memberi manfaat kepada mereka yang membacanya.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Anim juga sibuk mencari informasi. Pagi Khamis (semalam) Encik Suami menelefon pihak THTS tentang pendaftaran semula pakej haji 1434H. Nak bertanyakan tentang p r o s e d u r yang perlu dilakukan, tentang surat rayuan, borang pendaftaran pakej haji dll, pendekata seperti tahun sebelumnya. Kakitangan THST kemudian memaklumkan yang kami tak perlu lakukan semua prosedur itu kerana tahun lalu nama kami ber4 (bersama ibu dan bapa mertua) di bawah senarai jemaah rayuan yang tidak terpilih kuota tambahan 1433H, maka borang persetujuan yang perlu ditandatangani akan dihantar kepada kami .
Petang Khamis tu juga, borang persetujuan pendaftaran pakej haji 1434H samada setuju atau tidak setuju itu tiba di rumah. Kami perlu fax , e-mel atau pos ke THTS sebelum 20hb Januari ini.
Dan tentunya ayat di perenggan 5 itu yang perlu kami highlightkan bermula sekarang iaitu harga dan hotel di Tanah Suci yang baru bagi tahun 1434H akan dimaklumkan untuk "pengesahan semula harga//hotel" yang dijangka akan dikeluarkan pada bulan Mei/Jun 2013 kelak. Begitu juga ayat di perenggan 6 dan 7. "Kelulusan masih tertakluk kepada kelulusan "Kuota Haji Tambahan" dari kerajaan Arab Saudi."
P/S Haji itu hak Allah, jemaah haji itu tetamu Allah yang diundang...selain melakukan proses yang dikehendaki pihak Tabung Haji, apa yang mampu dilakukan ialah memohon pada-Nya.
Semoga ada rezeki untuk Anim dan keluarga pada tahun ini. InsyaAllah.
BalasPadamtq kakcik, mudah-mudahan..
PadamSemoga Allah melimpahkan rejeki untuk Anim sekeluarga...moga hajat Anim tercapai...aminn
BalasPadammudah2an...amin
PadamJgn serik utk terus buat rayuan Anim. Kakak dulu dari mula menikah sampai anak dah tiga baru dapat itupun si bungsu kakak dah 5 tahun masa tu. Bayangkan berkepuk doa kakak setelah anak besar baru dapat pergi. Sebab itu sebaik kakak balik dari menunaikan ibadah haji kakak terus daftar lagi - tunggulah entah bila dapat lagi. Sekarang pula lebih beri pada yg belum pernah pergi dan telah berusia. Memang kakak kena tunggulah. Kalau agak rasa rindu pergi ajelah umrah. Buat 7 kali dah dapat haji kecil.
BalasPadamMoga niat Anim akan terlaksana. Banyakkan solat hajat/tahajjud.
kakzakie, mudah2an rezeki kakzakie dapat p kali ke2. makcik saya baru balik haa, walaupun tak mohon (dlm acc TH ada banyak)...nak kata apa?
Padamp/s terima kasih atas nasihat. tahun lalu saya tak dapat p. rupa-rupanya Allah suruh saya belajar lagi..banyak ilmu yg masih kurang..syukurlah..
Saat itu akan tiba jua kak Anim
BalasPadamsabar..
Padammoga da rezeki ye. Bagus pergi waktu muda2 ni lagi kan
BalasPadamsementara masih diberi nyawa..tu jadi sumber kekuatan
Padamnever give up. Allah tau apa yg terbaik utk kita. tapi kita juga perlu sentiasa memohon kpd nya in every way. good luck sis!
BalasPadamtq redrose..betul, ada hikmah disebalik itu semua. kak tak dapat p tahun lalu, rupa2nya Allah suruh kak tuntut ilmu lagi
Padamsemoga Allah mempermudahkan segala urusan akak.. =)
BalasPadamterima kasih L..apa juaga keputusan, kak redha..
Padamsalam anim
BalasPadamMoga segalanya berjalan lancar..
mudah-mudahan, tq
PadamThn lepas saya pi kursus kat matang gedung...thn ni kak ani pi situ dak? Entah2 biasa terserempak.he he
BalasPadamtahun lepas kat situlah kak. tahun ni nak ubah angin...norh, cuba contact ustaz mat tea o utk masalah mahram tu..
Padam